daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 3, 2014

Upon change.

Melepak di ComLab tanpa tujuan. Eh, ada tujuan sebenarnya. Bayar semester registration fee dan buat semester registration. Tapi, memandangkan registration fee tu belum di update, esoklah baru dapat buat semester registration nampak gayanya. Hmm, kenapa buat semester registration lambat sangat ni? Adalah sebabnya. Takkan lah sesenang hati aje nak mencari masalah kan. Tu namanya dah puas hidup dalam nikmat. [Monolog dalaman: tapi masalah tu kan cabaran, hidup dalam cabaran pun best ape :P] shaddap youu encik hati!! Saja la tu nak bagi aii stress.

Ehem.

Hai. Assalamualaikum. Lama benar tak menjengah blog ni. Cliche sangat kalau nak kata blog ni dah berhabuk lah, bersawang lah. Selalu sangat tu orang buat. But seriously, I mean no harm. Tak marah pun orang nak taip macam tu kat blog diorang. Hak masing-masing kan. Eh dah melalut. Pantang bagi ruang buat explanation sungguh lah.

Bercakap tentang hidup. Rasanya tak ada apa yang menarik pun. Selain daripada Puan Mama yang dari start cuti sampailah dah masuk semester baru ni, hari-hari duk bagi hint tentang jodoh. "Angah, anak makcik ni dah kahwin.", "Angah, minggu depan orang depan ni nak tunang.", "Angah, anak orang sebelah yang kahwin ujung tahun haritu dah nak dapat anak pun," dan bermacam macam lagi. Aiseyman, macam lah anak mama ni dah cukup syarat orang nak buat stok bini pun. Masak nasik pun hangit lagi mama. Tak pun terlebih air. Kahkah. Kan dah terbukak pekung sendiri.

Tapi, kalau buat alasan ni depan mama, haruslah bersedia untuk tadah telinga paling kurang sehari. Nanti mama cakap, "Kahwin tu sendiri proses belajar macam mana jadi isteri yang baik, menantu yang baik. Nanti dah dapat anak, belajar jadi ibu yang baik. Ada ke orang belajar macam mana nak jadi ibu sebelum ada anak sendiri? Yang penting hati. Iman. Kata nak bina Baitul Muslim? Macam mana nak bersedia untuk rumahtangga, kalau sehari tak main internet pun lemah lesu macam tak makan seminggu. Memanglah tak kenyang suami tu kalau bini asyik menghadap internet sehari suntuk."

Dushh. Kena sebijik atas dahi. Memang seronok kena tarbiah free cenggitu. Menusuk tangkai jantung sungguh. Tapi anak mama yang rock ni memang tak makan saman lah kan. Siap boleh buat lawak bodoh lagi time tu.  :D

Tapi, tak payah tunggu nak renung muhasabah pun, dah tau niat mama baik. Apa yang mama cakap pun, mostly benar. [kecuali part internet sehari suntuk Itu hiperbola. Harap maklum.] Nak berumah tangga, kena sediakan mental yang matang, iman yang mantap. Rumah tangga bukan untuk kebahagiaan dunia aje, tapi untuk kebaikan di akhirat jugak. Katalah kalau dapat suami baik, perfect di mata mana-mana isteri pun, tak nak ke bercinta dengan dia lagi kat syurga? Kan seronok, kalau rasa bahagia tu berterusan, walaupun nyawa dah terputus dari badan. Kalau Allah SWT izin masuk syurga, berganda-ganda seronok tu kalau orang yang kita sayang pun masuk sekali, berpimpin tangan, sekali lagi berumah tangga dengan dia di destinasi abadi.

Jadi, dari hari ini, saat ini, sentiasalah jadikan setiap hari lebih baik. Memang mustahil untuk ubah apa yang dah sebati dalam diri dengan sekelip mata aje, lebih-lebih lagi kalau melibatkan nafsu. Adeeeee aje bisikan bisikan jahat tu kalau kita nak jadi baik kan? Biasalah tu. Jalan mujahadah memang bukan mudah, tapi kesudahannya indah. Allah tak akan sia-siakan usaha hambaNya, kan? Bersangka baiklah dengan Dia. Apa yang penting; niat untuk berubah. Dan mengusahakan diri ke arah perubahan tu. Siapa tahu, nanti kita dijodohkan dengan orang yang memang tak pernah tersangka pun kita layak dapat?

#keep having faith.