daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 31, 2011

Makan tengahari ;))

Assalamualaikum :))

Tadi masa khalis dengan kawan-kawan balik dari kelas Tech Comm, kitorang pegi ushar makanan dekat cafe admin. Mula-mula khalis ingat nak minum2 jek, tapi mata pulak tertengok nasik goreng ngan kuey teow goreng kat dlm tray. Dahlah khalis ni memang pantang jumpa nasik goreng. Apa lagi, terus capai pinggan. Perut pun dah bergendang gendut tali kecapi ni..heheh  ;))

Maka dengan confidentnya khalis isi pinggan tu dengan nasik goreng, kuey teow goreng sikit.. pastu ++ telur goreng. Enough. Haha...masa nak bayar tu, akak dekat kaunter tu kira-kira,

Akak cafe: Nak air ape, dik?

khalis: Nescafe ais, ye kak.

Akak cafe: Ok, semua sekali RM3.10.

khalis: Ok, kejap ye kak.

khalis pun bukak la beg nak amik purse. Masa tu la khalis teringat, "ohmaigod purse kan tertinggal kat dalam bilik tadi?!" aigoo!! Dah la muka konfiden jek amik nasik tadi, sekali purse tertinggal. Takkan la nak utang dulu kot?? khalis dah menggelabah. Nasib baik la akak tu pegi dapur sebab nak suh buat air khalis tadi. khalis dah bengang dah taktau nak buat apa. Rasa macam nak sorok kepala dalam beg pastu lari balik bilik. Malunye!!

Masa ni la, Azyan aka Yan kawan khalis ni sampai sebab nak bayar dia punya makanan pulak. Dia tengok khalis menggelabah jek, makanya Yan pun tanya la khalis,

Yan : Apesal ni?

khalis: Yan, aku pnye purse trtinggal kat bilik la!

Yan: Hah, biar betul ni?!

khalis: Ha'a...terlupa pulak tadi tertinggal. Aduh, macam mana ni?

Yan: (gelak2 super evil) Hah, pegi letak balik makanan tu! (gelak lagi)

khalis: Ade pulak macam tu?! (sengih kesian) Yan, tolong bayarkan dulu boleh? Nanti kelas lepas ni aku bayar...

Yan: (dan gelak lagi) Yela, yela..akak, kira sekali ye?


Oh, khalis sungguh malu!! *dush dush* Rasa nak hentak2 jek kepala kat dinding cafe. Macam mana la boleh lupa tertinggal purse tadi? Hailoh....malu seminggu dekat Yan. Tapi apepun, Yan adalah penyelamatku!! Hahaha  XD Mujur Yan ada, kalau tak, xtau la ape jadi tadi....entah2 memang betul khalis pegi letak balik nasik tu, pastu balik bilik tidur dengan air mata sebab lapar + malu. Haha :D

Ok la, khalis ade kelas nanti. Bye bye :))

nota kaki~~kunci bilik pun tertinggal, guess la apa yang khalis buat?? ;))

Sunday, January 30, 2011

Kenapa saya berblogging??

Tadi masa tengah iron baju kurung nak pakai buat pegi kelas esok, khalis tiba-tiba terfikir, kenapa khalis berblogging? Ni semua gara-gara budak bilik khalis la ni, tiba2 jek sebut pasal tajuk entri baru untuk blog dia. Haih. Benda ni buat khalis terfikir, asbab2 nya khalis melahirkan blog ni. Acewah, melahirkan tu. Ahaha :))

Kenapa ya?

Dari tadi khalis fikir, ni mungkin antara sebab2 orang berblogging:


1. Mengikut trend


Trend | It's a threat



Ok. Misalkan, kawan rapat kita ada blog. Hari-hari dia asyik cerita, hari ni blog entri dia pasal itu, ini..pastu dia cerita lagi, ramai orang komen blog dia. Hmm..agak-agak kalau dengar benda yang sama hari-hari, tak terpengaruh ke? ;))



2. Meluahkan perasaan

Feel | I'm feeling blue

Kalaulah semua orang ada hak untuk suarakan pendapat mereka pada sesiapa pun, mungkin blog ini bukan satu virus. Tapi, bukan semua orang boleh dengar apa yang kita rasa, tak semua orang boleh terima pendapat orang lain. Lagi-lagi kalau orang yang nak ditegur tu lebih tua, lebih tinggi pangkatnya. Maka lahirlah isi hati cuma atas diari elektronik ni. Diari kah? Hmm..boleh jadi satu sebab jugak tu...:)) Di sini, dalam dunia blog, semua orang pun boleh marah, suka, gembira, nak menangis...semua boleh. Cuma tak nampak jek. Dan semua orang pun boleh cakap apa saja yang mereka rasa tentang entri tu. Nak komen, setuju, kritik...terserah. Sebab dalam dunia maya, hak bersuara itu ada pada semua. Terpulang pada blogger itu pula utk menilai komen2 yang dia terima.

3. Bercerita


tell a story | i'll listen



Semua orang ada cerita mereka sendiri. Ada cerita yang menjadi rahsia, ada cerita yang mahu dikongsi. Tapi, macam mana utk mencari orang yang sudi mendengar? Macam khalis, kadang-kadang bila sesuatu berlaku pada diri khalis sendiri, khalis nak cepat-cepat telefon mak ngan besties khalis, nak bagitau apa yang berlaku, sebab khalis suka kalau mereka up to date dengan storyline hidup khalis. Tapi kadang-kadang, mak khalis tak angkat fon, kawan khalis tak balas mesej. Mungkin sibuk, mungkin tak perasan. Jadi tak tau  nak ceritakan pada siapa. So, I turn to blog. Semua yang nak cerita, curah aje pada blog. Macam blog ini, khalis suka sangat sebab ada si comel ickle n Lardee tu. (^.^)

4. Berkongsi

Sharing | It is caring


"Tips Memikat melalui Tarikh Lahir", "Tanda-tanda Si Dia mula Curang", "Mengelakkan Stress"..dan macam-macam lagi. Pernah dengar tak? Pernah lihat tak kat mana2? Khalis selalu jumpa..haha :)) Manusia ni penuh rahsia. Jadi, semua orang nak berkongsi macam mana nak baca rahsia2 tu sume. Tak kisah la ape pun. Even resepi pun orang boleh jumpa melalui blog. Contohnya, blog ini. Jadi blog ni medium yang paling senang jugak untuk berkongsi macam2 dengan sume orang

5. Berniaga

Ada orang bukak blogshop. Macam ada sorang kawan khalis ni, dia bukak blog untuk jual shawl, baju dan macam-macam lagi. Kalau nak jenguk2 blog dia, klik sini. Ade jugak blog yang khalis jumpa jual kue raya.Umm...comel comel jek sume..haha..ops khalis dah excited tengok prkataan comel..ehe..sorry2..



Pendek kata, sume orang buka blog, ada sebab tersendiri...tak kisahlah apa pun sebabnya, yang pasti mesti kita nak orang tau semua yang kita tulis kan?

Kenapa KHALIS berblogging?

Ehe..yang ni...jap khalis nak kitar semula sebab khalis buka blog. Umm...rasa-rasanya, khalis berblog sebab,

...khalis suka baca blog orang. Ada la 1 blog ni yang khalis suka sangat baca, sebab kelakar. Based on that, khalis tiba-tiba jek terfikir, "Nak buat blog jugak la, pasal boleh cerita macam-macam macam dia ni,". Dari itulah asalnya khalis buat blog. Baru-baru ni, khalis deact FB account khalis. So, lagi la kuat reason utk berblogging, pasal masa utk berfacebook dah xde. Heheh...kita blogging blogging pulak. No more facebook-ing.

Anda pula macam mana?

nota kaki~~nak makan bubur panas, sape nak join? ^^,

Bubur panas | Best masa hujan ",


~~gambar ihsan dr google. tiada kaitan dgn khalis. ;))

.You and I both.

"You And I Both"

Was it you who spoke the words that things would happen but not to me
Oh things are gonna happen naturally
Oh taking your advice I'm looking on the bright side
And balancing the whole thing
But often times those words get tangled up in lines
And the bright lights turn to night
Until the dawn it brings
Another day to sing about the magic that was you and me

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
Others only read of the love, the love that I love.

See I'm all about them words
Over numbers, unencumbered numbered words
Hundreds of pages, pages, pages for words
More words then I had ever heard and I feel so alive

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now,
Oh love, no
You and I, you and I
Not so little you and I anymore, mmm...
And with this silence brings a moral story
More importantly evolving is the glory of a boy

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now
Well I'm almost finally out of
I'm finally out of
Finally deedeedeedee
Well I'm almost finally, finally
Well I'm free, oh, I'm free

And it's okay if you have to go away
Oh just remember the telephone works both ways
And if I never ever hear them ring
If nothing else I'll think the bells inside
Have finally found you someone else and that's okay
Cause I'll remember everything you sang

Cause you and I both loved what you and I spoke of
and others just read of and if you could see me now
well I'm almost finally out of.
I'm finally out of, finally, deedeeededede
well I'm almost finally, finally, out of words.





...like this song, like this song. Ehehe...Dua hari lepas kuar beli barang sikit2 dengan rumet khalis ni. Alang-alang dah kuar, khalis amik keputusan nk beli tiket bas terus, nak balik utk cuti CNY ni. Wah, wah, semangat giler khalis ni kalau part balik umah. Hahaha XD


Bab shopping xleh blah, smpai kesian adik rumet yang kena teman khalis shopping tu. Balik terus tdo, letih sangat la kunun temankan khalis ni shopping. Hek hek ;)) Takdela banyak sangat barang yang khalis beli, cume nak pilih barang tu jek yang lama. 


Pastu, kuar jek dr Tampin Market tuh, terus khalis menonong jek p kedai ujung, nak cari shoujo. Haha..khalis ni antu shoujo tau. Nanti la khalis buat entry pasal shoujo yg khalis ada...tunggu penuh rak dulu..hehehe :))


Pilih punya pilih, maka ini la hasil dari kedai tu,


Shoujo | Penguin Prince, Mengintai Busur Beradu

Shoujo | Motomi Kyousuke

Tapi, sebab mase syok2 pilih shoujo tu ade la terpandang satu lagi buku ni...macam interesting jek...so, lari lagi bajet khalis sebab jumpa buku ni...heheh...

Mutiara kata | Mutiara Cinta

So, secara kesimpulannya, ini la buku2 yang baru khalis beli mase shopping hari tu,

Touching | Shoujo
Ohho..janganla tertanya-tanya siapa si comel yg duk highlight kat tengah2 shoujo khalis tu..ehehe...tu anak adik rumet khalis..nama dia touching..haha..tapi sebab dia comel, khalis amik la dia jadi model utk shoujo2 khalis tu. Tengah2 duk shooting2 tu, si touching ni over expose pulak...nak posing situ, posing sini...so ini lagi shoot utk touching...hahaha

Touching | Anak adik rumet

Si comel | Touching
 ok la, tutor C++ da memanggil-manggil da...nanti ada story lain khalis update lagi. Bye bye ;))

nota kaki~~tak sabar khalis nak balik rumah...weeeeeee :))

Wednesday, January 26, 2011

hari yang bermakna :)

Semalam adalah hari yang sangat bermakna bagi khalis. Sebab dalam hari ini, banyak perkara yang boleh khalis banggakan dah berlaku. Terasa macam dalam mimpi pulak..haha :D
Debate | You are always right


Dua hari lepas, khalis pergi latihan debat buat kali kedua. Dan fortunately, khalis dapat chance untuk jadi pendebat ketiga bagi pihak pembangkang. Wah! Bayangkan jek la perasaan khalis masa tu?! Rasa gementar, takut, teruja sume dah campur-campur. Macam, uish..berat tanggungjawab nih..boleh ke aku buat nih? Tangan dah sejuk macam air batu. Kaki tak payah cakap la, rasa macam dah longgar sume sendi-sendi..tu baru training debat…kalau betul-betul masuk tournament mau ulang alik masuk toilet lima nam blas kali..haha XD

Pastu punya la khalis tumpu prhatian masa pihak lawan brhujah. Dah la Ms N sndiri yg jadi penilai. Makin la khalis berdebar. Lagi-lagi bila tengok dorang sume pandai-pandai berdebat. Khalis ni dah la tak pernah berdebat, tibe-tibe nak debat dengan orang dah pandai debat pulak. For sure la cuak gile kan. Pastu masa speaker ketiga dorang berhujah, khalis punya speaker first pun bisik,

Speaker 1: You look at the way she whip the point, just do the same ok? Just relax and breathe. (smile)
Khalis: Ok. What should I brief?
Speaker 1: Just highlight the clash point, and strengthen our previous point. The one me and the 2nd speaker just talk about.
Khalis: Oh, ok. I will try.
Speaker 1: Don’t worry. You’re going to be fine. (smile again)
Khalis: (not sure smile) Sure. *dalam hati; oh, fine? Yea, right. Jantung dah nak kuar ni….-_-“


Bile speaker opposite side dah wrap up dia punya point, jantung khalis dah mula dap-dup-dap-dup tak henti henti. Kaki rasa macam dh menolak utk brdiri. But bila Ms N dh point kat khalis, khalis tawakal aje la..bismillahirrahmanirrahim.

I started stuttering, but things get better when I saw a few nods after I brief my point. Khalis dah dapat balik confident yang dah lari bercempera tadi. Haha :D Betapa nya khalis ni gila kuasa, bila dah dapat bersuara, pihak lawan angkat tangan nak potong my point pun khalis boleh cakap macam ni, “excuse me, I still have my point,” ntah dari mana dapat idea nak buat ayat macam tu, padahal selama ni xpernah pun belajar etika2 debat ke ape. Learning from observation maybe? Sebab aritu akak debator tu buat macam tu, rasa macam best pulak kalau ikut, kan? Hahaha XD and I end up receiving big claps for a simple first try. Feels better. Really.


Feeling great. Last night after debating, I thought I’m not good enough. I thought I didn’t reach her level of expectation. Bukannya khalis harap pujian, tapi at least a word of gratitude would do. Ingatkan khalis tak cukup bagus dah. But hearing the compliment, khalis dah yakin balik. Bukan sebab Ms N puji khalis, sebab khalis bangga dapat buat dia bangga. Ohhoho…I am happy, really happy.

I guess (and I KNOW :P) banyak lagi yang kena improve. Sangat banyak. Tapi khalis sukakannya. First time rasa diri sendiri sangat hebat. ~~Ahaha :D sangat la bajet disitu. Tapi seriously, sukakannya. Bukan perhatian atau rasa pujian tu, tapi kepuasan lepas kita dapat luahkan apa yang kita fikir tu yang buat kita rasa hebat. Saat tu, tiba-tiba teringat kata-kata Khadijah Hashim dalam Badai Semalam;

“Kita tak hidup atas pujian orang, tak mati atas umpat hina orang,”

…betul ke x tu? Entah la..heheh…tapi lebih kurang sama la tu maksud dia, orang boleh kata apa saja yang mereka mahu, orang boleh  dengar apa saja yang mereka pilih untuk dengar, tapi berapa ramai dari orang-orang itu yang ada di sisi waktu kita susah, berapa ramai dari orang-orang itu yang akan hulur pinggan penuh makanan waktu kita lapar? Jadi, jelas kan? Apa yang ada pada mulut orang itu tak penting, tapi sejauh mana kita mahu percaya bahawa kita tercipta lebih baik itu yang menjadi hal…so kalau boleh, khalis nak lagi peluang macam ni lain kali.

Talent | It's hidden deep inside
First time people recognize me and say, “Hey, you’ve got talent!” and you know what, it’s not easy for people to say that sincerely, and to have succeed in making people have that thought, I consider that a success. And to be able to express my feeling aloud, and impress people with the confidence, I consider that big success! Because khalis was known as a person who talk a lot but seldom express what she felt. I am. Jangan ngade-ngade nak kata, “eleh, ye ke?” or apa apa lagi yang sewaktu dengannya. You don’t know me so don’t judge me. Hohho :D khalis tetibe jadi mengada-ngada.

So, khalis tibe-tibe decide; it’s a regret. That I don’t debate earlier. But I like it now, at least I realize what I’m capable of doing. And of course, it’s all thanks for Ms N for recognizing me. Btw, is it too early to talk about this? I don’t know what others would think, but I consider this as du’a. I want to say this thousands and thousands of time, so I’d always get the spirit to do my very best on everything. And of course, succeed on it. Insha Allah 

Nota kaki~~tengah cuba buka elearning dari tadi, tapi tak dapat-dapat..hailoh…esok nak masuk lab, tapi lab manual tak dapat nak donlod, macam mana nih?!

Saturday, January 22, 2011

Demam? Uh, uh..suke!! ^-^

"Fever refers to an elevation in body temperature. Technically, any body temperature above the normal oral measurement of 98.6 F (37 C) or the normal rectal temperature of 99 F (37.2 C) is considered to be elevated. However, these are averages, and one's normal body temperature may actually be 1 F (0.6 C) or more above or below the average of 98.6 F. Body temperature can also vary up to 1 F (0.6 C) throughout the day.
Fever is not considered medically significant until body temperature is above 100.4 F (38 C). Anything above normal but below 100.4 F (38 C) is considered a low-grade fever. Fever serves as one of the body's natural defenses against bacteria and viruses which cannot live at a higher temperature. For that reason, low fevers should normally go untreated, unless accompanied by troubling symptoms.
Also, the body's defense mechanisms seem to work more efficiently at a higher temperature. Fever is just one part of an illness, many times no more important than the presence of other symptoms such as cough, sore throat, fatigue, joint pains or aches,chills, nausea, etc.
Fevers of 104 F (40 C) or higher demand immediate home treatment and subsequent medical attention, as they can result in delirium and convulsions, particularly in infants and children.
Fever should not be confused with hyperthermia, which is a defect in your body's response to heat (thermoregulation), which can also raise the body temperature. This is usually caused by external sources such as being in a hot environment."


Dua hari yang lepas demam. Weeeeeee....suke suke suke!! Dah lama tak demam. Suka sangat bila dah demam...kafarah dosa. Haha..tapi, aish! Sekejap sangat...malam tu demam sampai terketar-ketar, pastu pagi dah beransur elok, petang terus ok. Ape ni...nk demam, demam la lame-lame sikit, baru syok...kurus sikit nanti..~~toink toink

Lepas jumpa doktor petang semalam, dapat mc sehari. Satu jek yang tak best pasal demam kali ni...kena skip kelas. Well, khalis ni bukanlah student yang bagus pun, tapi sebab takut nanti tak dapat nak catch up dgn apa yang member2 khalis yang len dh blajar..haih, teruk la nanti...dh la skip kelas tutorial Fluid Mech. Demam ni pun, nak datang, datang la taim cuti2..baru syiok tader org nak kacau khalis rileks sebab khalis tak sihat...tader la dorang ajak khalis p shopping ke jalan2 ke ape ke...eh jalan2 nak ikut..shopping jek tamau..hahaha XD

Pendek kata, kalau diberi pilihan nak demam ke nak selsema, khalis pilih demam!! Sebab dah dua minggu selsema tak baik-baik lagi, macam mana ni?

nota kaki~~bz buat newsletter..haih...

Thursday, January 20, 2011

Bye-bye Facebook.

Bukan nak komen pasal what those people keep talking about facebook will be closed on March 15th or whatsoever ok? ~~ntah betul ntah tak..nak gimik jek lebih orang putih ni.. :P

Assalamualaikum dan hello ;))

What a day! Ahha..nak gimik la tu, nak gimik la tu. Hmm..nak spekking boleh?

Eh nanti dulu. Sebelum jadi omputih sepenuhnya, nak cite dulu apa yang jadi semalam. Ek hem. Semalam, ai dengan clasmet ai 2 org, ada majlis ijazah silat kat UTeM. Tak ramai pun dari kalangan kami yang pegi, dalam satu van jek. Tu pun siap boleh main golek2 lagi atas kusyen van. Betapanya van tu FULL. Haha :D

Sampai kat sana, rupa-rupanya ramai lagi orang yg dah menunggu. Budak UTeM, budak UiTM, Budak MMU..dan budak MICET [yang cuma beberapa kerat..hehe  :PP]

Actually, baru jek pun daftar nak belaja silat. Tapi semalam tu, majlis untuk ijazah asas pn ade skali, means untuk budak2 baru ni la...hmm..semalam baru tau peringkat peringkat dalam silat. Start dgn ijazah asas, pastu jatuh, pastu potong, lepas tu tamat, pastu boleh sambung ijazah am, rasenyela..:))

Balik agak lewat jugak, dalam pukul sebelas lebih. Tapi it's okay, sebab sangat xcited pegi UTeM. Besar gile dia pnye library! Jeles ai...agak2 kalo sume kampus UniKL digabung, sebesar itu jugakah? Atau lebih besar?? No komen, no komen..belum cuba belum tau, belum buat jangan nak teka apa apa dulu..

Pastu just now, hah, jom spekking pulak. I have just been back from Debate Club class. I'm not actually applying to this club but I'll take this chance as a huge honor and golden ticket for me to get further exposure on English. It happens after I finished my public speaking and at the end of the class, my lecturer called me and this conversation takes place;

Ms N: I can see you have a talent on this. Would you like to expand your talent a bit further?


Me: Eh? Um..well..*muke konpius*


Ms N: Come join us in debate club, ok?

And this time my heart was like, "Whaaa???"; It's excitement ok.

Me: Hah?! Um, sure, why not? *blood rushing*


Ms N: So, tomorrow night, 830pm at BT1?


Me: Eh, yea..ok..alright. *speechless, stuttering..rasa macam nak lempang mulut sendiri jek masa ni*


Ms N: Ok then. Don't forget to come. I will be expecting you.

Then I was like, "Oh my god, was this really happening? Dah rasa macam Balkis dalam novel Plain Jane lah pulak...what next? A sophisticated guy who runs gigantic company would fall head over heels for me? And I'll change myself completely for him? Then become a paranoia with another girl who were jealous of me? Pffttt.....stop this nonsense. It's just a debate club ok? Just a debate club. You don't have Dr Iman proposing you, it's Ms N. Think straight dear, the class was tomorrow. So you have another 24 hr to think, ok?" Right, I'm chilling. It IS cold after all. Haha :D

So after a whole day of non-stop-heart-thumping, I went to the debate club and spent 2 hrs and a thirty minutes of excitement. It's all worthy right? And I have think it over and over again, then this thought came; I wanna do this till the end. I wanna win the tournaments and be a campus debater. If possible, I would value being international debater, not just a public speaker. ~~hoh, angan tinggi melangit. But, I do want this, I really do, Just wish and hope I wouldn't change my mind after this. :))

And yeah, I'm having a splendid moment with the debaters just now. Priceless. :))

Hah, balik pada tajuk. Bye Facebook. I wouldn't care less about you anymore. You changed me to the bad of course. So, goodbye. Don't miss me later. =P That's all. Oh night have come, I still have time to finish my jotter note right? And buat tutor a lil bit, maybe? And still have time to gosok baju kurung kan?

- Uh, baju kurung esok boleh? Malas la sekarang...


+ Haipp!! Don't procrastinate ok?? 


- Yess BOSS!!! =P

My heart still have to be taught a lesson a bit...good day, everyone!! :))

nota kaki~~post ini mungkin agak boring sebab xde gamba. Sori, tenet slow, nk tggu lama2..ade keje nk kene sudahkan ni..hehe ;))

Monday, January 17, 2011

Abang Topi ;))

Awas, post ini agak ironi dengan post yang lepas. Ahaha XD

Hari ni nampak Abang Topi. Weeeh, rindu dekat Abang Topi, dh 2 minggu kelas baru nampak Abang Topi. Abang Topi dah makin comel, sebab......Abang Topi potong rambut!! Weehaaa!! Ahaha..~~eh, eh aku pulak yang eksaited lebih lebih..eheh ;)) Eh, eh, bukan nak kata dulu Abang Topi tak comel, tak..langsung tak...cume skarang ni Abang Topi makin comel! Bikin hati berdentum dentam bile nampak dia...haha  :))

Siapa Abang Topi??

Ahaha..kawan-kawan rapat kat Micet sume tau Abang topi tu sape. Abang Topi tu, crush mase sem 1 dulu. Wuuhuu....skarang dah bukan crush ke? Eh, masih...masih..jangan salah anggap ye...khalis bukan senang nak berubah hati..hahaha

Kenapa panggil dia Abang Topi?

Sebab masa sem 1 dulu, Abang Topi salu pakai cap mse masuk kls tot.tot ~~tak nak la bagitau kelas ape..nanti terbongkar sume rahsia...=P Pastu berebut-rebut Abang Topi ngan Ain ngn Tato...ni sume salah Mr. X la. Sape suh Mr. X panggil Abang Topi wat presentation kat depan, kan kitorang dah terjatuh hati kat dia?? Hahaha..

Tapi, kan best kalau Abang Topi tau sume ni?? Mesti dia bangga gile-gile dengar kitorang berebut dia...mesti kembang idung 4 tahun..hahaha XD

Oh Abang Topi, I wish you don't know this blog exist, but even if you do, I wouldn't care less. Macam la dia tau kitorang panggil dia Abang Topi. Hahahaha  XD

And Ain, how I wish you read this...nak bagi jeles ni, pasal ko xdapat tengok Abang Topi da..haha
Abang Topi | Punya topi.. :))

p/s: mainan hati. Sebab hati dah xtau nak main ape..haha  :D

Sunday, January 16, 2011

Bila warkah cinta dibuka semula...

Penculik gamba | Ihsan dari encik google
~tak tau la kenapa lagi suke luv kaler lain slain merah =P~
Dua malam yang lepas, dengar episod cinta. Rasa suka pulak dengar kisah orang bercintan-cintan ni...tapi nak experience sendiri? Maafla, saya tak berani. ^^

Bukan maksudnya saya mendustakan cinta...tak, langsung tak. Saya percayakan cinta, percayakan kewujudannya. Sebab cinta itu enigma halus perasaan, yang kalau sudah merasuk hati, boleh menjadikan pemilik hati itu sendiri gila, rabun dan teraba-raba. Cinta itu subjektif, orang yang berada dalam dunia cinta sahaja mampu menatarias cintanya.
Orang kata, cinta itu seolah racun yang manis, membunuh hati secara perlahan-lahan tanpa kita sedar, dan hanya menyedarinya bila diri hampir musnah. Tapi saya lebih suka dengan analogi cinta itu penawar yang mujarab, mampu menyembuhkan hati yang mati dan jiwa yang merana, namun kalau diambil secara berlebihan akan membahayakan kesihatan. Cinta itu api yang dingin, sesiapa yang memasukinya tidak akan terbakar tapi akan terperangkap.

Saya lebih suka diri ini menjadi mutiara, daripada menjadi mawar indah yang menghias ruang semata. Mutiara, untuk memperolehnya, harus menempuh kesukaran ombak dan pemangsa, kerana letaknya jauh di dasar lautan, dibalut kemas cangkerang sang kepah. Kerana itu, tinggi nilainya, mahal harganya, jadi rebutan manusia seluruhnya. Mawar, sungguh pangkalnya berduri, masih mampu dicantas dahannya, lalu disagat durinya dan akhirnya menjadi hiasan meja, dimana setiap orang mampu menikmati keindahannya, dan setiap orang boleh menghidu harumannya. Kalau masih ingin menjadi seindah mawar, jadilah mawar yang dijaga rapi dalam taman larangan, dibelai indah dibaja subur, tak mampu dipandang mahupun disentuh tangan2 sang kumbang liar.
Bicara soal cinta, teringat pada sajak kegemaran saya dahulu sewaktu di alam sekolah. Buah tangan William Shakespeare ini memang ecstacy saya waktu itu. Sampai hingga sekarang saya masih ingat setiap bait rangkapnya.


Sonnet 18
Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate
Rough wind do shake the darling buds of May
And summers lease hath all too short a date
Sometimes too hot the eye of heaven shine
And often, is his gold complexion dimm'd
And every fair from fair sometimes decline
By chance, or nature's changing course
But thy eternal summer shall not fade
Nor lose possession of that fair thou ows't
Nor shall death brag thou wanders't in his shade
When in eternal line to time thou grows't
So long as men can breathe, or eyes can see
So long live this, and this gives life to thee


~William Shakespeare~


Indah bukan? Bagi yang cintakan sastera, saya rasa tidaklah sukar untuk menafsir getaran cinta di sebalik rangkap ini. Agak ironi untuk saya menafsir cinta dengan sajak ini, saya sendiri belum menemukan cinta manusiawi.~~weeee..malu pulak tertulis status kat sini...namun cukuplah andai saya katakan saya mahukan cinta yang sebegini. Andai nanti saya punya cinta, biarlah cinta hati saya itu ikhlas dengan diri saya dan dirinya sendiri, dan biarlah hati kami setia tak terbelah bahagi.

Buat teman yang istimewa, cinta yang hadir itu bergantung pada kehendak hati. Percaya itu paksinya, setia itu tulang belakangnya. Memahami itu rencahnya, cemburu itu sembilunya, berkongsi rasa itu penawarnya. Bukan senang hati untuk terbuka pada cinta, namun juga payah mahu membuangnya. Bila sudah berakar umbi, cinta itu darah daging sendiri, kalau ia musnah, padah jawabnya. Percayalah pada cinta, bila sudah benar-benar bersedia dan percaya itu jalan dariNya.


Tapi saya lebih suka dengan idea cinta dariNya itu cinta selepas sah ikatannya..weeheee  ^^



p/s~~tetibe rase geli tulis entry macam ni...jiwang karat besi lama betullah..langsung tak macam khalis yang kukenal..ahahaha XD

Tuesday, January 11, 2011

11012011

111111!

Hah, tu dia! Penuh dengan nombor satu…so khalis nak anggap ni special post khalis sempena bulan Januari 2011 ni. ~~Padahal dah tinggal setengah jam jek lg nak masuk 12hb..hahaha

Dh nak post tadi, pukul 0001 pagi..tapi tetibe jek! Broadband buat hal…hailoh…kuajaq betul la broadband ni..haih..hari ni agak sibuk sebab dh msuk klas..kelasMdm Teo,  C++ Programming~~Oh saya sayang anda sangat2 encik C++!! Pastu ada kls math ngn Mdm Elmi…paling xtahan, kls Technical Comm ngn Miss Noorhayati…oh, khalis ada public speaking minggu dpan!! Punctuality....hurm.....

Okey la, nnti smbung la. Nak siapkan teks dulu.

P/S: Nemi-nemi saya, tolong saya selesaikan 1 teka teki.
~~Sila dengar lagu Dadali – Disaat aku mencintaimu
…dan beritahu saya dua sebab kenapa saya perlu gilakan lagu ni sebab..oh no! Saya tengah gilakan lagu ni dan saya tak tahu kenapa!!

Sunday, January 9, 2011

Here I am...again?

Salam.

Oh, tajuk dah macam xpuas hati jek balik Micet? Eh, takde la, takde la...suke ape dapat balik Micet. Dapat rumet lama....dapat bilik best...view best woo...hahaha....tapi yg xbest nye, dapat almari BESAR GEDABAK, tilam LEMBUT BAK BERBARING DI ATAS BALDU...adoy...pointer pun turun..aiseh...nk kene struggle ni sem ni neh... hailoh...
haha..sem ni maybe jd nakal sikit kot? sebab........bilik depan court...court tenis, court futsal....court basket...boleh usha2 budak2 men petang2 kan? haha..oh no, oh no...mata buat dosa lagi...gelap la hati macam ni...tak boleh jadi ni...hari tu dh pasang niat baru, dh buat azam baru...spoil betul la dpat bilik baru ni...hahaha...

tapi ma kata, sume tu bergantung pada hati. yang penting, jaga hati dulu. kalau macam tu,
"HATI, JANGAN TERPENGARUH YE?" 

:))