daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 17, 2011

Long. Random.

Assalamualaikum :)

Uhuk uhuk. See..dah berhabuk dah blog ni, lama sangat ditinggalkan.

So, here I am [again] to tell a fairytale after a very long period of silence.

I'm sorry I'm sorry I'm sorry.

I know three was not enough but tulis banyak banyak nanti jadi boring pulak kan? Hee.

khalis dah start cuti semester dari bulan 11 haritu, to be exact, 25hb November 2011. Dan disebabkan kekangan-kekangan yang hadir bertubi-tubi tanpa dipinta, maka jadi la hari ini baru dapat mengepos entry baru. Nak cerita satu satu macam banyak pulak, tapi disebabkan itu la fasalnya yang khalis menaip hari ni, mungkin entry ini akan jadi agak panjang. Haih, selalu macam ni kan? Entry panjang entry panjang, last last secotet jugak yang khalis taip. Hohoho.

Oke, mula dengan hari hari gemilang khalis memulakan cuti dengan semangat berkobar kobar. Konon kononnya cuti yang sebulan setengah ini jadi medan khalis mengasah bakat memasak kuih muih tradisional melayu tapi baru aje belajar dua jenis kuih, semangat dah meluntur. Haha, hangat hangat t**k ayam betul la khalis ni kan. [Ayat terpaksa di'censored' untuk memastikan kualiti kesucian blog ini terjamin. kehkeh.] Jadi, yang baru khalis belajar; buat kuih lapis dengan kuih bunga durian. Oke, kuih lapis tu khalis pasti semua orang tau macam mana rupanya. Kuih bunga durian tu, ade jugak orang panggil kuih bunga ros, ade yang panggil kuih goyang. Em..orang lama lama cam mak tok khalis panggil kuih boyang...nasib baik bukan bonang kan? Kalau tak macam main caklempong la pulak kat dapur rumah tu. Ade lagi nama dia, tapi khalis dah lupe pulak. Hehe. Hah, khalis tak pecahkan dapur rumah sendiri tau? khalis pegi ajak mak tok khalis bersilat sekali...mak tok pon dah lama tak masuk dapur, jadi sekali sekala khalis sebagai cucu mithali haruslah membantu menghangatkan dapur mak tok dengan riuh pagi era khalis ni kan? Heheh. Gambar takde ye, card reader khalis jammed dan belum di ganti. Kalau elok pon tak ingin khalis letak hasil keganasan khalis kat dalam ni, nanti kalau korang jumpa kuih tu kat mana-mana trauma pulak, hasil kerja khalis punya pasal. Tak mau la. :P

Oke, bila semangat untuk belajar kuih muih tradisional dari mak tok dah meluntur, khalis hanya bermalasan di rumah. Sudah tentu la bila begini khalis ada banyak waktu untuk berfacebook berblog dan segalanya yang berkaitan dengan internet ni. Tapi, masalah datang bila modem jalur lebar [aiwah maju bahasa melayu khalis macam ni ;) ] buat masalah. Puas la khalis cuba install-uninstall-install-uninstall tapi tak dapat-dapat jugak. so khalis cuba rileks dulu. Tambah-tambah hujung minggu tu khalis kena pergi rumah mak saudara sebab ada majlis makan makan sempena hari lahir adik sepupu khalis. Balik dari rumah mak saudara khalis tu baru khalis ajak Ma pergi Celcom centre. Takde penyelesaian, cuma harus beli pakej broadband baru. Modem baru harga RM 200++. Pakej baru yang 1.5GB baru RM150. Okey, khalis amik pakej baru aje la terima kasih. Duit elaun habis di situ sahaja. Dah la baru setel baki bayaran bulanan broadband. Ada baki RM 20+ dalam line lama, tapi khalis dah kena potong line tu sebab dah pakai line baru. Takpela, nanti masuk bil baru ni, orang Celcom tu cakap baki yang tinggal akan transfer masuk akaun baru. Mujur, kalau tak khalis da xmau pakai Celcom lagi. Dah la seminggu lepas tu kena tipu dengan Celcom. APA? Call maxis selama 3minit potong 6 ringgit??! Ye, bapak saya tauke balak. Saya tau, lain kali potong la RM 10 terus. Senang. Lepas tu saya topap seratus jek. Sepuluh ringgit sedekah dekat Celcom jek setiap kali topap :P

Hari Jumaat sebelum majlis tu, khalis jadi babysitter adik2 dekat rumah. Adik khalis yang no 5 masuk maahad dekat Jerantut, so Ma n Abah pegi hantar sekali dengan KakLong n Abang Long. Tinggal la khalis dengan yang ceding2 semata di rumah. Maka sempat la sehari khalis berlagak permaisuri berjaya. HAHA. khalis kat rumah memasak jek, kemas rumah dan yang selainnya khalis dera yang halus-halus itulah. Xpe, ini latihan menjadi surirumah berjaya wahai adik-adikku sayang. Kehkeh. Ala, bukan selalu pon dapat dera mereka dengan jayanya, kesempatan yang ada ni harus dimanfaatkan dengan betul dan berkualiti.

Hari Ahad yang lepas itu pulak, khalis naik bas ke Melaka. Ada bengkel keusahawanan kat Port Dickson. 12hb hingga 14 hb bertempat di Selesa Beach Resort. Best jugak pegi sana, dapat kawan baru, tapi xdapat contact diorang. Entah kenapa la waktu itu khalis sampai boleh terlupa nak mintak contact mereka. Aish. Tapi yang syoknya, banyak aktiviti kumpulan. Kena buat presentation lagi. Cuma yang xsyok, khalis rasa the whole program ni macam tak met the objectives sangat. Iye la, kata bengkel keusahawanan, tapi sebenarnya lebih kepada memperkenalkan program baru universiti jek. But overall, not bad la...Petang hari kedua tu, kami sebagai peserta program ni dilepaskan lebih awal daripada waktu yang dijadualkan. Aiseh, dilepaskan tu..macam kambing terlepas dari kandang jek. Haha. Anyhow, petang tu memang best! Sebab khalis dapat pegi main banana boat.! Ehehe. Maunya tak seronok, tu kali pertama main nye. Selama ni khalis cuma dengar kawan-kawan cerita. First time jatuh dari mendalah tu, rasa macam da lemas taim2 tu jugak, sebab xreti jatuh. Abang yang bawak bot tu dah pesan, nanti nak jatuh lepaskan pemegang, tapi khalis lupa apa yang dia  pesan, sebab excited sangat! Kesannya, hidung mata mulut sume masuk air laut;  masin! Nasib baik malam itu masih bernafas untuk satu slot program lagi.

Masa menunggu bas di Melaka Central yang memakan masa hampir enam jam selepas tambah tolak darab dan bahagi, khalis ditemani Mustaqim dan Syaiful. Dua dua junior khalis. Haha, junior la sangat. Si Mus nak balik Penang, bas pukul 9malam, khalis punya bas pukul 930malam. Syaiful pulak balik umah pakcik dia kat Ayer Keroh. Asalnya Mus pon nak join Syaiful, tapi dia pegi merayap pulak. Bila pakcik Syaiful datang dia takde, kena la dia beli tiket balik Penang sebab Syaiful tinggal jek dia kat stesen bas tu. HAHA. Kesian kan? Ape la diorang ni :D Tapi mujur la, at least takde la boring sangat khalis kat stesen bas tu sorang sorang macam kera sumbang. Tapi xpe, kalau Mus balik dengan Syaiful pon, khalis ade Dr Danial dan bukunya sebagai peneman. Kahkah. Sementara khalis tunggu bas tu, sempat la dengar Mus cerita pasal produk yang dia dengan Syaiful and sorang lagi kawan diorang tengah usahakan. Korang penah dengar pasal Magic Mug? Hah, itu la produk diorang. khalis dengar dia cerita haritu pon macam kool jek. Nak satu lah. Ehehe. Sila lah like page Kruk Kruk Enterprise untuk lebih info. Eceh sempat pulak promote.

Tapi, cerita tentang perjalanan pulang tak habis disitu sahaja. Masa khalis naik bas, ditakdirkan khalis duduk sebelah sorang nenek. Well actually, masa khalis nampak nenek tu time tunggu bas, I did think that this one grandma was sort of..unique. In her own way. Takde la dia punya dressing sangat menyerlah atau ape, tapi dia ada some kind of weird attitude. Weird macam mana? Hmm...macam ni. I think she travelled with her daughter and her friend. But nenek ni, senyap aje. And she wouldn't let go of her bag. Memang la bunyinya normal kan; what's so rare about somebody being careful and cranky with their..maybe, precious stuff? khalis ni saje la tu nak propa :P Ok2, being careful tu tak pelik. But when anak dia sendiri mintak beg yang dia pegang sebab nak ambik her things kat dalam beg, and she don't even wanna let go, tak pelik ke tu? I'm not insisting that she's carrying something, coz she's not, cuma khalis agak gerun ngan nenek tu. Macam garang jek. Ehe. Bas jalan pukul 945, and khalis terlelap sampai 1015pm. Masa tu, nenek tu belum tido lagi. She's unpacking her bag, searching for selimut I think. Then khalis tido lagi sampai 1230, and sedar2 jek, bas dah sampai stesen bas Makmur, stesen Kuantan. khalis baru aje nak kol ma bila khalis tiba2 perasan yang nenek punya style tido sangat ohsem! She didn't lean on the seat, her back was straight, and her posture seems like a 'come alive' patung lilin! Seriously, it was kinda creepy. Even tho khalis sebenarnya nak keluar, khalis tak sampai hati la pulak nak kejutkan nenek tu. Macam kesian aje nak ganggu. Seram pun ada jugak. Tapi khalis terpaksa jugak kejutkan sebab masa tu dah dekat sangat dengan rumah, kalau tak kejutkan memang tak turun la khalis gayanya. Memang terus merayap sampai Dungun la. But Alhamdulillah. nenek tu takde la pulak celik2 mata terus strangle khalis sebab kacau tido dia. Heeee :D

Sampai rumah terus cerita dekat ma pasal nenek tu. Haha :D Ma pun xcakap apa, senyum aje la. Nak komen apa pun, ma xtengok nenek tu :)

Okey lah, post panjang dan random sampai sini aje la. Tangan pun dah letih menaip. Patah karang, xmenaip la khalis sampai bila bila. Trauma tahu?? hahaha :D