daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

Raya masa kecik dulu ^_^

Situasi~~khalis baru selesai mengemas. Lepas subuh nanti bertolak balik Terengganu. Yeay!! Bye bye Melaka.


...ish, seminggu aje pon T^T

.Belajar la bersyukur khalis. Azira yang jauh kat Mesir tu tak balik raya tahun ni tau?! Ok. Faham. Hati, jangan nak mengada. :P

Assalamualaikum :)

Panjang pulak mukadimah khalis. Aiseh, sungguh la happy nak balik rumah ni. Seminggu terakhir kat kolej ni dah terasa rasa diri macam zombie. Ape tak nye, jasad kat kelas, otak kat rumah, telinga dah dengar lagu raya, mata ternampak-nampak jek family dengan pelita. Takde maknenye dah duk kat kolej. Nasib baik sempat selamat jadi manusia lagi dengan assignment dan lab report yang melambak lambak. Memang dah trend la kan, minggu sebelum balik rasa memang minggu bermesra mesraan dengan assignment. Haih. Nasib baik dah lepas semua. ^_^


Dah beranjak dewasa ni, [ecece] erti raya tu sendiri dah makin pudar. Yela, kalau dulu, zaman khalis kanak-kanak ribena dulu, malam raya msti banyak aktiviti dan plan dengan sepupu2. Memang malam raya tu adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu la kiranya. Semua ahli keluarga pakat kumpul kat rumah nenek, riuhkan rumah dia masa malam raya tu. Antara aktiviti2 faveret mase kecik-kecik dulu;


1. Momen membakar sate.

Ok, ini part yang paling khalis ingat dan paling khalis suka. Kenapa? Sebab sate adalah juadah faveret khalis time raya2. :D Malam raye aje msti dah tercongok kat luar dapur tunggu abah dengan pak pak sedara bakar sate ramai2, pastu pakat bedal dengan sepupu2. Sate 2ratus cucuk pon kire boleh hangus malam raya jek. Pastu esok sume kena catu makan sate, pasal mase org tgh bakar dah sibuk nak bedal sate banyak2. Haha :D khalis ingat lagi ada satu gambar mase khalis sekolah rendah dulu, sume pakat pakai baju tidur, sate dua cucuk wajib ada kat tangan. Entah kat mana lah gambar tu sekarang :D

2. Bunga api dan mercun

Yang ini menipu la kalau ade yang xpernah experience. khalis kalau bab mercun ni, serah dekat abang sepupu. Memang dia tau mane nak cari. Dari zaman bujang sampai la zaman dah jadi bapak orang ni, dia la kepalanya kalau datang bab mercun dan bunga api. Tapi khalis ape kisah? Join sekali aje la! Bukan selalu main bunga api ni. Memang la tak raya pun ade jual, tapi feeling tak sama dengan masa raya. khalis ingat lagi masa kecik2 dulu khalis penah main bunga api yang percik2 dia tu macam bintang. khalis dengan kakak panggil bunga api tu, 'bunga api besi'. Sebab pemegang dia besi. Tapi dah lama khalis tak tengok bunga api tu, pasal bahaya, besi kan lambat sejuk. Kitorang dulu kalau main bunga api tu msti prepare main tepi lopak air. Pas main terus campak dalam lopak, xdela yang melecur kalau terkena. Hehe :) Mercun pulak, khalis main yang biasa2 jek, yang ekstrem2 tu serah pada adik. Haha. Kejam betul, tak patut jadi kakak :P selalunya yang khalis main time raye2 kan;



Mercun Roket

khalis suka pasang mercun ni pastu tunggu dia naik meletup kat udara. Ada satu lagi yang macam ni, tapi yang itu adik khalis cakap nme dia mercun Keluang. Yang tu, mase tengah berdesup naik tu dia berbunyi, yang ni silent jek, smpai kat atas baru dengar bunyi meletup.


Mercun Colok
Yang ini pulak, khalis tak tau la nama betul dia apa, tapi kitorang panggil mercun colok, sebab dia macam mancis dan cara nak ignite dia pun macam nak ignite mancis. Yes, kat Terengganu, mancis tu colok. Eceh, dah jadi sesi belajar bahasa Terengganu la pulak. Haha :D


Mercun Gasing
Mercun gasing ni, mula mula tu khalis takut. Sebab adik khalis cakap, dia kejar orang. Yang khalis pulak bodoh bodoh alang la percaya. Padahal mane pulak mercun ni dapat mata nak kejar kejar orang kan? Tapi mercun ni once dah ignite, lawa! Serius..



Ni la rupa mercun gasing kalau dah ignite, then dia akan berpusing pusing dengan pantasnya. Satu nasihat khalis, kalau main mercun ni, duk tempat tinggi tau, sebab dia 'liar'. Haha :D

Mercun Telur Naga
Mercun telur naga ataupun taik naga bak kata adik khalis adalah mercun yang menyeronokkan!! Haha..serius xbosan main. Sebab mercun ni macam machine gun. Sebiji tu banyak das meletup. Adik khalis kalau main mercun ni, dia akan baling pakai lastik, so that dia meletup kat udara. Serius lawa! Macam tengok fireworks.

Mercun papan
Mercun ni, paling khalis tak takut. Muahaha :D ayat nak berlagak jek kan? Tapi betul. Ni macam mercun yang chinese selalu pasang masa New Year, cuma dalam versi lebih kecil dan bunyi dia pon xberapa nak kuat sangat. 

Mercun ketupat
khalis pon tak pasti kenapa budak budak ni panggil mercun ni mercun ketupat. Sebab rupa dia dekat nak sama kot. Nampak aje kecik ye tuan tuan dan puan puan, bunyinye masyaAllah. Satu kampung boleh dengar kot? Kuat gile! Mercun ni faveret adik dengan sepupu khalis. 

Mercun Bola
Ini satu lagi mercun yang boleh menggetarkan gegendang telinga kalau berada dalam jarak yang dekat. Serius kuat!

Dua mercun terakhir adalah tidak disyorkan demi keselamatan pengguna. Pesanan ikhlas dari khalis Inc. heheh ;)

Oh ya, last but not least,


Mercun Bawang
Ok, nama dia macam tu sebab dia serupa dengan bawang putih. :P khalis suka main mercun ni, sebab dia langsung tak bahaya. Haha :D dan sebab dia comel. Ntah kat mana comel pon tak tau, tapi tetap nak kata mercun ni comel.



3. Projek duit raya

Projek duit raya ni, ada dua level. Satu malam raya, satu lagi pada hari raya.
  i. Malam raya
    Time malam raya, abah akan panggil sume anak2 yang dah besar sikit, yakni Kak Long, khalis, Abang n Ateh [yang pada waktu itu berumur dalam lingkungan 8-15 tahun] nak suruh tolong dia masukkan duit raya dalam sampul. Memang tak merungut langsung, walaupun mase tu tengah syok tengok tv ataupun tengah buat aktiviti yang berpekdah mahupun tak Sebab nampak duit banyak depan mata terus jadi energetic. Haha :D Kecik kecik dah mata duitan. :P

 ii. Hari Raya.
    Maka dengan ini, dengan penuh bangganya khalis isytiharkan bahawa Hari Raya adalah hari dimana semua kanak-kanak hilang perasaan malu, pergi rumah orang bawa hajat yang BESAR. Hahahaha :D Serius. khalis dulu, pergi rumah orang nak raya kan, minum air jek, pastu tunggu duit. Betul ni. Tapi tu dulu la, zaman2 tak matang. Hahahaha :D



Cerita pasal kuih raya, khalis ni hantu popia simpul yang kecik2 tuh. Pernah sekali khalis pergi raya rumah orang, pastu habiskan popia tu sebalang tanpa sedar. Sedar2 dah habis pun bila khalis kais kais kat dalam balang dah kosong. Oh mase tu malunya tak tau mana nak letak muka!! Tuan rumah gelak gelak cakap, "takpe, kat dapur ade lagi," pastu bagi duit raya. Ala, dah tak nak raya umah makcik da tahun depan..malu -.-"

Nak cerita pasal raya, sampai tahun depan pon tak habis. Haha.

Selamat Hari Raya semua. :)




Nota kaki~~Ah, hari ni 27 Ramadhan. Malam 7 Likur. Nanti sampai rumah nak pasang pelita banyak2 la. :)) 

Thursday, August 18, 2011

Hari yang bahagia :D


Situasi~~menghadap report Mass, assignment Safety, mini project Thermo, tutor Mass..ok stop di situ. -_-“

Assalamualaikum J

Motif hari ni bukan nak cerita pasal lab report mini project assignment ke tutor kejadah tu sume. Tidak. Tapi mahu cerita tentang apa yang berlaku semalam. Serius buat khalis sangat happy! J

Semalam, khalis pergi kelas Proffesional Communication yang start pukul 9. Belajar menulis surat secara pro. Ecece. Proses pembelajaran nak jadi engineer yg entrepreneur la kirenya ni. ;) Balik dari kelas Proff Comm tu, khalis dengan member2 singgah library pasal nak siapkan tutor Mass Transfer. Sebab pukul 12 kitorang ade kelas tutor. Masa sampai library, member2 siap2 buku nota lecture soalan tutorial sume, khalis siap2 dengan phone ngan headphone. Haha. Memang jenis kena bukak lagu kalau dah bukak note la kan? :P Baru aje nak bukak menu,

-1 Missed Call ~Ma Sayang~

Eh, ma kol? Cepat2 return call ma. Ma jarang call kalau xde hal penting. khalis dah terfikir-fikir kenapa ma tibe2 call. Tak lama, ma angkat.

“Ma tadi kenapa call?”

“Angah kat mana?”

“Kat library, tengah buat kerja sikit..”

“Ni Ma nak tanya, Along ada call Angah x?”

“Xde la pulak. Kenapa ma?”

“(Nada excited) Ma nak bagitau ni, Angah dah naik pangkat.”

“(Blur) Uh? Naik pangkat ape?”

“Jadi Cik Ngah.”

“Hah?? Serius ma, serius?” (Kebahagiaan yang tak dapat dibendung sampai khalis kena lari keluar dari library sebab takut kena sound sebab tetibe terkuat suara)

“Ye la, takkan ma nak tipu pulak. J 

“Ya Allah, sukanya sukanya!!! Tak sabar nak tunggu baby kuar…Uwuwuwu :’)”



…Dan dialog dialog seterusnya yang buat khalis keliling blok office lecturer sebelah library tu sebanyak dua round :D

Kak Long khalis dah selamat jadi isteri orang bulan Mac hari tu. Sejak hari itu, memang menunggu nunggu berita gembira. Ye la, ni anak sedare khalis yang sulung, memang jelaslah sangat bahagia!! Lepas kol ma, Kak Long khalis pulak call. Baru balik dari klinik. Dari nada Kak Long pon khalis boleh dengar yang dia sangat happy. Sempat jugak la khalis usik Abang Long khalis yang dah papa-soon-to-be tu. Haha :D Dari pihak keluarga mertua Kak Long pulak, ni cucu menantu sulung. Memang lagi caring la mertua Kak Long nanti.. J tumpang bahagia bagi pihak Kak Long.

Dan ye, disebabkan berita ni, seharian khalis senyum tak berhenti. Tak sabar nya nak balik raya!!!!!!

Ok khalis, kerja banyak lagi yang tertangguh. Jangan nak berangan kuih raya sangat. -_-“



Nota kaki~~letih la nak habiskan 77pg report safety ni. Sesiapa boleh tolong habiskan? :’(

Tuesday, August 16, 2011

Mari belajar punctuation. ;)


Situasi~kemas dan pindah ;)

Assalamualaikum J

Mulai esok, khalis akan pindah dari bilik yang banyak memori tercipta ni. Bilik yang jadi saksi gaduh ngan Sarah. Bilik yang jadi pusat perkumpulan ahli2 mmbuli Sarah. Bilik yang mana khalis sendiri dibuli oleh Sue. Oh yang last tu betul. Yang lain sume tipu; khalis kan budak baik. Hahaha :D Ayat selalu nak menang sendiri jek. Malu betul, sungguh la tak matang -_-“

Oh, kembali kepada tajuk entri hari ni. Khalis bukan guru BI. [Tapi insyaAllah will become one kalau ada rezeki] Tapi hari ini khalis belajar sesuatu yang seronok. Come my lovely students, let have a look on a new chapter; PUNCTUATION. ;)

Now, first of all, I will need you all to..ah, panjang. khalis pendekkan aje ok?

Let’s get you familiarize with punctuation.



A woman without her man is nothing


khalis pasti ramai yang tahu pasal ini kan? Kisah seorang professor yang meminta pelajarnya untuk meletakkan tanda bacaan pada ayat ni, dan hasilnya;

pelajar lelaki menulis ia begini;

A woman, without her man, is nothing.

…dan mendapat sorakan dari pelajar lelaki yang lain. Dalam keriuhan itu, seorang pelajar perempuan bangun dan menulis sesuatu, yang membuat semua pelajar lelaki terdiam. Pelajar perempuan itu menulis;

A woman; without her, man is nothing.

Nampak tak macam mana tanda bacaan yang diletakkan boleh mengubah seluruh maksud ayat? Ini lah yang khalis belajar hari ni. Punctuation, tanda bacaan. Tapi dalam teks yang berbeza. Ini teks nya;


Dear John I want a man who knows what love is all about you are kind, generous and thoughtful people who are not like you admit to being useless and inferior you have ruined me for other men I yearn for you I have no feeling whatsoever when we were apart I will be forever happy will you let me be yours Gloria


Now now. Apa pandangan anda?? Rata-rata jawapan kami adalah seperti ini;


Dear John,

I want a man who knows what love is all about. You are kind, generous and thoughtful. People who are not like you admit to being useless and inferior. You have ruined me for other men. I yearn for you. I have no feeling whatsoever when we were apart. I will be forever happy, will you let me be yours?

                                                                  Gloria.


..Ok x la semuanya sama macam ni, tapi basically you all faham kan apa yang cuba disampaikan. But anyhow, if it were punctuated differently, it will be a total different thing. X percaya?? Baca;


Dear John,

I want a man who knows what love is. All about you are kind, generous and thoughtful people who are not like you. Admit to being useless and inferior. You have ruined me. For other men, I yearn. For you, I have no feeling whatsoever. When we were apart, I will be forever happy. Will you let me be?

                                                            Yours, Gloria.




..ha nampak x nampak x?? :D This is why I was seriously having fun learning English. It can be so giggly; most of the time of course. :D









Nota kaki~~kadang2 memaksa untuk menyukai itu perlu. T^T


Nota kaki lagi~~sedang belajar memaksa diri untuk mencintai Encik Kimia. Haih.

Thursday, August 4, 2011

Malu berganda.

Situasi~~bermesra dengan proposal dan tutorial

Assalamualaikum :)

Pernah tak rasa macam sekali bad luck, pastu akan bertimpa-timpa la bad luck yang lain?? Okeh, ayat rojak. Ignore that. I went thru that yesterday.

Ianya bermula dengan perasaan bosan setelah habis lab thermo. khalis dah jalan macam zombie tak cukup makan masa balik dorm tu, dan insyaAllah kalau ada org [selain mmber yang jalan sama2 ngan khalis] tengok dia akan cakap budak ni retard, mase kecik tu dlu xblajar cara jalan dgn betul. Tapi sungguh la masa tu jadi bahan ketawa jek. Haish T^T

Lepas tu, petang takde kelas. Sebab Mdm Noraini tak datang, jadi rancangannya kami nak bbuka puasa kat luar, call kereta sewa, semua bizi. Oke, bad luck lagi. Cuba dan mencuba sampai dapat satu kereta sewa, tapi lepas pukul  8. Ha?? Tapi xpelah, redho aje. Nak buat  macam mana..tapi keluar jugak, xape la pukul 8 pun, bbuka minum air jek, nnti makan kat luar. Tapi sekali tak jadi, pasal K.Fat xsihat, xsmpat nk drive balik kolej. Oh no!!

Oke, nasib malang ketiga. Sebab K.Fat xdapat balik, kitorang kena la cari kereta sewa lain, dah sume pun belum makan lagi. Kalau ikut boleh aje makan kat cafe, tapi kesian la suma dah nk makan kat luar, lgpun khalis nk pergi poke mesin ATM tu..jadi memang kena keluar la mcm mana sekalipun. Call punya call, xdapat dapat kereta sewa. Ada yang khalis call, off phone. Ade pulak yang dah xbuat khidmat kereta sewa dah. Yang dapat sewa, duduk kat Taman Jati pulak. Takkan la khalis dengan mmber2 kena jalan kaki pegi amik kereta kat sana T-T

Pastu, khalis call la nombor kereta sewa yang khalis call tapi off tadi. Tunggu punya tunggu, alhamdulillah dia buka phone. Maka terjadilah perbualan seperti ini;

khalis: Assalamualaikum. Nak tanya, kereta ada tak malam ni?
tuan kereta: Hah? Kereta?
khalis: (cuak) Ha'a. Ni nombor kereta Myvi kan??
tuan kereta: Eh tak la! (gelak)
khalis: Hah ye ke?! Alamak, salah nombor ni. Hahaha (T^T)
tuan kereta: (gelak) xpe xpe :)
khalis: ok, i'm sorry. Bye, salam.
tuan kereta: w'salam. (...dan gelak lagi.)

...malu betul khalis waktu tu. Terjadilah babak malang keempat. Dahlah member2 khalis semua ni tolong gelakkan khalis lagi. Ingat dah taknak keluar dah malam tu. Sebab dah kereta semua tak ada. Alih-alih, tiba2 watak diatas call kami balik, tanya nak guna kereta ke x. Lebih kurang macam ni la mase tu,

tuan kereta: Nak guna kereta x?
khalis: Ha??
tuan kereta: Kalau nak guna kereta, boleh, tapi bukan saya punya, kereta kawan saya.
khalis: Oh, boleh ke? Sewa berapa sejam?
tuan kereta: Sewa? Kejap ea....(mesyuarat dgn member)...nak guna berapa jam??
khalis: Mungkin dua jam.
tuan kereta: .....um, RM16 boleh?
khalis: (muka ceria xboleh blah) Boleh jek! Eh, kereta ape ha?
tuan kereta: Honda..
khalis: ok2..
tuan kereta: Bila nak pakai?
khalis: Sekarang boleh?
tuan kereta: Ok, japg kitorang sampai.
khalis: thnx banyak2
tuan kereta: sme2 :)

..and khalis like...whaa......Honda oh! Ingat nak Myvi jek...and yes, ini adalah good luck. Weehuu!!! Keluar pukul 930, pasal plan asek tertangguh, nk kol kereta lagi. Bayangkan dari tadi mse berbuka cuma telan air jek? Memang ala ala nazak la perbuatan kami. Hahaha :D

Tapi, nak sampai bandar tampin bukan macam kelip mata sepuluh kali dah ada kat sana. Sampai aje kat bandar tu dah 950, nak buat ape, semua kedai pun da nak tutup, ingatkan nak cari barang sikit kalau sempat, tapi memang dah terang lagi bersuluh la memang dah xsempat. Rancangan fail lagi; bad luck yang ke5.

Mujurlah ade kedai runcit yang bukak, tapi MasyaAllah harga dia.......MURAH sungguh. Serius dah xnak beli beli kat situ dah, :( Lepas beli barang yang mana ada sikit sikit, kitorang start enjin cari kedai makan. Destinasi, kedai makan yang ada nasi dan TOMYAM. Sebab semua dah terbayang bayang tomyam jek dari Maghrib tadi. Jumpa satu kedai, alhamdulillah masih bukak.

Duduk dan makan. Makan dan makan sampai kenyang. Sambil gelak gelak sebab budak yang amik pesanan tadi keliru dengan kitorang. Haila..kalau lapar, cakap pun xbetul. Kesian budak tu. ;) Nasib baik tomyam dia sedap, n servis pon cepat. Puas hati :)

Masa nak balik, khalis bayar asing sebab lauk khalis xsama dengan member khalis yang lain. Kira punya kira, bayar la macam bese. Masa on the way nak ke kereta tu, rasa macam xselesa sangat. Maybe sebab masuk angin kot, sebab terlambat makan. So sampai aje kat kereta, terus khalis melekat kat badan kereta tu sambil cakap, "Wah, full...rasa macam nak keluar balik la weh apa yang aku makan tadi..." sambil fikir kenapa budak Tasya tu tak bukak bukak lagi pintu dari tadi. Sekali dengar dorang gelak. Uwa, salah kereta!!!

Laju khalis jalan pastu terus bukak kereta yang kitorang naik n xpusing pusing dah. Dorang pulak nak start enjin tu punyalah lama sebab gelak.. malu tau!! Tak payah la nak gelak sangat! Merajuk ngan korang T^T betul bad luck hari ni. Pastu masa nak keluar simpang kedai tu baru khalis teringat; masa bayar makan tadi khalis lupa nak kira sekali air!!

Dengan perasaan penuh sebal dan kulit muka yang terasa berganda ganda lebih tebal, terpaksa la khalis menadah telinga dengar member2 khalis gelak masa kitorang pusing balik pergi restoran tu. Oh sungguh tak mahu terulang lagi dah mnda tu sume!!!

Malu | Ihsan Pkcik Google


Sampai hari ni pun khalis masih teringat. Betul la pengalaman. Sweet jugak kalau fikir balik. Hahaha :D


Nota kaki~~Sakit pinggang duduk lama2. T-T