daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 11, 2011

.Hujan.

Bandar Vendor, Alor Gajah.

Sedang hujan. :)

khalis sangat suka hujan. Ada satu perasaan tenang yang timbul tiap kali rintik hujan jatuh membasahi bumi. Ada satu riak keamanan saat memerhati senario alam ini. Kalau di rumah, tiap kali hari hujan khalis akan duduk di beranda sambil membaca novel [tak kisah la novel ape pon, novel cinta satu bonus...ehehe]. Lagi best kalau disulami dengan cicipan susu panas. Sangat menenangkan.


Hujan | menulis sambil ditemani susu suam waktu hujan pun seronok juga kan?? :)


Kadang-kadang, waktu hujan adalah waktu paling baik untuk khalis berfikir. Perasaan tenang yang dibawa hujan seakan mengaktifkan kembali neuron2 minda khalis yang masih tidur. [oh, tidur pun enak juga waktu hujan kan? :)]

"Hujan datang membawa rahmat," 

Ini apa yang ma khalis selalu cakap. khalis dh faham. Ini antara rahmat hujan.

Anda suka hujan?

nota kaki~~sedang berperang dengan programming. Melarikan tumpuan untuk seketika, programming hampir menang ;))