daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 23, 2011

Selesai sudah.

Assalamualaikum. :)

situasi khalis di kolej

Apa khabar semua hari ni? Dah mandi? Petang dah ni oi, kalau xmandi memang boleh la kau kawan dengan kerbau Pak Abu kat sawah tu :P pergh skema gile soalan intro. Dah layak jadi cekgu khalis ni. Eheh.

Oke sudah merapu.

Hari ini, selesai lah sudah meneran segala isi otak sampai keluar tersembur kat atas answer sheet yang dah disediakan invigilator. Tamat lah sudah zaman zaman penyeksaan ala-ala barbarian atas diriku yang tidak berdaya ini, ah sudahlah kau khalis...buat buat lupa pulak kau ada 4 semester lagi kat tanah Melaka yang bertuah ni hoi. Uwuwu T^T bila la nak abis study? Nanti dah abis study pulak wajib buat muka tercengang eh aku dah habis study rupanya. Tak sangka tak sangka. Cis, hipokrit.

Semester depan, siap sedia lah nak berperang dengan subjek subjek baru khalis. Mungkin senang, dan mungkin jugak senang. [Eh apehal?] Ayat psiko diri sendiri tuh dah jangan nak suruh betulkan! :P Tak senang tahu nak teruskan hidup dengan segala bagai nota kalau dalam otak tu duk kepit ayat susah-susah-susah-susah-susah [Pehal banyak sangat susah ni??] 24jam. Nak kentut pon susah tau, lagi-lagi kalau duk tengah ramai orang. Cer bagitau ape yang senang dalam dunia ni?? Nak tahu jugak. *buat muka curious*

Hari ni. Habis paper pergi beli makan tengahari sambil ambil clearance form. Iyelah dah nak balik takkanlah nak simpan lagi kunci bilik yang menyimpan kenangan asam masin ni, ohoi dah silap. Makan jeruk sangat inilah jadahnya. Cut cut, start balik. Iyelah dah nak balik takkanlah nak simpan lagi kunci bilik yang menyimpan kenangan masam manis ni. Nanti kena bayar denda tak pun bayar terus untuk dua bulan cuti hah tak ke naya tu? Jauhlah jauhlah. Poket tengah rabak ni. Huhuk. Tak dapatla nak tengok 2PM joget joget lagu Heartbeat kat atas pentas Jumaat ni. Uwuwu. Sape nak belanje aii tiket? Hah ni satu hal lagi. Nak wat konsert xleh tunggu Ahad ke? Kenapa nak Jumaat jugak kenapa kenapa? Tell me why!!! Eh emo pulak kau Temah. [Hek, tukar nama tetibe.]

Dan yeah, ini adalah last post khalis di MICET [untuk semester ini pastinya :) ] sebelum pulang naik bas Maraliner pagi esok. Tetibe feeling lagu Sudirman pulang. Hah tengok, teringat rumah duk panggil ''pulang pulang'' sampai typo di situ. khalis nk cakap teringat lagu Sudirman PULAK sebenarnye. Sob sob. Eh mood terbalik ni. Balik rumah mesti happy, hati riang gumbira macam dapat makan kek Secret Recipe 1kg orang belanja. Ahem. Ah, mood tiba-tiba segar macam kena sentuh embun pagi jek bila teringat rumah. Rindu. Rindu. Hah, sape yang tengah bercuti meh la bagitau khalis, kita pegi cuti ramai-ramai! Haha. Tadi kemain poket rabak la hape la. Nampak sangat la penipunye. Aiseh, mulut, eh, tangan tak boleh simpan rahsia betul!


Oke la, sampai jumpa lagi! Tata!!





nota kaki~~packing saja belum. Ehe. :P

Monday, November 21, 2011

The Smurf.

Speechless.

Tu jek mood khalis untuk cerita ni. Nampak flawless sangat. Mesej kasih sayang dan kepercayaan dalam cerita tu rasa sangat sampai.

I have nothing to review for this story but for those yang tak tengok lagi cite ni, sila lah tengok ye? Tak ruginye...



:)

Assalamualaikum. :)

Hai awak-awak yang sudi baca blog saya. :)
Sihat? Dah makan?


Dua tiga hari ini mood khalis terumbang ambing.
Cakap pendek-pendek.
Malas nak cakap banyak.

Tapi.

Hari ni rajin terlampau.
Sampaikan rajin pulak nak tukar header baru.
Tengah mood boleh la :)

Takpe, sementara tak ada apa-apa nak buat ni.
Nanti dah mood study, bersawang la blog ni.
Oh, broadband khalis masalah.
Mungkin balik rumah nanti khalis akan bercerai dengan internet.
Dan sudah tentunya; blog ini.  (T.T)

Tak apalah. nanti dah baiki broadband boleh lah rujuk balik.

Till then, sayonara.





Nota kaki~Selamat malam. :)

Sunday, November 20, 2011

Kawan, aku minta maaf.

Aku tau kau sakit hati.

Tapi aku ada sebab buat macam ni.
Aku tak nak cakap aku tak janji,
Nanti nampak macam aku nak lari.

Takpe.

Aku faham kalau kau marah,
Ye atau tak, tetap aku bersalah.
Lain kali,
Aku tak harap kau baik dengan aku lagi dah.

Tapi.

Jangan tanya aku kenapa.
Sebab tak semua benda dalam dunia,
boleh kita kongsi sama-sama.
Dua tiga hal yang mungkin ada,
Tak akan aku cerita.
Sebab ia rahsia.

Kawan,
Aku minta maaf.







Nota kaki~mata takmau tido. T.T

Friday, November 18, 2011

Adab yang tinggal.

Kau bukan budak lagi,
Aku tahu.


Pulang dari sekolah,
Kau tunggu bas.
Hari tu ramai orang.
Penuh dengan kawan-kawan kau.

Bas sampai, kau naik.
Berebut.
Pakcik, Makcik.
Semua kau tolak.
Nak duduk punya pasal.

Bas bergerak.
Kau main-main dengan loceng.
Kat depan ada kakak 30-an,
Pegang anak.

Bas berhenti.
Kawan kau nak turun.
Tanpa hint,
Tolak aku yang tengah berdiri.
Jerkah budak sekolah rendah yang berdiri dekat pintu.
Wah, memang sopan santun kawan kau.

Pintu bas tutup.
Seorang pakcik bangun.
Membebel.

"Jangan main-main dekat pintu.
Nanti jatuh."
"Lu orang tau, kenapa loceng tak bunyi?
Sebab lu orang tekan main-main."
"Jangan main loceng, bahaya orang lain."

Orang lain diam.

Tapi kau tak.
Kau buat dia macam kawan kau.

"Dah, dah. Diam."

Amboi bahasa kau.

Pakcik tu terus naik angin.
Dia sekat kau.
Dia  marah kau.

Tapi aku rasa,
dia cukup baik sebab tak terus tangankan kau.

Aku rasa kau takut.
Sebab kau turun dalam gopoh.

Lepas kau turun.
Kau tinggalkan aku dengan 1 pertanyaan.

"Mana adab kau, budak sekolah?"






Nota kaki~Adab bukan adat. Boleh ditinggal-tinggal.

Of she.

.Of She.


She is nobody.
Don't care, or she will fall.
On her feet.

She's not stupid, she's still learning.
Life is not always about what she wants,
it's about what she needs.
And how she was needed.

She's not being a snob, she's just timid.
When she don't care, she does not look down on people,
she just don't know how to react back,
and she don't think she's strong enough.

She don't know who she really is,
she's still searching for the truth.
Even though truth hurts, and reality bites.
But she still wants it.

And that one day,
she encounters love.
Still, it just a silent feeling.
She don't know yet,
but it feels like she don't know anything anymore.
She feels nothing but stupidity.

Because she's timid,
all she can do is ignore.
Because she's still searching,
she does not want to stop and stumble.
She wants to continue searching.

When she founds what she hunts,
she will stop and come back.
And make a change.

But thats,
when she founds it.

She's just nobody after all.


World don't care.




Nota kaki~Random mumble. Otak sudah penat baca pengalihan jisim. [Baca: Mass Transfer] Nite all :)

Saturday, November 12, 2011

End of semester 3.

Assalamualaikum. :))

Hai hai!! khalis dah menjejakkan kaki di Micet dengan jayanya beberapa hari lepas. Oh sangat letih dilambung bas ekspres tanpa henti selama 5 jam. Tanpa henti? Ya. Tanpa henti. Bas cuma berhenti pukul 2 petang utk makan tengahari dan solat zohor di Chendor, dan meneruskan perjalan terus sampai Melaka Central sampai pukul 7.30 malam. Hah syok x?

Oke, ini kali khalis bukan nak cerita pasal dilambung bas ke ape, tapi tentang semester 3 khalis di Micet ni. Sedar tak sedar, dah setahun setengah khalis belajar kat Melaka ni. Kadang rasa macam tak percaya, macam baru semalam rasanya khalis sambung belajar kat sini. Nampak kan, lalainya khalis ni dalam memerhatikan masa. Tapi jujurnya, sedikit demi sedikit, khalis belajar mengenali diri kat sini. Setahun setengah bukan waktu yang lama nampaknya. Masih lagi berbaki 2 tahun setengah sebelum khalis balik ke rumah membawa seorang khalis yang baru. Semoga ianya khalis yang lebih baik, InsyaAllah. khalis yang lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab, sebagai seorang anak, kakak dan hambaNya yang baik insyaAllah.

Dan sedar tak sedar jugak, dalam setahun setengah ni dah banyak yang berubah pada khalis. Baik? Buruk? Semua ada lah kut. Ehe. Antara yang baik nya, khalis dah kurang penyakit malas. ~Oke, kena usahakan lagi sampai penyakit malas tu tak ada langsung. -_-" Yang buruknya, khalis ni dah semakin garang dan berani tak bertempat. Kalau dulu tu, marah orang mana la berani depan-depan, belakang dia berani la. Sekarang ni, hah cuba kau try test depan aku sekarang ni lidah aku ni bisa ke x? Aicewah lagak pendekar berjaya jek khalis ni. Karang orang sergah kang pandai la bukak langkah sepuluh ribu. Dah takde la lidah bisa ke tidak, terus takde lidah nak kata apa-apa agaknye. Puih. :P

Oke, sudah mengarut. Diam sekarang.

*sepuluh saat*

Memang tak boleh diam lama-lama. :P Sarah pun dah cakap, "Kau ni kalau ade audition jadi VJ kau pergi test tengok dapat ke x, mulut tu xboleh diam lame sikit :P " Haha. ~Jangan la marah Sarah, macam la kau xkenal aku. Syahdu hati ni kena marah ngan kau. Sobs.

Masih ada 2 minggu lagi yang berbaki sebelum semester 3 betul-betul habis. Tapi, khalis dah pon rasa macam semester 3 ni dah habis. ~Kecuali pada waktu-waktu harus study menjelma dan nota-nota memanggil dengan penuh taksub. Sebab, latihan debat dah habis dua minggu lepas. Latihan silat pon sama, baru jek habis minggu lepas. Agak-agak la kan, kalau khalis letak pepatah yang "kita tak akan tahu betapa berharganya apa yang kita ada sehinggalah kita kehilangannya" tu kat sini sesuai x? Ehe.

Since I am feeling like it, letak aje lah. :P

Sebab I miss them already. Those lovely yet naughty debaters. And serious but friendly silat members. Rasa macam cuti semester yang sebulan tu lama sangat lah pulak. Isk :'( Cuti belum start, boleh la nak berlagak. Tengok nanti cuti da nak abis ayat kau same ke tak, kiah. :P

Hari ni done dengan subjek Industrial Safety and Health. Khamis ini Chemical Engineering Thermodynamics, Jumaat pagi sarapan dengan Mass Transfer 1, lepas tu Rabu Berperang dengan Introduction to Food Science and Technology. Kemudian meronggeng di bandaraya. Eh x la x la. Saya baik budaknye. Ek hem.

Nanti khalis update lagi. Sekarang panggilan dari katil. Ehe. Nite all. Sweet dream ;)




Nota kaki~Mood; hilangkan sawang dalam blog. ;)
















Wednesday, November 2, 2011

Rindu melampau.

Assalamualaikum. :)

Selamat pagi burung hantu. [Eh?] Dah pagi pagi belum tido ni, sudi la ye dipanggil burung hantu. Huhuk. Oi khalis sila sedar diri sape yang tak tido lagi sebenarnye ni?! ~Ece, tibe tibe emo. Pang karang.

Hari ini mood hari raya. Ngeng. Otak sudah biul seharian asyik main game. Ingat boleh buat obat rupenye makin biul lagi ade lah. *ape kau merepek ni timah oi*

Ok. Serius. Serius.

Google punya| khalis edit :P


Dua minggu kebelakangan ni khalis rasa tahap kerinduan khalis kepada rumahku syurgaku dah masuk tahap melampau lampau. Dengar lagu Ramlah Ram-Zapin Yang Tinggal, mula la nak drama airmata duyung. Sob sob sob. Air mata air hidung sume nak keluar time2 tu jugak. Pejam mata nampak umah wan, pejam mata nampak umah wan. Sehari tak call ma tak sah. Kalau boleh sejam sekali nak call. Kalah orang bercinta. Yang peliknya makan selera jek. Takde pulak istilah makan tak kenyang mandi tak basah ni. Tidur aje tak lena. Asik ingat ruuuuuuuuuumah jek. Tak pernah pernah lagi khalis jadi tak tentu arah macam ni setiap kali nak balik cuti. Padahal dah tak lama pun. Hari ni Rabu, pagi Jumaat dah nak naik bas balik umah. Kenapa khalis ni? Cengeng betul. :P


Nota kaki~~Sabar la khalis, dua hari tak lama pon. Hoi pegi packing barang. Nanti cuti sem takde la banyak sangat barang nak berangkut. :P


Tuesday, November 1, 2011

Ada apa dengan gambar?

Assalamualaikum :)

Hai bloggers. Hai readers. :) Di pagi yang hening tanpa apa apa bunyi sekali pun *syukurlah* ni, khalis terpandang satu entri menarik kat website conteng conteng. Jeng jeng jeng. Ada contest tau? Ehe. Ini kali pertama khalis masuk contest dan oh, teruja teruja! Sebab? khalis nak hadiah tuh. Ops, busted. Ehhe. Tapi contest dia senang aje, so khalis rasa ingin mencuba. 

Macam mana?

Cuma tuliskan interpretasi khalis mengenai gambar ini:
10 000 interpretasi | contengconteng

Basically, apa yang khalis fikirkan waktu mula mula khalis nampak gambar ni, khalis nampak impian, dan angan-angan. Lukisan ni semacam memberitahu khalis bahawa tak salah hidup dengan seribu angan-angan dan impian, sebab hidup akan jadi lebih berwarna-warni. ~mentang-mentanglah belon tuh sume warna warni kan? :P
Tapi, bukankah hidup memang begitu? Kanak-kanak membina identiti diri mereka dari angan-angan, siapalah kita nak tentukan apa yang mereka harus jadi dari angan-angan tu. :)

Dari zaman kanak-kanak ribena dulu sampai lah sekarang ni, khalis rasa angan-angan dan impian khalis asyik berubah. Ek hem. Itu kira seribu angan dan impian jugak kan? ;) Waktu kecik-kecik, khalis pernah punya impian untuk buka kedai aiskrim di bulan. Kenapa bulan? Kenapa bukan di Bumi? Sebab waktu tu minda punya lah suci, khalis ingatkan kat planet lain mana ada jual aiskrim, ingatkan kat Bumi aje ada jual aiskrim. Lagipun, aiskrim yang khalis nak jual kat bulan ni bukan calang-calang. khalis tak main la jual aiskrim walls, mat kool sume tu..khalis nak jual aiskrim malaysia kat bulan tu! Kalau khalis jual aiskrim malaysia kat bulan, nanti sume alien-alien yang naik piring terbang tu berenti beli aiskrim kat khalis. Alangkah kool. :D

Tapi bila dah beranjak umur jadi lebih tua, impian tu dah jadi lebih logik. Tak dapat jual aiskrim kat alien pun takpela, khalis nak jadi  Power Rangers pon boleh. Kool jugak tu. Lawan dengan raksasa pastu selamatkan dunia. Tapi, bila keinginan untuk memakai kostum Power Rangers tak mungkin akan tercapai sebab ma khalis tak pernah benarkan, impian itu terkubur begitu sahaja. Sobs :'( Tapi takpe, khalis jadi lebih positif. khalis nak bukak bisnis, jadi lebih kaya dari Donald Trump. Haha. Mase khalis sekolah menengah dulu tengah glemer show The Apprentice tu. Mase tu teringin nak buat cam Mr Trump; "You're fired!" Haha. Rasa sangat berkuasa. :D

Sekarang? Masih lagi berimpian. Dan impian itu masih bermacam-macam :) Sampai sekarang khalis masih rasa impian yang ada itu lah yang mendorong khalis jadi khalis yang sekarang.


Eh dah melalut. :) Sepatutnya cerita pasal belon. Ehe. Selamat malam sume.



Nota kaki~~Encik admin contengconteng, saya mahu jugak frame tu. Eh tak malu. :P

Nota kaki~~Otak beku setelah seminggu bertarung dengan wifi yang langsung tak bersemangat. ;)