daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 6, 2013

Bangkit.

"Walaupun tangisan menderu dalam hati, aku tetap mahu cuba senyum di mata dunia. Sebab aku tak mahu tarik warni dunia jadi kelam dan debu. Aku mahu cuba untuk bina kekuatan dengan senyum."

Assalamualaikum. :)

Lama tak menaip. Rasa janggal. Selalu bukak blog, ada idea, tapi teknik menaip macam kosong. Tutup balik blogspot. Membazir nikmat waktu dalam tak sedar. -__-"

Cerita tentang new experiences. Banyak. Tapi tak tahu macam mana nak lagukan dalam tulisan. Kenapa entah.

Maybe sebab takut. Takut kalau buat random spilling, everything would turn out waaaa~~aaay too melodramatic and boleh buat sobbing materials. Biasalah drama queen memang macam tu. So lebih baik mengelak. Haha :D

Ataupun sebab rasa takut orang tahu yang aku ni sebenarnya lemah, maybe? Tak macho lah kalau asyik spill masalah aja. Bukannya hidup orang lain tu semuanya fairytale kan? Setiap orang mesti ada masalah sendiri. Kita aja yang tak tahu.

Cuma, setiap kali hati diredam masalah sampai terasa tak mampu nak bangkit berdiri, gagahkanlah. Kalau tak bangun, macam mana nak melangkah ke arah cahaya? There's always light at the end of every tunnel. You just need to gather up all the strength and keep moving on. Ingat janji Allah dalam surah Al-Insyirah, ayat 7: "Sesungguhnya pada setiap kesusahan itu ada kesenangan."

Mungkin journey tu terasa lama. Mungkin Allah SWT sengaja lukiskan takdir kita begitu. Tapi selagi kita bertahan dan terus melangkah, tak nampak ke yang kita sebenarnya semakin tabah dan kuat? :) Allah SWT itu cantik caranya mengajar kita. Tak ditunjukkan kita kesusahan itu macam mana. Terus diuji dengan kadar kemampuan hambaNya. Kan senang, bila belajar melalui pengalaman? :)

Bukan tak boleh nak bersedih langsung. Menipulah kan. Manusia kan dicipta dengan fitrah perasaan yang mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi perempuan. Ada masanya, kita memang perlu menangis. Lepaskan semua kesedihan tu. Kadang-kadang, ia buat hati rasa lebih ringan. Rasa lebih senang nak decide untuk let go semua punca kesedihan tu sendiri.

Menangis itu baik. Meratap dan merintih itu tidak. Tak baik untuk hati dan perasaan sendiri. Jadi, menangis dan lepaskan. Jangan pendam dan jangan tarik kesedihan tu untuk beraja dalam hati. Sekejap sudah cukup. Kerana Allah SWT pesan dalam surah Al-Anfal, ayat 40: "...jangan bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kalian..." :)

Sometimes being strong enough to let go is the best remedy for a broken heart.

It's the only choice after all :)

What to do then? After all the sobbing story?

Easy. Continue your journey. Teruskan melangkah. Lukis cerita baru. Warnakan kanvas hidup dengan corak yang kita pilih sendiri. Biar ada hikayat untuk dilipur larakan pada generasi. Yang penting, kita belajar dari apa yang silap. Bangkit dari kejatuhan. Bagaimana kita usahakan untuk sampai ke destinasi itu yang penting, bukan destinasi itu sendiri. Biarlah jalan kita lebih panjang dan penuh duri, nanti kita akan keluar sebagai insan yang ampuh dengan kesakitan. :)

Hidup dalam fairytale tak indah mana pun. Sebab kita tak ada ruang untuk belajar baiki motivasi diri. :)

p/s: kutip ceraian hati. Bentuk hati baru yang lebih baik :)