daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 20, 2011

Kala malam bulan mengambang.

Assalamualaikum.

Hai nenek nenek sibongkok tiga siang mengantuk malam berjaga sekalian. Tak tido lagi? Tepuk tepuk bantal tiga kali pastu sebut nama saya nanti tido mesti dapat mimpi ngeri. HAHA. *Eh gurau jek. :)

khalis hari ni tak boleh tido sebab lapar. *eh tadi cakap kenyang makan skrip dgn report?* yela. Tak dapat tido sebab baru siapkan keje. Nak tido la ni. Tapi rasa lapar lagi. Tak sangka makan report tebal2 pon masih lapar lagi. Uhuk.

Hari ini sesi menceceh yang random2 aje ye nenek nenek sekalian. Ini lah yang berlaku bila cucu dilanda demam menaip entry sampaikan sehari nak satu entry cukup sebulan kembung la blog ni. HAHA. Eleh padahal nanti mood hilang terus blog jadi tongkang pecah tak baiki-baiki empat tahun lamanya. Hah kan dah mengarut lagi.

Cerita pasal hari ini dan hari lepas dan lepas lepas dan akan datang yang buat khalis tak dapat tidur awal tapi kalau dapat tidur dah tak bangun bangun sampai matahari dah menjerit jerit "hoi bangun hoi bangun!" baru la nak bukak mata. Tapi sungguh, minggu ini minggu assignment dan report ekspres. Kenapa eskpres? Sebab hari ni bagi tugasan esok dah kena hantar. Ok menipu. 

Hari Jumaat tajuk Assignment 2 Safety keluar hari Selasa baru tahu ape nak kena buat. Rabu itu baru tempat untuk site visit ditampal di luar office lecturer dan hari Jumaat baru berpeluang untuk site visit. Yes ada dua hari untuk buat slide tapi site visit haruslah di sign oleh technician bertugas dan mestilah di confirmkan betul baru nak proceed tapi hari isnin lecturer tibe2 cuti kecemasan pulak. Macam kiut x? Grrrr. Esoknya yakni Selasa dah nak kena present. Wahwah. Iye lecturer2 yang disayangi kami tau kami hebat. Fine lah sila hentam kromo ikut suka hati. Presentation memang hancur. HAHA. *gelak kecewa* Nasib baik la Encik Syed murah hati beri tunjuk ajar dan suruh hantar esok lepas baiki itu ini. 

Hari ini hari Rabu xsenang duduk lagi lepas hantar safety sebab nak kena siapkan lab report Thermo nak dihantar esok. Ok dah siap. Baru aje siap. Dah cukup-cukup la riak khalis. Pastu ape lagi ni? Hah, skrip utk grand final debate esok pon dah siap. Tapi esok belum boleh duduk goyang kaki siap. Hafal dulu eksperimen 1 Mass Transfer tuh kan ada lab presentation mase hari jumaat. Hah, mini project Thermo part 3 pon nak kena hantar Jumaat jugak. Wah, bahagia la hidup ni. Pastu ape lagi? Hah, Sabtu jangan duduk main internet bukak FB segala bagai,sila study Safety dengan Proffesional Communication sebab hari Isnin kan ade test? Ahad kan ade? Eh tak boleh, Ahad ada Aerocarnival kat MIAT. Nanti kalau xjadi pegi MIAT baru la kau nak study hari Ahad pon khalis ye? Hah ape lagi ape lagi?? Oh, tadi dapat Assignment 2 Food dari Encik Ramli. Hantar minggu depan lepas Deepavali tau khalis. Eh, ha'a la.

.Happy Deepavali.

Ceh sempat lagi iklan. Eh ade ape2 lagi x? Oh, dua minggu lagi ade mock meeting tau. minggu depan pulak rasenye ade presentation Mini Project Mass Transfer. Lagi lagi? Ha, pastu Raya Korban. Sambung study week terus. khalis study week kat rumah aje lah. :)



Done menceceh. Tido time. Annyonghijumuseyo.



Nota kaki~~Sebenarnya urat leher dah tegang sebab lame sgt tegakkan leher. haha :D

Tuesday, October 18, 2011

If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were.

Assalamualaikum.

Hai pembaca blog. :) Sihat hari ini? Anda sume dah makan? Ok cut the meaningless crap.

Nak tanya satu soalan yang cukup mudah dan straightforward. Have you ever been in love? Or ever feel like one? And then something happened between you two, that made you think, if u ever need to let him/her go? What did you do? Did u let him/her go??

Really?


Seriously, khalis tak pernah setuju dengan quote ni. Semudah itukah? Not everybody was blessed with a second chance. Tak mudah nak dapatkan cinta seseorang, tapi semudah itukah buat keputusan untuk melepaskan? What if, they never had the chance to come back, but they really love you? Or what if, they do come back, but only before they met some other people? See. There's not only one solution for one problem.

If you love somebody, hold on. Do not let go. If they wanted to leave you anyhow, let them go, but never take back what hurts you most in the past. Because if you did, you never learned a lesson then.

Sekali melukakan, tak mustahil untuk dia terus melakukan. Ya, khalis tahu semua orang berubah. Tapi sanggup ke terima risiko untuk dilukai sekali lagi semata-mata sebab berpegang pada janji dia yang dia dah berubah? 

When somebody made you cry, there's always another person who wanted to be by your side and wipe that tears away. Why would you waste that person to a person who would hurt you anyway?




Pesanan untuk BS,

"Aku tak pernah bimbang untuk menangis, kerna kau pasti ada untuk menjaga tiap air mataku yang mengalir,"




Nota kaki~~Sebab tu la khalis takut untuk ada komitmen. -_-"

Antara lelaki Korea dan Melayu.

Infinite: by Google


Assalamualaikum.

Hai pembaca blog yang jarang diupdate ni. Hi silent readers. Ceh, ayat tak boleh nak skema lagi khalis? Bajet retiss.

Lepas makan megi sambil tengok cite Full House ngan adek roommate khalis tadi, khalis jadi terfikir untuk
buat satu entry. Sebabnya, masa tengok cerita tu, ade la satu part sedih ni yang buat si Rain tu menangis. Adek roommate khalis pon terus komen, "Ala, comelnye Rain ni," Eh, menangis pon comel? Xtau la.

Sebab tu orang cakap, kalau hati dah sayang, kentut pon bau bunga ros. Kalau dah suka, buat la ape pun, kutuk la macam mana pon, tetap menarik jugak di hati yang menyukai tu.

Sebab khalis sendiri pon penah cakap, kalau dah suka, buat ape pun dah xkesah lagi. Macam Korea jugak, buat ayat sedu sedan sikit sikit jek, kita yang nak menangis lebih-lebih. Padahal kalau xde subtitles tu, sepatah haram pon tak faham. Tapi, kalau tengok drama Melayu, ada bab bab :: I lebiu tujuh langit I terbang lautan api berjuta juta kilometer pon I berenang sebab nak dapatkan cinta yuu :: mesti dah prepare baldi siap2 nak muntah. Kenapa ha kenapa??? Padahal dia cakap menda yang same.

Sebab kalau dah tak suka, alasan ape pon logika mahupun tidak, hati tetap taknak terima. Kan? Eh tak payah gedik nak geleng kepala, mengaku jek la, kalau tak setuju sila bagitau kenapa :P

Dan sebenarnya, lelaki Korea bukan romantik sangat pon. CUMA, cara mereka jadi romantik tu berbeza dengan cara lelaki Melayu. Ye la, women tend to seek for guys with higher confidence. Dan amatlah jarang sebenarnya untuk jumpa lelaki yang konfiden nak jadikan perempuan tu hak milik dia sepanjang hidup. Banyak yang menipu. Well, ini berlaku dimana-mana. Jangan ingat sebab dalam drama Korea tuh lelaki sume nak stok kaya inesen jek, terus buat conclusion lelaki Korea sume kaya dan inesen. Oh TIDAK SAMA SEKALI. Ye, awak untung kalau dapat pakwe Korea muka jambu kaya inesen dan awak cinta pertama dia but hello, itu sangat fairytale dan tak semua fairytale have a happy ending, kan? Sila la berpijak di bumi nyata wahai perempuan sekalian.

Lagi pun, siapa kata lelaki Melayu tak romantik? Mereka romantik dengan cara tersendiri. Macam cantik; kan orang selalu cakap cantik tu subjektif. Romantik pun sama. Kalau buat surprise birthday party untuk gadis yang dia sayang itu dikira romantik, mungkin ada sesetengah pihak yang akan cakap itu semua membazir dan tak perlu. Bukan senang nak puaskan hati semua orang ni.

Jadi lelaki-lelaki Melayu di luar sana, tak perlu la merasa kurang. Dan tak payah lah nak ubah diri anda jadi macam budak Korea semata-mata sebab nak menambat hati perempuan. Believe me, it won't work. Annoying lagi adela. Sekadar minat xpe la, kitorang pon minat Korea jugak. But to be like them, hell no way! Perempuan Melayu perasan  korea pun buat orang menyampah jugak. Ops, ini bukan pendapat khalis seorang!  ^_^

Stok2 annoying: Group Malaysia perasan Korea

Majorly Chinese, tapi ade sorang Melayu. Cari la.

Anda lagi kool kalau xjadi Korea. Terima Kasih

P/S: Look, saya bukan anti orang yang minat Korea tapi tolong la, trying to look like them doesn't make you them. Haven't you ever heard do not ever sacrifice what you love for what you like? Lagipun, you look better if you put no fake faces on. Be yourself. Jangan glamour sebab gosip dan publisiti sangat boleh? Nanti jatuh tersungkur, sakit tahu?




Nota kaki~~Penat la menceceh. Eh awak. Bon nuit. :)