daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 7, 2012

Annoying: Them, or you?

Assalamualaikum :)


Kalau korang ade kawan yang annoying, apa yang korang akan buat?

Kalau khalis, ini yang khalis akan buat: first thing first, khalis jadi sedar diri, yang annoying tu sebenarnya bukan dia, tapi khalis sendiri. Seriously, who are you to say your friend tu annoying ke tak? If she really is, point yourself to the mirror and belek balik diri seniri tu. Are you good enough? When you have one annoying person in your friend collection, you must have been something like them, kan? Sape yang akan kawan dengan orang yang dia rasa tak boleh nak 'masuk' dengan dia punya thinking style, kan? I don't know about others, but I won't be able to get close with people that have a 360degree turn of life works from me. Bukan nak menyombong, dan khalis bukan jenis suka pilih kawan, but khalis pilih dengan siapa khalis patut rapat. Well, kalau itu adalah sombong pada pandangan anda, khalis tak mampu nak cakap ape la. Maaf. :)

Kenapa tiba tiba keluar cerita pasal kawan yang annoying pulak ni khalis??

Baiklah, mari kita mulakan lipur lara. *pukul kompang dan rebana*

Ini pasal khalis sendiri. Tentang bagaimana khalis salah anggap tentang seorang kawan. Dan khalis menyesal. Semoga masih ada ruang untuk khalis cuba baiki apa yang salah. Tulisan di sini insyaAllah jadi a gentle reminder buat khalis supaya apa yang dah pernah jadi takkan berulang lagi.

Jangan cuba aksi ini dirumah.*eh?*

khalis kenal dia masa semester dua khalis kat melaka ni. Kami dalam persatuan yang sama. Kami jadi rapat pun sebab dia yang ramah tegur khalis dulu. Sebab  khalis ni memang tak reti langsung nak menegur orang or start a friendly conversation [yeah call me annoying for that -_-"] , she take a good first step. Naiss kan dia? :) And we became good friends later on. Tapi dalam persatuan aje la. Sebab kami amik course yang berbeza, dan dia dah dalam semester 4 mase tu. Still, we are good friends when it comes to club matter. Kadang-kadang, bila balik dari latihan kelab, kitorang lepak kat tangga hostel dan cakap cakap about many things. Pasal family, study, kawan kawan. Almost all. Pelik kan? Jumpa seminggu sekali masa aktiviti persatuan and still being able to talk about anything.

But somehow, perasaan senang tu kadang kadang bertukar jugak jadi marah menyampah dan tak puas hati. Sebab dia terlalu relying on people. And rasa macam tak boleh nak buat apa apa langsung. Jahat kan khalis? -_-" Biasa la manusia. Masa fikir benda benda macam tu khalis tak rasa pun khalis ni jahat, rasa macam khalis aja yang betul semua. But khalis tak penah tunjuk perasaan tak senang tu kat dia, I still have some heart and respect to people, lagipun dia mana ada buat any major mistakes kat khalis pun, khalis sendiri yang tak senang, so kenapa nak tunjuk tak puas hati kat dia pulak kan? Tapi, makin lama khalis jadi makin boring. Sebab dia terlalu banyak cakap. Dia tengok anything kat internet pun dia nak paksa sampai khalis tengok baru dia berhenti. Kadang kadang isu yang tak perlu nak panjang panjang pun dia cakap sampai setengah jam. Bila dia dah stop cakap pasal benda tu, tak sampai 5 saat diam pun dia dah sambung balik, even though I didn't reply anything. 


Masa ni la baru khalis nampak betapa jahatnya khalis ni. Kadang kadang khalis sengaja ignore apa yang dia cakap sebab malas nak layan, kalau layan melarat larat pulak sampai berjam jam. khalis ni ada masalah short attention span, kalau dia cakap tak sampai 5 minit pun khalis dah sampai laut merah. Lagipun khalis ni amat amat lah tak suka kalau orang ganggu khalis waktu khalis tengah membaca. Sampai I don't even know nak concentrate mana satu..nak dengar apa yang dia cakap ke nak terus baca. Kalau ikut hati yang merana dengan lahar gunung berapi tu memang nak jek terus pakai headset and buat2 tak dengar. Tapi khalis tak sampai hati sungguh, sebab dia baik sangat. Cuma itu laa..nak cakap kat dia tak sampai hati tapi kalau pendam lama lama makan diri.

Tapi just now, dia ada cakap macam ni, "cakap dengan khalis, macam cakap dengan dinding,"
And we fought.
khalis cakap kat dia, "Orang tak bercakap masa makan, tak senonoh. Habiskan nasi tu dulu lepas tu baru sambung cakap dengan khalis,"
And dia pun balas balik, "Some people tak ada masa nak cakap dengan family. Nak jumpa dengan family pun susah, kalau jumpa pun masa makan, so that's why. I'm used to talk to my family masa tengah makan,"
And khalis pon macam nak terus blow up, MASALAHNYA KITA JUMPA HARI HARI TAU TAK?!!! Tapi dalam hati jek khalis cakap macam tu dan khalis terus senyap, biar aje dia nak menceceh ape ape yang dia suka.

Later on baru khalis perasan, betapa buruknya hati khalis. Sampai hati khalis buat macam tu kat kawan sendiri. Bukan sehari dua khalis kenal dia, dah 3 semester, still khalis tak mampu lagi nak kawan dengan dia dengan tulus hati. Bila sampai saat khalis fikir balik, rasa macam nak menangis sebab sanggup buat macam tu kat dia. Mungkin betul apa yang dia kata. Dia jarang jumpa family, mak ayah dia sibuk, jumpa pun masa makan, itu pun kadang kadang tak jumpa. khalis baru sedar, mungkin selama ni, dia banyak cakap dengan khalis, sebab dia percayakan khalis, dan sebab dia dah tak tau nak cakap dengan sape. Saat ni, baru khalis nampak betapa jauh beza dia dengan khalis; dia percayakan khalis sepenuh hati, khalis pulak? Dengar apa yang dia cakap pun separuh hati, kadang kadang sengaja buat tak dengar langsung. Buruknya perangai khalis. Nak mengaku khalis ni kawan dia pun rasa tak sanggup dah. Tak layak pun nak jadi kawan sape2 rasanya. T^T

M,
Awak selalu banyak cakap dengan saya, awak selalu bercerita dengan saya, awak selalu beritahu saya pasal benda benda menarik, awak selalu tunjuk kat saya page FB yang jual aksesori cantik cantik (walaupun saya sebenarnya xminat pon nak beli charm bracelet or anything -_-" ) awak selalu tanya saya ada cite ape ape tak yang saya nak mintak tolong awak downloadkan, awak selalu beritahu saya; kawan tu rezeki, diorang go through with you ups n down and you have to appreciate those who come into your life, awak banyak tanya kalau nampak saya down, awak ada masa saya menangis sebab grade saya jatuh, awak hulur tangan masa saya takut saya dah tak mampu nak carry on. Awak buat banyak benda untuk saya, tapi apa yang saya buat untuk awak? Saya tak tau!


M, 
Awak tak tau pun saya ada blog, dan saya pun tak mahu awak tau ia wujud. Sebab saya malu, sebab saya ego. Sebab saya tak mau awak tahu saya malu nak minta maaf dengan awak depan depan. Sebab saya tak mau awak tau apa yang saya cakap. Sebab saya harap saya boleh start balik dengan attitude yang lebih baik. Sebab saya nak jadi kawan yang lebih baik dari apa yang saya harap saya boleh jadi. Dan saya tak mahu awak tahu saya sedang mencuba. Biar awak cuma nampak saya yang perfect. Saya jahat kan? Untuk yang ini, saya tak mahu toleransi. Please.

M,
Terima kasih sebab selalu ada. InsyaAllah, saya akan jadi lebih baik dari saya yang hari ini. Terima kasih sebab tunjukkan kat saya betapa teruknya attitude saya selama ni. Terima kasih sebab bangunkan saya dari fantasi dan buat saya kembali ke realiti. Jom makan kat Seoul Garden? ^_^

Terima kasih sebab jadi kawan saya, M. :')