daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 10, 2012

Kawan

dalam sejuta kawan.

banyak yang akan datang waktu kau senang.

separuh dari yang banyak itu, mungkin akan muncul waktu kau susah.

tapi dalam yang separuh tu, berapa banyak yang akan datang seka air mata kau?

berapa mulut yang akan senyum dan pujuk kau?

berapa tangan yang akan tarik kau?

berapa banyak yang mampu tenangkan hati kau?

permata permata ni,
mutiara mutiara ni,
tak akan pernah kau nampak,
sampai saat jatuhnya ujian berat atas bahu kau.

permata permata ni,
mutiara mutiara ni,
sinarnya tak kan kau lihat,
sampai kau betul jatuh dalam gelap.

hari ni,
aku jumpa permata aku.
mutiara aku.
dalam sentuhan kalbu seorang kawan.
yang selama ni aku sangkakan.
cuma biasa sebagai insan.

rupanya aku punya permata istimewa.
aku yang tak nampak.

butanya aku.