daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 14, 2012

Short update..er..not actually..maybe it's just random.

Assalamualaikum.

Ok short and quick update. I promise.

Eh apehal? Login blogspot setahun sekali pon nak short update. Tak guno ado blog. *Rintihan dari blog.

Ewah.
Orang login pon mujur tahu?? :P Banyak songeh pulak nak komplen. Lempang sedas karang free jek.

Aih, aih tersasar dari jalan yang benar dah ni.

Oke la. Intro pon dah merapu..lama sangat tak menulis otak pon dah tepu asyik taip backspace taip backspace taip backspace jek dari tadi. Wah banyak betul taip backspace kat situ. Ahha. Sikit pon tak typo hebat x? *padahal copy paste aje pon. Berlagak tak nak kalah* Ha, tengok, dah lari topik lagi.

Ok la. Otak sebenanye dah tak berapa nak betul actually sebab minggu exam melanda lagi. Baiklah soalan tibatiba, berapa lamakah khalis tidak update blog?
Soalan mudah jawapan jelas. Kalau last entry pasal habis exam dan balik kampung, dan entry sekarang khalis sedang giat berperang dengan final exam lagi, apakah tandanya tu? Tandanya satu semester khalis di Melaka ni seulas senyuman pon khalis tak bagi dekat blog ni. Huhuk. Iye blog sila sedih sebab nasib kau malang dapat  tuan malas macam kacang hantu ni.[eh?] Malas macam kacang hantu? Menangis cikgu BM khalis kalau dia baca ni. Haha XD

Hari ni, takde buat apa. Hanya bermalasan di atas katil menternak lemak yang semakin membukit ni *balik rumah nanti tak tau la jadi apa, gajah pon menangis kalau tengok agaknya* sambil baca nota Food Chemistry untuk paper esok. Sambil bukak FB tengok noti. Sambil baca blog orang. Sambil search lirik lagu. Sambil dengar lagu Anis Suraya. Amboi study satu jek kat situ, lain semua main2. Ini nak grad ke tak mahu, khalis?? Mahu lah! :P Aha. Nak buat macam mana, khalis ni ada masalah kalau nak concentrate baca note lama-lama. Sebab I have a practical hand and mind. Masuk lab buat eksperimen tu memang favourite. Suruh buat site visit seminggu tujuh hari pon tak apa. But theoretical stuffs and reading materials ni memang macam ubat tido dah. Tak payah pakai ubat batuk pon takpe. Baca novel 4 biji lulus lagi rasanya kalau nak dibandingkan dengan baca nota 1 chapter. So, attention span pun macam itulah. Baca nota dua minit tengok FB setengah jam. Apa yang ada kat FB tu pon tak tahu la. Aduhai.

Oi khalis mana short entry nya?? Belum masuk isi dah berkajang kajang ni. Intro pon dah penuh page. Aisey sorry, tak disengajakan la tu. :P

Short entry nya, mood nak study dah hilang sebab dengar berita tak berapa nak elok. Kan elok kalau khalis tak dengar berita tu? Nasib baik paper esok petang. Boleh la nak study lama sikit. Kalau pagi? Haru la nak membaca nota banyak2 tu dengan perasaan tak tentu arah ni. Berita apa, tak perlu la khalis nak cerita kat sini. Bukannya teruk pon, saja khalis nak buat havoc. Ehe. Untung-untung, menaip kat sini boleh buat perasaan tak senang tu hilang, so boleh la khalis habiskan study. Kan? Well, maybe it's the best choice of therapy I had since kat sini khalis tak ada bantal peluk yang selalu jadi mangsa tumbuk terajang. Bahagia la bantal tu kat rumah sebab khalis tak ada. Tak apa bantal, tunggu ye, khalis balik 22hb ni InsyaAllah. Tunggu la. Nanti kita habiskan waktu indah bersama sama. HAHA :D

Dah short entry, walaupun..err..tak berapa nak short sangat..ehe. khalis nak sambung study la..takut esok keluar hall menangis pulak kan tak tau nak jawab apa. Dr Manan punya la baik, I should have at least tried not to disappoint him. :) To all my friends out there yang dah exam, tengah exam or akan ambil exam, gud luck and all the best!! ;) Jangan pernah menyerah kalah untuk apa pun, because on every failure, you will come out standing even taller than before.

Selamat maju jaya! [pehal ayat macam motto sekolah ni ?!]