daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

-_______-"

Situasi~~baru habis debate training

Assalamualaikum J

khalis rasa takut tiba tiba. Takut tak dapat jalankan amanah yang diberikan ni dengan baik. Takut dengan jangkaan jangkaan yang khalis mungkin akan kecewakan orang yang bergantung harap pada khalis. Takut tak dapat berikan komitmen yang terbaik. Takut khalis kecewakan diri sendiri. Dan, takut pada bayang bayang sendiri.

Tapi, walau apa pun rintangan yang akan datang selepas ni, khalis akan lawan. Walau betapa keras pun badai yang menghempas diri ini, khalis tetap akan bertahan. Sebab ini amanah yang dipertanggungjawabkan atas bahu kecil khalis, dan amanah harus khalis laksanakan.

 Mahu sangat jadi seteguh karang, tapi tetap hati ini serapuh arang.

Tapi tak mengapalah. Setiap ujian itu kan menjadikan kita lebih baik, khalis? Dan kita juga mampu jadi lebih matang dari sekarang.

InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan.

Dan semoga Dia sentiasa menunjukkan jalan.

InsyaAllah


BUSYness | is it going o be this way?


Nota kaki~~sedang berusaha menahan kantuk. Masih ada dua case file sedang menunggu untuk disiapkan T_T

Friday, June 24, 2011

Rindu.

Situasi~~berusaha menyiapkan case file. T.T

Assalamualaikum :’)

Mood ikon semacam terharu kan? Sebab ada dua jalinan perasaan sedang membelit hati sekarang ini.


Semalam, 23 Jun 2011. Takkan khalis lupa. Takkan.


Perasaan yang sedang membelit hati khalis sekarang;

Satu: Terharu.
Sebab 23 Jun adalah tarikh hari yang istimewa dalam hubungan persahabatan khalis dengan kawan baik khalis. Dan khalis sangat rindukan mereka hari ini. Dan khalis sangat terharu bila rakan baik khalis yang jarang online sempat mencuri kesempatan untuk online jugak walau sekejap untuk wish sempena hari semalam. :’) Sahabat, harap bukan hari itu sahaja kita mendoakan untuk satu sama lain J

Dua: Sedih.
Sebab semalam juga adalah hari adik khalis berangkat ke Yaman untuk further study. Dan khalis ponteng training debat semata mata sebab nak hantar dia depart kat KLIA. Tapi sedih, khalis xsempat tgok dia depart. Sebab khalis kena balik sebelum flight dia sbb takut xsmpat dgn tiket untuk balik ke Alor Gajah. Flight dia sepatutnya pukul 5, tapi masa khalis sampai kat airport, Abah bagitau flight dia delay sampai pukul 730malam. Then khalis have no choice la. Terpaksa la balik jugak sebab nnti nak stay mana. But at least khalis tak terkilan sebab sempat jumpa dia sebelum dia fly. Nanti dah 6 tahun xdpt jumpa. Yang khalis terkilan cuma, khalis tak sempat berikan apa apa sebagai kenang kenangan untuk dia. Sakit bila ingat kembali T.T Belum jauh pun KLIA transit gerak, khalis nampak kapal terbang kat awan biru. Terus terasa pipi khalis basah. khalis dah rindu dia. Masa Mahi tanya, “Will u miss him?” dengan angkuh dan gahnya khalis jawab, “Nope. Maybe a lil’ but neva bother. Ala, selama ni pun bukan selalu jugak jumpa. Kalau khalis balik cuti sem, dia tak balik dr hostel. Kalau dia balik umah, khalis pulak kena balik kolej.” Nah sekarang, telan la kata kata sombong tu khalis. Adik tak jejak pun lagi tanah Arab, airmata awak dah berderai derai dulu. Nasib baik Mahi tido, kalau x double malu ~.~ Masa nak say goodbye kat abang sebab nak balik dulu, tak sanggup nak kata goodbye sambil pandang dia. Takut mengalir airmata depan dia. Aiceh konon tough, mengada lebih khalis ni. Malu la dekat kawan dia, kalau kawan dia xde xpe. ~~Eh macam tu pulak.


Lepas ni, dah xde dah yang akan ketuk pntu bilik khalis tiap2 pagi kejut solat subuh. Lepas ni, dah xde dah yang akan pujuk khalis supaya tak marah marah dengan adik adik yang nakal nakal. Lepas ni, dah xde dah yang akan kacau minta suap tiap kali khalis tengah makan. Lepas ni, dah xde dah yang akan buat muka sengih tiap kali khalis marah dia. Lepas ni, dah xde dah yang akan belikan eskrem untuk khalis tiap kali dia pegi kedai. Lepas ni dah xde dah yang akan buat manja manja dengan khalis semata mata nak main chess game dalam laptop khalis.



Dan khalis akan rindukan semua ni dalam masa 6 tahun dari sekarang.




Dalam masa sehari, khalis rasa dua kali ganda rindu. Sakit merindu, betul betul mendera perasaan.      (-_-“)



Nota kaki~~semoga dia selamat sampai ke tanah orang dengan aman dan selamat.  Dan semoga dia berjaya dalam apa yang dikerjakan, selalu, selalu, selalu dan sampai selamanya.

Nota kaki lagi~~tak mampu menyambung. Basah dengan airmata.

Serius kakngah dah mula rindu abang. Harap sangat 6 tahun berlalu dengan cepat. Abang, kalau kakngah kawen nanti abang tade macam mana?? Sedih bila fikir. Lagi sedih bila fikir, kalau nanti abang balik kakngah dah kawen, kita dh xde can nk jd mcm dlu. Mcm apa yang kakngah tulis kat ats tu. Tiba tiba rasa nak marah dengan diri sendiri sebab bagi abang pegi Yaman. T.T kakngah nak jugak kalau kakngah kawen nanti, abang tengok dulu perangai bakal abg ipar abang tu mcm mne. Abang kan anak lelaki sulung. Abang, balik Malaysia semula la, boleh?  Tak payah la belajar kat Yaman. Ustaz kan ramai kat sini…T.T

Wednesday, June 15, 2011

ceritera lewat malam.

Situasi~Bergelap. Ahli rumah dah ramai yang tido. :)


Assalamualaikum :))


Hai hai. Lama betul khalis xmenjenguk kat sini. Maafla, kekangan waktu dan kerja yang xpernah sudah. Siapa kata jadi suri rumahtangga tu mudah? 24 jam pun macam tak cukup. Bangun pagi kena hantar adik pegi sekolah, kalau nasib baik dapat la smbung tdo balik sejam dua..kalau x kena pegi buat sarapan, kemas rumah, basuh kain. Tengahari, amik adik balik, masak untuk tengahari, sapu rumah lagi..hah, rumah kalau ada anak kecil ni, sapu lima enam kali pun tetap sepah jugak. Dah ada budak kecik yang tolong kerjakan tiap kali kita kemas tu? Adeh laa..

Malam ni, khalis tiba tiba rasa rajin nak buat entry baru. Sume gara gara online FB nk tanya Zira pasal persiapan pergi oversea. Adik khalis yang no 3, Fitri (Abang in family) nak pergi Yaman 23hb ni..dah xlama, minggu depan dah pun. Message punya message ngan Zira, dengan Ma sekali dah kuar tanya apa apa yang agak penting. Dengan telekung solatnya tak tanggal lagi, terus aje Ma melepak dengan khalis n Abang. Haha :D

Dah tengah tengah melepak tu, macam macam la keluar. Cerita baru cerita lama..kisah kisah zaman tak matured semua keluar. Yang tak tahan, bila Ma cerita, masa kecil dulu  kitorang selalu gaduh pasal benda benda kecik, nak pilih saluran tv pun smpai gaduh gaduh, sorokkan rmote, pastu kalau tak menang jugak, terus tutup tv, biar sama sama tak dapat tengok. Pastu Ma cerita pasal persembahan masa khalis tadika. Ade ke patut Abang kata khalis nyanyi lagu hitam manis?? Punya la hebat khalis bagi goyang Amelina ngan lagu Asyik Asyik tu..hahaha :D macam macam la zaman budak budak tu. ^.^

Pastu Ma cakap la, Ateh (Adik khalis yg ke4) pun masa tadika dulu pernah masuk pertandingan nasyid. Tengah tengah bernasyid tu boleh pulak dia angkat tangan lambai kat kitorang yang tengah tunggu kat bawah stage. Pastu apa lagi, dia turun aje stage terus kena cubit dengan cikgu dia. Adoi laa…Ateh, Ateh…

Dah habis bab kenangan…masuk pulak bab bagi semangat. Haha..yang ni tak tahan. Tengah tengah keseriusan melanda, Ma boleh pulak nyanyi lagu ni,


“Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan,
   Jika kau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan..”


…adeh la Ma..sempat lagi bukak pentas AF malam malam macam ni..hahaha :D tapi faham la Ma nak bagi semangat kat Abang.

Abang, Kak Ngah harap doa yang Ma selalu senandungkan dalam solat tu menjadi pembakar semangat selama berjihad di negeri orang. Jaga diri baik baik..jangan cari musuh…cari link banyak banyak..nanti balik tolong baiki perangai kakakmu sedang bengkang bengkok lagi ni ;)

..oh, tolong carikan jodoh yang baik baik juga. Hahaha :D

Ok la, khalis nak tido dulu la. Nanti ada masa ada cerita lagi, khalis update. Till then, ciao!!





Nota kaki~~mengantuk. Tapi masih nak berhikayat dengan Ma n Abang. ;)



Minho | Recent craze :)

Nota kaki lagi~~Eh, nah Minho. Baru donlod tadi. Ok la dr tade gmbar langsung ^,^

Friday, June 3, 2011

Maksu, U made my day. Thank you :)

Situasi~~hampir patah bahu menangani masalah membungkus hadiah

Assalamualaikum :(

Nampak tak icon tu macam sedih jek? Sebab khalis tengah letih mental dan fizikal. Serius sakit kepala sepanjang hari. Pagi tadi [err, dh nak masuk tengahari sebenarnye ;) ] pegi bandar Kuantan pasal nak beli hadiah untuk sukaneka family day 2 hari lagi. Masuk Cowboy....beli beli barang...eh, tak cukup. Kena cari kat lain ni..pastu cari jalan nak pegi Mydin. Yang kelakarnya, nak pegi Mydin tu sesat dulu, padahal Mydin dengan Cowboy bukan jauh sangat. Isy, malu laa...duduk Pahang pun tatau Mydin kat mana..[statement untuk sepupu khalis yang anak jati Pahang tapi langsung tak layak sebenarnye. Ape daa...Mydin pun tatau kat mne...buat malu je duk Pahang. Ahahaha :D ]

Pastu, kat Mydin terpaksa pulak terkocoh-kocoh cari barang sebab dah masuk Zohor pun belum abes beli barang lagi. Time nak balik, hah, ni yang khalis tak tahan. Maksu tanya, jalan mana nak kuar, khalis kata, masuk la jalan yang kita datang tadi. Maksu cakap eh tak, kat belakang ni ada shortcut. Pastu lawan la kat dalam kete adela dalam 5 minit, pastu kasi jek la Maksu menang. Tak sampai hati...selagi tak menang tak balik la kitorang nampak gayanya. Ok, shortcut ye Maksu; Pusing pusing pusing dan pusing kat situ sampai letih tangan pusing stereng baru jumpa jalan kuar balik. Aduh...hangus Zohor. Hahaha..Maksu Maksu.

Pastu lah kan..siap dengan alasannya: bukan ape, Maksu kesian kat wan...sebab tu la nak main pusing pusing, bawak wan jalan jalan dulu...ye la Maksu.....

Balik letih letih tak sempat tukar baju terus balut hadiah semua. Ah, letih jugak nak buat sukaneka ni rupanya. Tapi berharga betul setiap waktu yang berlalu dengan keringat tercurah atas pengalaman baru :')




Oh satu hal lagi. Lappy khalis buat hal lagi. Taktau la kenapa. Masa on tu, dia tulis nvdlr missing ke ape tah. Ni mesti kne virus. Uhuhu sedih betul..esok esok mesti nak kena hantar masuk ospital lagi. Oh duit pulak! :'( Ini baru penderaan mental namanya.





Nota kaki~~sakit kepala lagi. Padahal khalis tade migrain.

Wednesday, June 1, 2011

Perlu ke nak bagi tau satu dunia??

mood~~ terkejut.

Assalamualaikum :(

khalis sangat kecewa. Kecewa dengan sikap anak remaja zaman sekarang yang tak malu segan langsung untuk tebarkan aib mereka pada satu dunia. khalis akui khalis pun xsempurna. khalis pun masih banyak kekurangan yang perlu dilengkapkan, masih nipis iman yang perlu ditebalkan. Tapi khalis tak bodoh untuk bangkit dan beritahu satu dunia betapa bodohnya khalis untuk berani membuka aib sendiri.

Jumpa satu link dalam facebook. Tapi khalis tak ingin nak bagi link tu. khalis kesian bagi pihak dia, pihak ibu ayah dia. Bayangkan kalau anak kalian, berani membuka pekung di dada sendiri, bongkar cerita pada seluruh dunia, tentang betapa dia bangga dia sudah tak punya dara, padahal umur masih muda. Malu khalis.

khalis jadi tertanya tanya, apa makna harga diri bagi dia? Apa maksud dia dengan "walaupun dia takde dara, dia masih ada harga diri"? Hanya kerana dia berani mengaku dia tak ada dara, maka dia dapat harga diri yang hilang tu kembali? MasyaAllah, murahnya nilai harga diri seorang perempuan di mata anak muda zaman sekarang. Sungguh khalis rasa sedih, juga rasa takut. Teringat akan tanda tanda kecil kiamat yang pernah khalis baca dulu, norma hidup manusia akan kembali ke zaman jahiliah dulu. Inalilllah.

khalis juga jadi kesian pada lelaki yang menjadi kekasih hati dia. Kenapa terlalu menurut kata hati? Kenapa dikejar nikmat dunia yang hanya menghulur bahagia yang sementara? Cetek benar pemikiran, sampai yang diketahui dosa itu juga yang ingin mereka kejar-kejarkan. Tak nampakkah, akan ada airmata yang mengalir suatu waktu di masa hadapan? Kalau bukan dari tubir mata insan yang membuat noda, mesti dari mata yang pernah menangis waktu kali pertama mereka melihat dunia. Tak kesiankah pada mereka?

Sungguh khalis terkilan, kalau ini generasi gemilang dari tanah air yang selama ini khalis bangga-banggakan. :(

kepada mereka, khalis ingin titip doa supaya hati mereka dilembutkan dan mereka sempat berubah. Masih panjang jalan hidup yang harus ditempuh. Hidup bukan semata mata berpacaran dan berbagi segalanya, ia lebih dari itu.

Pinjam kata kata Noor Suraya dalam 'Surat Ungu Untuk Nuha'; hidup adalah satu perjalanan waktu.


Nota kaki~~bukan marah, cuma ingin mengingatkan. Yang terlencong dari landasan bersuluh cahaya itukan bangsa kita juga?

Nota kaki~~khalis dalam mood merancang acara. Tak ada tenaga nak berpanjang panjang hikayat.