Friday, April 1, 2011

Family Day.

mood menaip mencurah curah.


khalis sedang sibuk dengan proposal mini projek cpp. Tapi masih mahu menyempatkan diri mencoret sebaris dua kata di muka blog ini. Kejam kan? Masa tengah sibuklah mahu update blog, main facebook bagai. Tengah lapang lebih suka buat peta dunia baru. Haish. Berubahlah khalis.


Takpe, takpe. Tinggalkan dulu muhasabah diri buat sementara waktu[?]. khalis nak cerita tentang sesuatu.


Loan baru masuk. khalis terus topap, sebab nk call ma. Haritu ma dah mengadu, susahnya nak dengar suara anak kandung sendiri. Padahal masih duduk di Malaysia, kalau dah melangkah dua benua tak tahulah. Ehehe, maaf ma. Dua tiga hari ni, topap payah sungguh. Takpe, ni kak ngah dah topap, kak ngah terus call ma ye?


Rupanya ma nak tanya, bila cuti semester. Sebab Ayah Chik rancang nak buat Hari Keluarga bila semua orang dah boleh balik cuti. Wah, terus khalis jadi energetic! khalis ni memang hantu bergembira. Tengah2 banyak masalah tu, memang suka nak lari lari, tapi bila tak ada masalah selalu pulak mengintai masalah menyorok di ceruk mana. Isk, twisted thought of mind really runs this blood drill. Ayah Chik nk buat family day tu kat Pantai Balok. Kalau tanya khalis, memang la khalis setuju sangat2. Sebab khalis da penah pegi Pantai Balok, sana memang best kalau nak buat family day. Cuma khalis bimbang xsmpat nak book chalet, sbb sana biasanya kalau cuti sekolah memang full. 


Ma tanya, "My dear daughter, do you have any activity in mind to be tucked in the schedule??" [of course la ma tanya dlm malay cuma khalis menggedik gedik pulak nak ber bi bi ni... XD] and wow, ma tanya pasal aktiviti! Ni yang khalis suka ni. Bila lagi khalis nak dapat peluang tuk buli2 pakcik makcik sepuas hati sanubari ni kan?? Hahaha. Dah keluar gelak setan. Ikutkan hati nak jek khalis jalankan program waktu zmn jahiliah dlu yang tergantung tanpa arah tujuan. Hahaha. Tapi, itu sangat kejam oh. khalis tak sampai hati pulak. Haha.


So khalis cadangkan kat ma, apa kata kalau buat game kejar2? Bukan kejar kejar macam zaman kanak-kanak ribena tu ye, oh no no jangan salah faham. Konsepnya masih sama, bezanya, bukan kejar orang, tapi kejar AYAM. Best oh!! khalis dah buat masa kat kolej lama dulu, untuk program koQ fasilitator. Haha. Seronok tengok orang kejar ayam kat tepi pantai. Haa...jangan main main ngan grup khalis. Kitorang kasi lepas sekor ayam jantan pastu suruh budak budak grup tangkap. Tapi kan, kalau kali ni, khalis tukar part kejar ayam tu jadi kejar ayam belanda jantan, agak agaknya apa akan jadi?? ~~jadi ayam belanda pulak yang kejar kami kot? Hahaha! Best oh!! 




[tgh cuba bayangkan pakcik makcik sume lari lari kejar ayam ini. Oh! XD ]


Anyhow, ma tanya cuti sekolah nanti sempat x balik? Sebab rancangan asalnya memang nak buat masa cuti sekolah. khalis ok aje, sebab kata RW Emerson,


"..Happiness is a perfume which you cannot pour on someone without getting some on yourself.."


Jadi, sebab khalis pun ingin gembira, apa salahnya korbankan sedikit waktu cuti itu untuk bergembira bersama orang lain. 


nota kaki~~mahu sudahkan kira-kira cpp, ;))

kadang-kadang, khalis rasa macam nak bawak jek lappy masuk bathroom.

mood~~Letih. Merewang dekat mp, bawa pinggang yang tengah sakit.

Balik pada tajuk.

Kenapa mesti bathroom?

Oh, itu cuma simbolik. Any sole time i have to spare. Sendiri. Masa itulah, otak khalis sangat laju berfikir. Tentang apa yang patut khalis buat, peringatan peringatan tentang hala tuju hidup khalis, apa yang khalis patut ubah, bagaimana khalis nak berubah. Semua itu, dan banyak lagi. Tapi, bila khalis dah bertapa depan lappy, sume benda yang khalis fikir tu dah hilang. Hilang ke mana? Tolong la kembali. Khalis mahu menaip lagi. T.T

Dua tiga hari ni kan, banyak benda yang khalis fikirkan. Rasa macam banyak sangat benda yang tak tertanggung di tulang bahu khalis ini. Allah, tolonglah. Rasanya khalis belum cukup ampuh untuk dugaan yang berat ini. Tapi kalau sudah Dia sendiri yang ingin begitu, dimana hak khalis untuk mengatakan tidak, kan? Orang sudah ingin menggantung harap di bahu kecil ini, takkan masih mahu menolak kecai semua harapan itu?

Dan lagi, khalis rasa, hati sendiri sudah semakin parah. Semakin ingin menyemai dendam, bila sering dinasihat supaya jangan. Dendam itu racun yang mematikan hati, memutuskan silah. Tapi mengapa yang racun itu juga yang mahu khalis telan? Kerana maniskah racun itu? Entah, hati masih belum mahu membentang jawapan.

Mahu~~supaya hati berhenti menelan racun manis itu.

nota kaki~~Mood masih terumbang ambing. Rasanya post ini agak keliru dan keliru.

Friday, March 11, 2011

.Hujan.

Bandar Vendor, Alor Gajah.

Sedang hujan. :)

khalis sangat suka hujan. Ada satu perasaan tenang yang timbul tiap kali rintik hujan jatuh membasahi bumi. Ada satu riak keamanan saat memerhati senario alam ini. Kalau di rumah, tiap kali hari hujan khalis akan duduk di beranda sambil membaca novel [tak kisah la novel ape pon, novel cinta satu bonus...ehehe]. Lagi best kalau disulami dengan cicipan susu panas. Sangat menenangkan.


Hujan | menulis sambil ditemani susu suam waktu hujan pun seronok juga kan?? :)


Kadang-kadang, waktu hujan adalah waktu paling baik untuk khalis berfikir. Perasaan tenang yang dibawa hujan seakan mengaktifkan kembali neuron2 minda khalis yang masih tidur. [oh, tidur pun enak juga waktu hujan kan? :)]

"Hujan datang membawa rahmat," 

Ini apa yang ma khalis selalu cakap. khalis dh faham. Ini antara rahmat hujan.

Anda suka hujan?

nota kaki~~sedang berperang dengan programming. Melarikan tumpuan untuk seketika, programming hampir menang ;))

Tuesday, February 22, 2011

airmata bukan penyelesaian.

Rasa sangat susah. khalis nak menangis boleh?

Kenapa nak menangis khalis?

Tak tau. Hidup macam sangat menduga sekarang ini.

Kalau menangis, selesaikah semua?

err...

Kalau menangis, masalah semua akan larikah?

...

Bukan air mata saja yang boleh baiki luka hati, khalis.

Lalu katakan apa lagi yang mampu khalis buat sekarang??!

Tidur la khalis, hati juga ingin rehat. Jangan fikirkan lagi.

Tapi. Macam tak mampu jek nak lalui semua ni sekarang. Macam nak undurkan balik semua masa yang dah lepas. Tapi khalis tak mampu, nak fikirkan pasal tu pun khalis rasa cukup melampau.

Terus?

Ah?

Kalau tahu melampau, kenapa mesti khalis fikirkan jugak?

...sebab khalis belum cukup kuat utk semua ni.

Friday, February 11, 2011

Maaf dan maaf. ;))

Dah seminggu khalis balik Micet, hari ni baru khalis menulis kat sini. Maaf. Sangat. Bukan sebab sibuk, tapi sebab otak tepu dan khalis letih. Letih kenapa? Entah. Dalam seminggu ni rasa letih yang bukan main lagi. Sampai banyak waktu khalis terbuang dengan tido. Ish, kenapa dengan khalis ni?

But in some ways, khalis rasa macam dah beranjak ke arah lebih baik. Bukan dengan tido tau! ~~sila jangan salah faham ;P Bagaimana dan apa, biarlah khalis jek yang tau. Orang terdekat khalis juga mungkin perasan tanpa perlu khalis bersuara.

Ok, mari berhikayat kenapa khalis asyik bertangguh tangguh nak buat entry baru. Masa khalis smpai Micet haritu, jam dah pukul 12 lebihlebih...dh masuk hari baru dh pun. Khalis sangat lapar, sebab seharian memang tak makan apa, cuma roti yang ma khalis beli sebelum naik bas tu jek. So, smpai jek kat Micet, khalis terus menyinggah bilik atas, tumpang makan..wawawawa...tak malu betul la si khalis ni...orang bilik atas dengan rumet2nya pulak baik hati, diorang la yang jemput khalis makan sekali...bahagia betul perasaan bila dapat makan masa tengah lapar...hahaha..jadi disebabkan bila dah kenyang tu buat mata mengantuk, terus khalis lupa nak buat entry pasal ketibaan khalis kat Micet ni..

Then malam esoknya tu, khalis balik dari kelas dengan mood kurang berseri....ade la satu dua tiga hal yang buat khalis jadi macam asam boi..huhuk...jadi niat nak post entry baru pun terbantut lagi...takpe khalis, esok masih ada..jom berusaha!!

Hari Selasa, khalis lepak kat cafe dengan member2 sambil makan2. Tiba tiba berjanji pulak dengan diorang nak main badminton malam tu. Takpela, walaupun esok ade kuiz CPP khalis rasa khalis perlukannya. Peluh. Haha..rasanya balik umah 4 hari bersamaan naik sepuluh kilo. Dah balik umah asyik makan jek mane tak naiknya...hailoh....jadi bersemangatla khalis malam tu melibas bulu tangkis...walaupun sebenarnya tak terer mana sebab dh lame tak main..haha..ayat nak tunjuk hebat jek khalis ni..padahal selama ni mana pernah terer pun main badminton...
Dan disebabkan esoknya ada kuiz dengan Mr Law kesayangan ~~ouh tetibe gedik...haha..XD , balik dr main badminton terus mandi bukak nota cpp sbb nk study..erk, study ke? Tak jugak...khalis blogwalk dulu...eheheh...tapi lepas tu, khalis terus lupa hajat nak buat entry..weweee ;)

Malam esoknya, yakni malam rabu, khalis dah siapsiap depan laptop tulis entry baru...dengan penuh semangat waja ni menulis sebab dah lama tak masukkan entry baru. Dah siap, post. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sekali internet connection failed! khalis try bukak balik dh xdapat. Oh dang! Terbantut lagi niat nak buat entry...:'((

Khamis malam, err..semalam...hehehe...khalis pergi forum; "Bila baju melayu bertemu baju kurung". MasyaAllah, banyak betul input yang khalis dapat dari Ustazah Asma' dengan Ustaz Hanuar. Kalau tak ada aral, nanti khalis buat entry baru pasal forum ni...kalau khalis masih ingat la sume point..hehehe...yang pentingnya pasal forum ni, hah...mestila sebab forum ni berkisarkan CINTA...khalis kan suka cinta cintun macam kartun ni...hahaha...tapi point nye disini ialah...semalam khalis dah nak post pasal forum ni sebenarnya, tapi masa balik tu, tangan khalis sakit sangat....effect main badminton haritu kot...abes sume urat urat dengan otot otot terkejut....lengan pun macam dh bengkak sikit...jadi khalis; just get some rest...esok baru tulis entry k?

Maka jadi la hari ini baru khalis dapat buat entry baru....ni pun sebab kelas tutorial fluid mechs dh anjak ke pukul 3 ptg...klu x sekarang ni mesti tengah berperang dengan  surface tension n capillary effect kat dalam kelas..hahaha...

Ok la, khalis nk study math pulak ni. Petang ni ada test. Doakan ye? :))

nota kaki~~takut dengan rate of changes ngan increment and approximation...khalis tak terer sume tuh...ouh takut takut takut.... =S

nota kaki lagi~~entry tanpa gambar. khalis nak kejar masa ni, nak pergi study kat lib..tata!!

Wednesday, February 2, 2011

Rumah :))

Assalamualaikum :))

.2hb.

khalis. Balik. HARI NI.

Wah wah wah!!!

Tak sabar nye khalis tunggu akhirnya sampai jugak hari ni. Terasa sangat cepat waktu mengalir.

Tiba-tiba.

Hari tu sape ntah macam nak menangis nangis xle cuti lme2 =P

Haih.

Goodbye Melaka.

How good you are, I know.

But you'll never know how much I love Terengganu.

nota kaki~~naik bas nanti nak topap tdo, hari ni seharian xtdo buat report...

Tuesday, February 1, 2011

Flip Flops? Or shOeS?? Pray for you, dear.

Assalamualaikum ;))

Blog in mungkin jadi blog luahan debat satu hari nanti. Haha..acah jek acah jek. Takde maknenya khalis nak jadikan blog ni blog debat. Ini blog personal, yang semacam diari, yang khalis punya untuk berceloteh bagai walaupun takde orang nak amik tau. ~~Thanks for always there for me, dear blog usang.. ;'))

Hari ni, khalis nak ajak kamu berdebat. ~~Eheh, bajet dah pandai debat la kunun si khalis ni, nak ajak blog debat2 pulak...hahaha...Tak la bukan sebab tu, sebab khalis xpuas aty dengan tajuk debat hari ni..haha..boleh macam tu ye khalis? Boleh...khalis benarkan. Moahaha ;D

...Flip flops are better than shoes to be used to university classes.

gov stands, opposition oppose.

Sadly, khalis kena jadi pihak pembangkang. Kenapa sadly? Sebab personally, khalis lebih suka pakai kasut nak pegi kelas. Comfy, dan buat khalis rasa lebih konfiden. khalis pegi kelas debat pakai kasut tau! Kelas lecture ngan tutorial yang siang2 tu lagi la..kalau tak kasut itam tu, mesti khalis pakai kasut getah tu. Btw, kasut getah itam bintang bintang tu *perlukahbintangbintangnisume* dah jadi bestfriend sekarang. Sebab musim ujan, jalan abis basahbasah lecaklecak. Kalau khalis pakai kasut itam kain tu mesti basah jek balik nanti, ei tak suke la kaki basah..tak selesa. So kasut bintang bintang tu la penyelamat kaki khalis buat masa sekarang..heheh ;))

point kamu?? khalis sedia mendengar. ~~acewah dah macam kaunselor pulak khalis ni ;P

Tadi sebelum khalis keluar, mimi datang nak mintak tolong sikit. Sambil sambil lepak tu, mimi tiba-tiba tanya khalis,

Mimi: khalis ada kawan kat Egypt kan?

khalis: Ek? Kenapa?

Mimi: Ada baca berita x?

khalis: (geleng geleng) Kenapa mie?

Mimi: Yang pasal rusuhan kat Egypt tu, khalis tau x?

khalis: (masih muka blurr) Rusuhan ape ni?

Mimi: Penduduk Mesir sekarang ni tengah merusuh. Mimi dengar dengar, pasal ada konflik dalaman antara pemerintah dengan rakyat.

khalis: (dah berubah airmuka) Abis tu?

Mimi: Kat Facebook pun ade cerita menda ni. *Oh cik Mimi, khalis da deact Facebook... -_-"

khalis: ...

Mimi: Rasanya separuh dari student Malaysia kat Egypt dah balik. Separuh lagi LOST CONTACT.

Allah, khalis taknak dengar kenyataan tu. khalis harap khalis salah dengar. Sangat harap.

khalis: (terangkat dari duduk) Ape mie??

Mimi: Separuh budak Malaysia yang tak sempat balik lost contact. Internet, fon kat sana sume kena sekat. Airport pun dah tutup.

khalis: (terkedu, sungguh sungguh terkedu)

Fyda: Kak Mimi dah la, Kak khalis dah muka lain tu...(muka bimbang)

khalis: (diam tak bersuara LANGSUNG)

Tiqz: Habis tu macam mana?

Mimi: Budak2 yang study kat Egypt yang sempat balik tu tengah minta usaha nak bawa balik budak2 yang lain. Agak teruk la jugak rusuhan ni. Ada budak yang kena r**e, r**p*k...

khalis: Dah dah la tu...tak nak dengar...(dengan mata berair, terus tutup muka)

...tolong jangan tengok khalis macam ni. Please. Dan sume senyap. But then dorang sambung lagi cakap sampai khalis tak sanggup nak dengar. Allah, kawan khalis. Jangan la jadi apa-apa kat dia. Tolong. Sampai kitorang keluar, sampai ke malam, sampai khalis habis kelas debat, menda tu tak lari dari fikiran khalis, melekat macam kena gam cap gajah kat cerebellum ni.

Bila kelas debat dah habis, khalis amik fon call Jannah kat UMT. Mintak no fon kawan khalis yang kat Egypt tuh. First call, failed. khalis dah makin cuak. Allah, jangan la jadi apa-apa kat dia. Cuba lagi khalis. 2nd call, ada dial tone. And bila dia pick up phone, khalis dah like, "ZIRAAA!!!" and we chat and chat and chat dengan airmata bertakung. Sungguh lega yang teramat dapat dengar suara dia dalam keadaan sihat walafiat tak bersentuh luka apepun. Kalau ade lebamlebam khalis tak tau la dia takde cerita pun..heheh...Ya Allah, terima kasih sebab jaga dia. Sungguh khalis syukur yang teramat. Semoga sahabat khalis itu terus dalam lindunganMu, Ya Allah.

Biarlah khalis korbankan beberapa ringgit kredit itupun asalkan khalis tahu dia selamat. Biarlah khalis kena topap sampai kering duit dalam akaun pun khalis sanggup asalkan khalis dapat tau dia okey. Biarlah...hah ape lagi khalis dah xtau nak biar ape lagi..haha :D

Kami tiga, yang tiga itu selamanya takkan berubah jadi dua..TAKKAN. Tapi kami satu, DALAM HATI. InsyaAllah, untuk selamanya.

nota kaki~~habis dotdot kredit, tapi in some ways, khalis rasa lega.. :))

nota kaki lagi~~Maafla malam ni takde gambar, khalis sedang penuh dengan emosi. :'))

I should be working but I am here instead. (=.=")

 Hi, it's me again. In my last post I said to expect my frequent visit, but one can dream. Six years later, here I am. In yet another po...