Showing posts with label ...tabir keinsafan.... Show all posts
Showing posts with label ...tabir keinsafan.... Show all posts

Saturday, July 30, 2011

Selesai satu bab.

Situasi~menahan letih dan kantuk @_@

Assalamualaikum :)

Orang kata, hidup adalah satu perjalanan waktu. Hidup adalah sebuah cerita. Hidup adalah pentas teater. Hidup bagaikan mengemudi bahtera. Dan hidup khalis adalah himpunan novel cinta. Haha, takdelah. Berangan aje lebih. Tapi hidup khalis adalah buku cerita :)

Dan hari ini, satu bab telah khalis habiskan.

Bila Club Day telah beranjak pergi bersama terbenamnya matahari. Semalam yang penuh drama. Dan hari ini yang penuh memerah tenaga. khalis mahu lupakan semalam, dan kenang hari ini sebagai momen yang indah. Kami berusaha. Usaha dan lebih usaha untuk dapatkan seramai mungkin ahli baru, meskipun semalam sangat pahit untuk diingat balik. Tak apelah, khalis ingin cuba melupakan. Semalam, memang khalis ingin menghambur semuanya ke dalam blog buruk ini, tapi mujur Allah sempat menjentik akal khalis, yg sebenarnya khalis pada waktu itu dikuasai nafsu dan emosi. Yang khalis waktu itu terbelenggu hasutan syaitan. Dan Alhamdulillah, penulisan khalis hari ini jadi lebih baik. Lebih neutral.


InsyaAllah hari esok lebih baik. InsyaAllah. :)

Oh ya, I got my first henna art drawed today. :) I was like SO excited sampai rasa macam nak tunjuk kat sume orang kat dalam hall tadi. HAHA :D Sungguh la tak matured langsung. But seriously suke sangat!!! LAWA. credit to Kak Fat for that. Nak tengok? Boleh aje khalis tunjukkan. But please ignore the ugly hand.

Henna | sorry for blurry image tho


Haha, my hands are not coming out well in pics, so I'd rather it doesn't stand out at all :)

Yes, yes, mungkin ada jek yang akan kata; "Alah biasa aje pun, bukannya banyak sangat," but hey helloo!! It's my first time get henna drawed this lawa..memang of course la sangat teruja..nak jugak berlagak sikit. Lagipun lukis henna bukan senang; I know, tried before. DIDN'T WORK, okeh?


And I've been staring at it like almost a day kot? Like a bunch of unbelievable feeling yang khalis buat henna kat tangan. Hahaha..jakun gile. Wondering mcm mana masuk kelas nanti. Patut pakai sarung tangan x? :S Tak nak la...rugi aje buat nanti..heheh..

So, have a good nite peeps! Chiao! Haha :D

Nota kaki~tak tahu macam mana nak menyambung. Baitbait irama yang tadi menari dalam otak dah lari tak sempat dikejar. :(

Thursday, June 30, 2011

-_______-"

Situasi~~baru habis debate training

Assalamualaikum J

khalis rasa takut tiba tiba. Takut tak dapat jalankan amanah yang diberikan ni dengan baik. Takut dengan jangkaan jangkaan yang khalis mungkin akan kecewakan orang yang bergantung harap pada khalis. Takut tak dapat berikan komitmen yang terbaik. Takut khalis kecewakan diri sendiri. Dan, takut pada bayang bayang sendiri.

Tapi, walau apa pun rintangan yang akan datang selepas ni, khalis akan lawan. Walau betapa keras pun badai yang menghempas diri ini, khalis tetap akan bertahan. Sebab ini amanah yang dipertanggungjawabkan atas bahu kecil khalis, dan amanah harus khalis laksanakan.

 Mahu sangat jadi seteguh karang, tapi tetap hati ini serapuh arang.

Tapi tak mengapalah. Setiap ujian itu kan menjadikan kita lebih baik, khalis? Dan kita juga mampu jadi lebih matang dari sekarang.

InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan.

Dan semoga Dia sentiasa menunjukkan jalan.

InsyaAllah


BUSYness | is it going o be this way?


Nota kaki~~sedang berusaha menahan kantuk. Masih ada dua case file sedang menunggu untuk disiapkan T_T

Wednesday, June 1, 2011

Perlu ke nak bagi tau satu dunia??

mood~~ terkejut.

Assalamualaikum :(

khalis sangat kecewa. Kecewa dengan sikap anak remaja zaman sekarang yang tak malu segan langsung untuk tebarkan aib mereka pada satu dunia. khalis akui khalis pun xsempurna. khalis pun masih banyak kekurangan yang perlu dilengkapkan, masih nipis iman yang perlu ditebalkan. Tapi khalis tak bodoh untuk bangkit dan beritahu satu dunia betapa bodohnya khalis untuk berani membuka aib sendiri.

Jumpa satu link dalam facebook. Tapi khalis tak ingin nak bagi link tu. khalis kesian bagi pihak dia, pihak ibu ayah dia. Bayangkan kalau anak kalian, berani membuka pekung di dada sendiri, bongkar cerita pada seluruh dunia, tentang betapa dia bangga dia sudah tak punya dara, padahal umur masih muda. Malu khalis.

khalis jadi tertanya tanya, apa makna harga diri bagi dia? Apa maksud dia dengan "walaupun dia takde dara, dia masih ada harga diri"? Hanya kerana dia berani mengaku dia tak ada dara, maka dia dapat harga diri yang hilang tu kembali? MasyaAllah, murahnya nilai harga diri seorang perempuan di mata anak muda zaman sekarang. Sungguh khalis rasa sedih, juga rasa takut. Teringat akan tanda tanda kecil kiamat yang pernah khalis baca dulu, norma hidup manusia akan kembali ke zaman jahiliah dulu. Inalilllah.

khalis juga jadi kesian pada lelaki yang menjadi kekasih hati dia. Kenapa terlalu menurut kata hati? Kenapa dikejar nikmat dunia yang hanya menghulur bahagia yang sementara? Cetek benar pemikiran, sampai yang diketahui dosa itu juga yang ingin mereka kejar-kejarkan. Tak nampakkah, akan ada airmata yang mengalir suatu waktu di masa hadapan? Kalau bukan dari tubir mata insan yang membuat noda, mesti dari mata yang pernah menangis waktu kali pertama mereka melihat dunia. Tak kesiankah pada mereka?

Sungguh khalis terkilan, kalau ini generasi gemilang dari tanah air yang selama ini khalis bangga-banggakan. :(

kepada mereka, khalis ingin titip doa supaya hati mereka dilembutkan dan mereka sempat berubah. Masih panjang jalan hidup yang harus ditempuh. Hidup bukan semata mata berpacaran dan berbagi segalanya, ia lebih dari itu.

Pinjam kata kata Noor Suraya dalam 'Surat Ungu Untuk Nuha'; hidup adalah satu perjalanan waktu.


Nota kaki~~bukan marah, cuma ingin mengingatkan. Yang terlencong dari landasan bersuluh cahaya itukan bangsa kita juga?

Nota kaki~~khalis dalam mood merancang acara. Tak ada tenaga nak berpanjang panjang hikayat.

Monday, April 11, 2011

cerita dari Mitec.

Assalamualaikum J


Balik dari Mitec, hantar barang kat bilik Sarah, pastu terus melepak kat bilik Tasya. Banyak benda yang kitorang bualkan, sampai terlupa yang khalis mengandar waktu study Fluid. Ingat nak singgah sekejap jek, tapi tiba-tiba melarat jadi sejam empat puluh lima minit. Aiceh, ni yang malas berjalan ni. T.T


Balik dari bilik Tasya, khalis rasa macam baru tersedar balik hala tuju khalis sebenarnya. [sebenarnya dari bilik dia lagi dah cakap pasal ni..teeheee  ;) ]. Bukanlah hala tuju sangat pun, cuma khalis jadi teringat kembali tentang kenapa khalis join Micet, tentang kenapa khalis amik teknologi kimia makanan. khalis jadi teringat tentang ICM, tentang janji2 khalis dengan nemi nemi khalis dulu. khalis dah mula kembali fikir pasal ni, start dari KSN lagi sebenarnya. Rasa macam nak menangis, bila fikir balik semua masa yang khalis dah rugikan selama ni cuma kerana khalis lalai, kerana khalis lupa matlamat khalis. Bila dah ingat balik, khalis rasa bersyukur sebab belum terlambat lagi untuk khalis ubah semua yang dah terjadi.


Di KSN, khalis ade teringat 1 ayat dari moderator yang bagi ceramah, “Sekarang ni, ramai graduan menganggur sebab tak merancang masa depan mereka dengan baik. Mentaliti orang kita, lepas habis belajar, MAKAN GAJI. Langsung tak ada keinginan nak berniaga sendiri.” Masa ni, khalis rasa macam, ZAAPPP!! Terus ke jantung. Sebab khalis pun sama. Rancangan mahu makan gaji dulu dalam setahun utk pengalaman, sebelum proceed satu level lagi. Langsung khalis lupa, janji khalis dulu, sebelum umur 25. Kalau khalis makan gaji, memang cukup2 25 la. Jadi masa bila nak siapkan proposal, dapatkan lesen, kelulusan dan nak setup semua benda? Nampak gayanya khalis kena tukar strategi ni, eh tak, khalis mesti, harus tukar strategi untuk jadikan impian kami itu satu kenyataan.


Tadi baca majalah Usahawan Sukses, salah seorang usahawan yang ditemuramah cakap, “susah nak berjaya sebenarnya, orang selalu nampak berniaga ni macam cepat untung. Labur sikit, dah masuk banyak. Sebenarnya tak, apa yang kita usahakan hari ni, tak semestinya esok lusa kita dapat, tak semestinya kita yang rasa apa yang kita usahakan.” Dan khalis sokong kata dia dengan sangat amat sokong.


Bagi khalis sendiri, dengan pengalaman dua hari di Mitec, [Ecewah, pengalaman baru setitik air embun dah nak berlagak khalis ni, ;P ] khalis lebih suka beranalogi begini; bukan senang nak naik tinggi, mesti nak jatuh dulu, tersadung dulu, baru kita tahu macam mana nak gunakan sayap yang kita ada. Setiap orang ada sayap sendiri, yang mungkin tersembunyi dan mungkin mereka tidak tahu bagaimana mahu mengembangkan sayap yang mereka ada dan terbang jauh.


Mungkin aka nada yang mempersoalkan, kenapa sayap? Pandangan peribadi khalis simple, sayap adalah medium paling mudah untuk menggambarkan potensi diri seseorang. Biar khalis bentangkan satu contoh; seekor anak burung yang masih kecil, ditinggalkan sendiri tanpa jagaan ibu atau bapanya. Boleh jadi kerana sarangnya diterbangkan ribut atau apa sahaja. Ia punya sayap, namun skeptisnya, ia mungkin tidak mahu terbang kerana takutkan ketinggian. Padahal ia punya sayap, cuma ia belum mahir menggunakannya, kerana mungkin tidak ada keperluan yang mendesak untuknya menggunakan sayap yang sedia ada itu. Dan andai ia masih tidak berani mahu menelan risiko, ia boleh mati kelaparan.


Sama juga keadaannya dengan manusia, setiap manusia ada potensi diri masing2 yang mungkin masih tersembunyi. Masih ramai yang belum melihat apa sebenarnya yang mereka mampu lakukan. Dan sekiranya mereka takut mahu mengambil risiko atas peluang yang terbentang depan mereka, mereka akan kekal di tampuk bawah.


khalis melihat potensi dalam impian khalis dan nemi nemi khalis, dan kami mahu menjadikannya satu kenyataan. Susahnya adalah cabaran, senangnya adalah dugaan. Kami mungkin jatuh, tapi kami mahu bangkit atas kejatuhan itu, InsyaAllah. Dan KSN telah menyuntik satu semangat dalam diri khalis. Mahunya khalis saat ini, mengumpul modal secukupnya untuk ICM. Dan berjaya seperti saudara Adam.



Nota kaki~~Test Fluid menanti esok. Static fluid. Fluid flow in pipe and conduits. Nice ;)

Nota kaki lagi~~Aduhai B.S, maafkan hati ini yang sekali lagi tersasar menjaga cinta untukmu. [Euw, geli. Sila jangan gelak. Ini memang luahan terus dari hati.]

Tuesday, February 22, 2011

airmata bukan penyelesaian.

Rasa sangat susah. khalis nak menangis boleh?

Kenapa nak menangis khalis?

Tak tau. Hidup macam sangat menduga sekarang ini.

Kalau menangis, selesaikah semua?

err...

Kalau menangis, masalah semua akan larikah?

...

Bukan air mata saja yang boleh baiki luka hati, khalis.

Lalu katakan apa lagi yang mampu khalis buat sekarang??!

Tidur la khalis, hati juga ingin rehat. Jangan fikirkan lagi.

Tapi. Macam tak mampu jek nak lalui semua ni sekarang. Macam nak undurkan balik semua masa yang dah lepas. Tapi khalis tak mampu, nak fikirkan pasal tu pun khalis rasa cukup melampau.

Terus?

Ah?

Kalau tahu melampau, kenapa mesti khalis fikirkan jugak?

...sebab khalis belum cukup kuat utk semua ni.

Wednesday, October 27, 2010

sebak tibe-tibe T_T

Pukul 4 pg, bahana pasang lagu Maher Zain, terus hujan xberhenti. ~~ulalaa...mlm ni langgar tabii menangis pukul 4pg xtdo sbb lagu. Ulang lagi, sebab LAGU.

Tapi sungguh,

lagu ni sangat menusuk terus ke jantung. Tajuk dia= Insha Allah.

Sory xde vdeo lagu ni yg da donlod. Tpkse bg link jek. Kenapa lagu ni sangat menusuk?? Jom hayati lirik dia,


Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way
 
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

Nah, dengan penulis lirik, ngn composer ngn producer skali ak taruk bagai..bukan malas oukeh? Saje nak kredit. Nk tnjuk copy paste pnye keje. Huhuk. =PP

Tapi nampak x knapa ak sgt sebak dan tachink dgr lagu ni? X nmpak?? Sungguh la hati kayu..

Nak terangkan satu-satu, mungkin agak payah. Ak tgh meleleh ni...payah la nk taip panjang. Cukup skadar ak bgtau yg lagu ni brmakne. Kenapa? Oukeh ak bg 1 sebab. Sebab yg len xpyh nk susah2 pikir, mmg xde pon.

Lagu ni punye la lme brkampung lam laptop, tp nape ntah langsung xtrbuke aty nk pasang or nak dgr. But somehow, di pagi dinihari ni mse duk ushar lagu Rizu-Satu Hari Lagi, tetibe tenampak link lagu ni. Trus klik tnpa pikir 2 kali. Mse tuh cume pikir, "..hah, lagu glemer. tengok sikit best ke x ramai sgt org suke ni.."  Skali bukak trus jatuh cintun. Erk, menipu. First time bukak fail, vdeo error. Eheh...but second bukak trus jatuh cintun tau! Bukan senang qilah nak jatuh cintun ngn lagu. Bila dh smpai tahap bukak jek trus minat tahap dewa, mknenye lagu tu sgt dewa la! Huih, ape punye bahasa..menangis cg BM...
But seriously, knape ak suke lagu ni? huh, dr tadi duk kenapa-kenapa. tolong lempang sikit budak ni bg sedar. Aiseh jangan marah. Nak bgtau la ni. =)) Lirik dia. Susunan muzik dia. Suara Maher Zain. Muke Maher Zain. oukeh, tu sebab terkuat. weeeee~~ takdela takdela. Sebab terkuat minat lagu ni, lirik dia. Ye, lirik dia. Sangat bermakna. Lirik yg buat ak rase, 
~~xpenah sedetik pon sebenarnya dalam hidup ni, kita sendirian. There's always HIM.
~~xpenah sedetik pon sebenarnya dalam hidup ni, kita dah terlambat. There's always A SECOND CHANCE. 
~~xpenah sedetik pon dalam hidup ni, kita sempurna. There's always MISTAKE.
Kesimpulannya, lagu ni ajar ak banyak perkara. Perubahan atas tangan kita. Baik atau buruk, pilihan sendiri.

Semoga ini kekal. Amin.


...i'm just a mere girl...

Monday, July 26, 2010

Mlm yG BeST!!!

hari ni, mlm ni...aku blajar byk bnda baru. oh my, oh my, oh my!!


td, aku g kls feqah. xtau ape yg buat hati ak rse mcm dtarik-tarik nk g kls feqah 2. nk kate aku ni alim, maaf, aku bukanlah org yg tepat utk dberi pghargaan tuh. tapi aku tbe2 jek rse brtuah ble aku g kls tuh. rse mcm, Allah mmg bg jln utk aku berubah. dan aku da nmpk jln tu trbntang luas dpn mte. aku takut jgk, sbb slalunya, org yg Dia syg, akn sntiasa diuji. smakin byk dugaan yg kte trima, smakin ktara nikmat kasih sayangNya dan smakin kta tau Dia sntiasa ada dgn kita.

tadi, Kak Haslin ad sbut something yg buat aku rse mcm nk nanes jek. kak Haslin kte, skrg ni, ble kte blajar, apa fokus utama kte? aku diam, tapi dlm hati ak jwb jugak, nk score result best laa...lps tuh, mcm tau2 jek, kak Haslin pn kte, msti sbb nk score kan? nk pass exam, sume tu la...tp kte lpe, dlm mncari ilmu, kte kne cri jugak kbrkatan dlm ilmu tu. sbb tu skrg ni rmai org yg kuar u jek, kecundang. sbb dorang juz bce utk dptkn best result, diorang xcuba fhm dan cr kbrkatan disebalik ilmu yg diorang blajar tuh. jgn kita 'sekular'kan ilmu yg kte pelajari, sbb ilmu tu dtgnya dr Allah jugak. dlm blajar dan pghayatannya kena laa seimbang. aku tersentak. mcm nak nanes. Ya Allah, jauhnya terpesong niat aku nk blajar. spatutnya aku setting niat awal2, aku nk blajar, nk dptkan ilmu semata-mata kerana Allah, utk jihad fisabilillah. utk digunakan sebaik mungkin di jalan Allah, bukan skadar bace utk 4 flat, utk dpt dekan, chancelor sume tuh. barulah aku sdar npe slame nih ak salu cpt patah smangat, sbb niat aku yg xbetul. sbb niat aku yg cme nk bce dan curah sumenye ats paper final. lps 2, nah, keje! no more blajar2. Ya Allah, syukurnya hamba bila hati nan lemah ini digerakkan utk mghadiri majlis ilmuMu. byk yg aku pelajari, cuma dlm 1 malam! mlm ini, hati yg kosong ni seakan dah terisi sebahagiannya dengan curahan ilmu yg sdikit dr kak Haslin ngn Kak Asma'.




dr kak Asma' pulak, aku dpt mutiara yg brhrga. betapa solat aku slama nih xsmpurna, byk yg pincang. patutlah aku x prnah brjaya dptkan khusyu'. terima kasih kak Asma', diatas perkongsian ilmu yang amat tinggi nilainya bg hamba Allah yg serba kurang ini. aku nk kongsikan jugak apa yg aku dpt kat sini serba sedikit. yg mana ak rasa paling mengesankan, fahamilah bacaan2 dlm solat utk mendapatkan nikmat solat, yg mana pengaduan seseorang hamba itu akan terasa lebih mengesankan andainya dia memahami apa yang dipintanya kepada AlKhaliq. dan waktu sembahyang, takbiratul ihram sgt penting utk mndapatkan kekhusyu'an, kerana ibadah solat brmula dgn takbiratul ihram. satu lagi, waktu solat, bayangkanlah Allah itu ada di hadapan kita, syurga di kanan manakala neraka di sebelah kiri kita, bayangkan sejadah sebagai titian sirat yang akan membawa kita menyusur jalan ke syurga atau neraka, manakala di belakang sentiasa ada Izrail yang menanti perintah utk melucutkan nyawa kita. insyaAllah, hati akan gentar utk brpaling dr pengaduan trhadap Yang Esa. Alhamdulillah, RM10 apa sgt lah nilainya utk mutiara yg sgt brhrga bg hamba yg kerdil ini.

aku tahu aku dah buat keputusan yg betul kali ini. dengan izin Allah, aku terpilih hamba yang diberi peluang mengubah segala yang pincang pada diri. dengan izin Allah, Alhamdulillah.

p/s: aku tahu entry kali ini sgt berunsur islamik, tp ini yg aku mahukan slame nih. dan aku jugak tau, kali ini aku mampu berubah! pasti!!


...i'm just a mere girl...

I should be working but I am here instead. (=.=")

 Hi, it's me again. In my last post I said to expect my frequent visit, but one can dream. Six years later, here I am. In yet another po...