Antara lelaki Korea dan Melayu.

Infinite: by Google


Assalamualaikum.

Hai pembaca blog yang jarang diupdate ni. Hi silent readers. Ceh, ayat tak boleh nak skema lagi khalis? Bajet retiss.

Lepas makan megi sambil tengok cite Full House ngan adek roommate khalis tadi, khalis jadi terfikir untuk
buat satu entry. Sebabnya, masa tengok cerita tu, ade la satu part sedih ni yang buat si Rain tu menangis. Adek roommate khalis pon terus komen, "Ala, comelnye Rain ni," Eh, menangis pon comel? Xtau la.

Sebab tu orang cakap, kalau hati dah sayang, kentut pon bau bunga ros. Kalau dah suka, buat la ape pun, kutuk la macam mana pon, tetap menarik jugak di hati yang menyukai tu.

Sebab khalis sendiri pon penah cakap, kalau dah suka, buat ape pun dah xkesah lagi. Macam Korea jugak, buat ayat sedu sedan sikit sikit jek, kita yang nak menangis lebih-lebih. Padahal kalau xde subtitles tu, sepatah haram pon tak faham. Tapi, kalau tengok drama Melayu, ada bab bab :: I lebiu tujuh langit I terbang lautan api berjuta juta kilometer pon I berenang sebab nak dapatkan cinta yuu :: mesti dah prepare baldi siap2 nak muntah. Kenapa ha kenapa??? Padahal dia cakap menda yang same.

Sebab kalau dah tak suka, alasan ape pon logika mahupun tidak, hati tetap taknak terima. Kan? Eh tak payah gedik nak geleng kepala, mengaku jek la, kalau tak setuju sila bagitau kenapa :P

Dan sebenarnya, lelaki Korea bukan romantik sangat pon. CUMA, cara mereka jadi romantik tu berbeza dengan cara lelaki Melayu. Ye la, women tend to seek for guys with higher confidence. Dan amatlah jarang sebenarnya untuk jumpa lelaki yang konfiden nak jadikan perempuan tu hak milik dia sepanjang hidup. Banyak yang menipu. Well, ini berlaku dimana-mana. Jangan ingat sebab dalam drama Korea tuh lelaki sume nak stok kaya inesen jek, terus buat conclusion lelaki Korea sume kaya dan inesen. Oh TIDAK SAMA SEKALI. Ye, awak untung kalau dapat pakwe Korea muka jambu kaya inesen dan awak cinta pertama dia but hello, itu sangat fairytale dan tak semua fairytale have a happy ending, kan? Sila la berpijak di bumi nyata wahai perempuan sekalian.

Lagi pun, siapa kata lelaki Melayu tak romantik? Mereka romantik dengan cara tersendiri. Macam cantik; kan orang selalu cakap cantik tu subjektif. Romantik pun sama. Kalau buat surprise birthday party untuk gadis yang dia sayang itu dikira romantik, mungkin ada sesetengah pihak yang akan cakap itu semua membazir dan tak perlu. Bukan senang nak puaskan hati semua orang ni.

Jadi lelaki-lelaki Melayu di luar sana, tak perlu la merasa kurang. Dan tak payah lah nak ubah diri anda jadi macam budak Korea semata-mata sebab nak menambat hati perempuan. Believe me, it won't work. Annoying lagi adela. Sekadar minat xpe la, kitorang pon minat Korea jugak. But to be like them, hell no way! Perempuan Melayu perasan  korea pun buat orang menyampah jugak. Ops, ini bukan pendapat khalis seorang!  ^_^

Stok2 annoying: Group Malaysia perasan Korea

Majorly Chinese, tapi ade sorang Melayu. Cari la.

Anda lagi kool kalau xjadi Korea. Terima Kasih

P/S: Look, saya bukan anti orang yang minat Korea tapi tolong la, trying to look like them doesn't make you them. Haven't you ever heard do not ever sacrifice what you love for what you like? Lagipun, you look better if you put no fake faces on. Be yourself. Jangan glamour sebab gosip dan publisiti sangat boleh? Nanti jatuh tersungkur, sakit tahu?




Nota kaki~~Penat la menceceh. Eh awak. Bon nuit. :)

Comments

Popular posts from this blog

Tears.

.SAYA SAYANG AWAK.

Kawan. Sahabat. Memori :)