Posts

Showing posts from November, 2011

Selesai sudah.

Image
Assalamualaikum. :) situasi khalis di kolej Apa khabar semua hari ni? Dah mandi? Petang dah ni oi, kalau xmandi memang boleh la kau kawan dengan kerbau Pak Abu kat sawah tu :P pergh skema gile soalan intro. Dah layak jadi cekgu khalis ni. Eheh. Oke sudah merapu. Hari ini, selesai lah sudah meneran segala isi otak sampai keluar tersembur kat atas answer sheet yang dah disediakan invigilator. Tamat lah sudah zaman zaman penyeksaan ala-ala barbarian atas diriku yang tidak berdaya ini, ah sudahlah kau khalis...buat buat lupa pulak kau ada 4 semester lagi kat tanah Melaka yang bertuah ni hoi. Uwuwu T^T bila la nak abis study? Nanti dah abis study pulak wajib buat muka tercengang eh aku dah habis study rupanya. Tak sangka tak sangka. Cis, hipokrit. Semester depan, siap sedia lah nak berperang dengan subjek subjek baru khalis. Mungkin senang, dan mungkin jugak senang. [Eh apehal?] Ayat psiko diri sendiri tuh dah jangan nak suruh betulkan! :P Tak senang tahu nak teruskan hidup den...

The Smurf.

Speechless. Tu jek mood khalis untuk cerita ni. Nampak flawless sangat. Mesej kasih sayang dan kepercayaan dalam cerita tu rasa sangat sampai. I have nothing to review for this story but for those yang tak tengok lagi cite ni, sila lah tengok ye? Tak ruginye...

:)

Assalamualaikum. :) Hai awak-awak yang sudi baca blog saya. :) Sihat? Dah makan? Dua tiga hari ini mood khalis terumbang ambing. Cakap pendek-pendek. Malas nak cakap banyak. Tapi. Hari ni rajin terlampau. Sampaikan rajin pulak nak tukar header baru. Tengah mood boleh la :) Takpe, sementara tak ada apa-apa nak buat ni. Nanti dah mood study, bersawang la blog ni. Oh, broadband khalis masalah. Mungkin balik rumah nanti khalis akan bercerai dengan internet. Dan sudah tentunya; blog ini.  (T.T) Tak apalah. nanti dah baiki broadband boleh lah rujuk balik. Till then, sayonara. Nota kaki~Selamat malam. :)

Kawan, aku minta maaf.

Aku tau kau sakit hati. Tapi aku ada sebab buat macam ni. Aku tak nak cakap aku tak janji, Nanti nampak macam aku nak lari. Takpe. Aku faham kalau kau marah, Ye atau tak, tetap aku bersalah. Lain kali, Aku tak harap kau baik dengan aku lagi dah. Tapi. Jangan tanya aku kenapa. Sebab tak semua benda dalam dunia, boleh kita kongsi sama-sama. Dua tiga hal yang mungkin ada, Tak akan aku cerita. Sebab ia rahsia. Kawan, Aku minta maaf. Nota kaki~mata takmau tido. T.T

Adab yang tinggal.

Kau bukan budak lagi, Aku tahu. Pulang dari sekolah, Kau tunggu bas. Hari tu ramai orang. Penuh dengan kawan-kawan kau. Bas sampai, kau naik. Berebut. Pakcik, Makcik. Semua kau tolak. Nak duduk punya pasal. Bas bergerak. Kau main-main dengan loceng. Kat depan ada kakak 30-an, Pegang anak. Bas berhenti. Kawan kau nak turun. Tanpa hint, Tolak aku yang tengah berdiri. Jerkah budak sekolah rendah yang berdiri dekat pintu. Wah, memang sopan santun kawan kau. Pintu bas tutup. Seorang pakcik bangun. Membebel. "Jangan main-main dekat pintu. Nanti jatuh." "Lu orang tau, kenapa loceng tak bunyi? Sebab lu orang tekan main-main." "Jangan main loceng, bahaya orang lain." Orang lain diam. Tapi kau tak. Kau buat dia macam kawan kau. "Dah, dah. Diam." Amboi bahasa kau. Pakcik tu terus naik angin. Dia sekat kau. Dia  marah kau. Tapi aku rasa, dia cukup baik sebab tak terus tangankan kau. Aku rasa kau takut. Se...

Of she.

Image
.Of She. She is nobody. Don't care, or she will fall. On her feet. She's not stupid, she's still learning. Life is not always about what she wants, it's about what she needs. And how she was needed. She's not being a snob, she's just timid. When she don't care, she does not look down on people, she just don't know how to react back, and she don't think she's strong enough. She don't know who she really is, she's still searching for the truth. Even though truth hurts, and reality bites. But she still wants it. And that one day, she encounters love. Still, it just a silent feeling. She don't know yet, but it feels like she don't know anything anymore. She feels nothing but stupidity. Because she's timid, all she can do is ignore. Because she's still searching, she does not want to stop and stumble. She wants to continue searching. When she founds what ...

End of semester 3.

Assalamualaikum. :)) Hai hai!! khalis dah menjejakkan kaki di Micet dengan jayanya beberapa hari lepas. Oh sangat letih dilambung bas ekspres tanpa henti selama 5 jam. Tanpa henti? Ya. Tanpa henti. Bas cuma berhenti pukul 2 petang utk makan tengahari dan solat zohor di Chendor, dan meneruskan perjalan terus sampai Melaka Central sampai pukul 7.30 malam. Hah syok x? Oke, ini kali khalis bukan nak cerita pasal dilambung bas ke ape, tapi tentang semester 3 khalis di Micet ni. Sedar tak sedar, dah setahun setengah khalis belajar kat Melaka ni. Kadang rasa macam tak percaya, macam baru semalam rasanya khalis sambung belajar kat sini. Nampak kan, lalainya khalis ni dalam memerhatikan masa. Tapi jujurnya, sedikit demi sedikit, khalis belajar mengenali diri kat sini. Setahun setengah bukan waktu yang lama nampaknya. Masih lagi berbaki 2 tahun setengah sebelum khalis balik ke rumah membawa seorang khalis yang baru. Semoga ianya khalis yang lebih baik, InsyaAllah. khalis yang lebih bersedia ...

Rindu melampau.

Image
Assalamualaikum. :) Selamat pagi burung hantu. [Eh?] Dah pagi pagi belum tido ni, sudi la ye dipanggil burung hantu. Huhuk. Oi khalis sila sedar diri sape yang tak tido lagi sebenarnye ni?! ~Ece, tibe tibe emo. Pang karang. Hari ini mood hari raya. Ngeng. Otak sudah biul seharian asyik main game. Ingat boleh buat obat rupenye makin biul lagi ade lah. *ape kau merepek ni timah oi* Ok. Serius. Serius. Google punya | khalis edit :P Dua minggu kebelakangan ni khalis rasa tahap kerinduan khalis kepada rumahku syurgaku dah masuk tahap melampau lampau. Dengar lagu Ramlah Ram-Zapin Yang Tinggal, mula la nak drama airmata duyung. Sob sob sob. Air mata air hidung sume nak keluar time2 tu jugak. Pejam mata nampak umah wan, pejam mata nampak umah wan. Sehari tak call ma tak sah. Kalau boleh sejam sekali nak call. Kalah orang bercinta. Yang peliknya makan selera jek. Takde pulak istilah makan tak kenyang mandi tak basah ni. Tidur aje tak lena. Asik ingat ruuuuuuuuuumah jek. Tak pernah...

Ada apa dengan gambar?

Image
Assalamualaikum :) Hai bloggers. Hai readers. :) Di pagi yang hening tanpa apa apa bunyi sekali pun *syukurlah* ni, khalis terpandang satu entri menarik kat website conteng conteng. Jeng jeng jeng. Ada contest tau? Ehe. Ini kali pertama khalis masuk contest dan oh, teruja teruja! Sebab? khalis nak hadiah tuh. Ops, busted. Ehhe. Tapi contest dia senang aje, so khalis rasa ingin mencuba.  Macam mana? Cuma tuliskan interpretasi khalis mengenai gambar ini: 10 000 interpretasi | contengconteng Basically, apa yang khalis fikirkan waktu mula mula khalis nampak gambar ni, khalis nampak impian, dan angan-angan. Lukisan ni semacam memberitahu khalis bahawa tak salah hidup dengan seribu angan-angan dan impian, sebab hidup akan jadi lebih berwarna-warni. ~mentang-mentanglah belon tuh sume warna warni kan? :P Tapi, bukankah hidup memang begitu? Kanak-kanak membina identiti diri mereka dari angan-angan, siapalah kita nak tentukan apa yang mereka harus jadi dari angan-angan...