Posts

Showing posts from June, 2011

-_______-"

Image
Situasi~~baru habis debate training Assalamualaikum J khalis rasa takut tiba tiba. Takut tak dapat jalankan amanah yang diberikan ni dengan baik. Takut dengan jangkaan jangkaan yang khalis mungkin akan kecewakan orang yang bergantung harap pada khalis. Takut tak dapat berikan komitmen yang terbaik. Takut khalis kecewakan diri sendiri. Dan, takut pada bayang bayang sendiri. Tapi, walau apa pun rintangan yang akan datang selepas ni, khalis akan lawan. Walau betapa keras pun badai yang menghempas diri ini, khalis tetap akan bertahan. Sebab ini amanah yang dipertanggungjawabkan atas bahu kecil khalis, dan amanah harus khalis laksanakan.   Mahu sangat jadi seteguh karang, tapi tetap hati ini serapuh arang. Tapi tak mengapalah. Setiap ujian itu kan menjadikan kita lebih baik, khalis? Dan kita juga mampu jadi lebih matang dari sekarang. InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan. Dan semoga Dia sentiasa menunjukkan jalan. InsyaAllah BUSYness | is it going o be this way? Nota...

Rindu.

Situasi~~berusaha menyiapkan case file. T.T Assalamualaikum :’) Mood ikon semacam terharu kan? Sebab ada dua jalinan perasaan sedang membelit hati sekarang ini. Semalam, 23 Jun 2011. Takkan khalis lupa. Takkan. Perasaan yang sedang membelit hati khalis sekarang; Satu: Terharu. Sebab 23 Jun adalah tarikh hari yang istimewa dalam hubungan persahabatan khalis dengan kawan baik khalis. Dan khalis sangat rindukan mereka hari ini. Dan khalis sangat terharu bila rakan baik khalis yang jarang online sempat mencuri kesempatan untuk online jugak walau sekejap untuk wish sempena hari semalam. :’) Sahabat, harap bukan hari itu sahaja kita mendoakan untuk satu sama lain J Dua: Sedih. Sebab semalam juga adalah hari adik khalis berangkat ke Yaman untuk further study. Dan khalis ponteng training debat semata mata sebab nak hantar dia depart kat KLIA. Tapi sedih, khalis xsempat tgok dia depart. Sebab khalis kena balik sebelum flight dia sbb takut xsmpat dgn tiket untuk balik ke Alor Gajah. Flig...

ceritera lewat malam.

Image
Situasi~Bergelap. Ahli rumah dah ramai yang tido. :) Assalamualaikum :)) Hai hai. Lama betul khalis xmenjenguk kat sini. Maafla, kekangan waktu dan kerja yang xpernah sudah. Siapa kata jadi suri rumahtangga tu mudah? 24 jam pun macam tak cukup. Bangun pagi kena hantar adik pegi sekolah, kalau nasib baik dapat la smbung tdo balik sejam dua..kalau x kena pegi buat sarapan, kemas rumah, basuh kain. Tengahari, amik adik balik, masak untuk tengahari, sapu rumah lagi..hah, rumah kalau ada anak kecil ni, sapu lima enam kali pun tetap sepah jugak. Dah ada budak kecik yang tolong kerjakan tiap kali kita kemas tu? Adeh laa.. Malam ni, khalis tiba tiba rasa rajin nak buat entry baru. Sume gara gara online FB nk tanya Zira pasal persiapan pergi oversea. Adik khalis yang no 3, Fitri (Abang in family) nak pergi Yaman 23hb ni..dah xlama, minggu depan dah pun. Message punya message ngan Zira, dengan Ma sekali dah kuar tanya apa apa yang agak penting. Dengan telekung solatnya tak tanggal lagi, ter...

Maksu, U made my day. Thank you :)

Situasi~~hampir patah bahu menangani masalah membungkus hadiah Assalamualaikum :( Nampak tak icon tu macam sedih jek? Sebab khalis tengah letih mental dan fizikal. Serius sakit kepala sepanjang hari. Pagi tadi [err, dh nak masuk tengahari sebenarnye ;) ] pegi bandar Kuantan pasal nak beli hadiah untuk sukaneka family day 2 hari lagi. Masuk Cowboy....beli beli barang...eh, tak cukup. Kena cari kat lain ni..pastu cari jalan nak pegi Mydin. Yang kelakarnya, nak pegi Mydin tu sesat dulu, padahal Mydin dengan Cowboy bukan jauh sangat. Isy, malu laa...duduk Pahang pun tatau Mydin kat mana..[statement untuk sepupu khalis yang anak jati Pahang tapi langsung tak layak sebenarnye. Ape daa...Mydin pun tatau kat mne...buat malu je duk Pahang. Ahahaha :D ] Pastu, kat Mydin terpaksa pulak terkocoh-kocoh cari barang sebab dah masuk Zohor pun belum abes beli barang lagi. Time nak balik, hah, ni yang khalis tak tahan. Maksu tanya, jalan mana nak kuar, khalis kata, masuk la jalan yang kita datang ...

Perlu ke nak bagi tau satu dunia??

mood~~ terkejut. Assalamualaikum :( khalis sangat kecewa. Kecewa dengan sikap anak remaja zaman sekarang yang tak malu segan langsung untuk tebarkan aib mereka pada satu dunia. khalis akui khalis pun xsempurna. khalis pun masih banyak kekurangan yang perlu dilengkapkan, masih nipis iman yang perlu ditebalkan. Tapi khalis tak bodoh untuk bangkit dan beritahu satu dunia betapa bodohnya khalis untuk berani membuka aib sendiri. Jumpa satu link dalam facebook. Tapi khalis tak ingin nak bagi link tu. khalis kesian bagi pihak dia, pihak ibu ayah dia. Bayangkan kalau anak kalian, berani membuka pekung di dada sendiri, bongkar cerita pada seluruh dunia, tentang betapa dia bangga dia sudah tak punya dara, padahal umur masih muda. Malu khalis. khalis jadi tertanya tanya, apa makna harga diri bagi dia? Apa maksud dia dengan "walaupun dia takde dara, dia masih ada harga diri"? Hanya kerana dia berani mengaku dia tak ada dara, maka dia dapat harga diri yang hilang tu kembali? Masya...