Wednesday, June 15, 2011

ceritera lewat malam.

Situasi~Bergelap. Ahli rumah dah ramai yang tido. :)


Assalamualaikum :))


Hai hai. Lama betul khalis xmenjenguk kat sini. Maafla, kekangan waktu dan kerja yang xpernah sudah. Siapa kata jadi suri rumahtangga tu mudah? 24 jam pun macam tak cukup. Bangun pagi kena hantar adik pegi sekolah, kalau nasib baik dapat la smbung tdo balik sejam dua..kalau x kena pegi buat sarapan, kemas rumah, basuh kain. Tengahari, amik adik balik, masak untuk tengahari, sapu rumah lagi..hah, rumah kalau ada anak kecil ni, sapu lima enam kali pun tetap sepah jugak. Dah ada budak kecik yang tolong kerjakan tiap kali kita kemas tu? Adeh laa..

Malam ni, khalis tiba tiba rasa rajin nak buat entry baru. Sume gara gara online FB nk tanya Zira pasal persiapan pergi oversea. Adik khalis yang no 3, Fitri (Abang in family) nak pergi Yaman 23hb ni..dah xlama, minggu depan dah pun. Message punya message ngan Zira, dengan Ma sekali dah kuar tanya apa apa yang agak penting. Dengan telekung solatnya tak tanggal lagi, terus aje Ma melepak dengan khalis n Abang. Haha :D

Dah tengah tengah melepak tu, macam macam la keluar. Cerita baru cerita lama..kisah kisah zaman tak matured semua keluar. Yang tak tahan, bila Ma cerita, masa kecil dulu  kitorang selalu gaduh pasal benda benda kecik, nak pilih saluran tv pun smpai gaduh gaduh, sorokkan rmote, pastu kalau tak menang jugak, terus tutup tv, biar sama sama tak dapat tengok. Pastu Ma cerita pasal persembahan masa khalis tadika. Ade ke patut Abang kata khalis nyanyi lagu hitam manis?? Punya la hebat khalis bagi goyang Amelina ngan lagu Asyik Asyik tu..hahaha :D macam macam la zaman budak budak tu. ^.^

Pastu Ma cakap la, Ateh (Adik khalis yg ke4) pun masa tadika dulu pernah masuk pertandingan nasyid. Tengah tengah bernasyid tu boleh pulak dia angkat tangan lambai kat kitorang yang tengah tunggu kat bawah stage. Pastu apa lagi, dia turun aje stage terus kena cubit dengan cikgu dia. Adoi laa…Ateh, Ateh…

Dah habis bab kenangan…masuk pulak bab bagi semangat. Haha..yang ni tak tahan. Tengah tengah keseriusan melanda, Ma boleh pulak nyanyi lagu ni,


“Jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan,
   Jika kau fikirkan kemenangan kau hampiri kejayaan..”


…adeh la Ma..sempat lagi bukak pentas AF malam malam macam ni..hahaha :D tapi faham la Ma nak bagi semangat kat Abang.

Abang, Kak Ngah harap doa yang Ma selalu senandungkan dalam solat tu menjadi pembakar semangat selama berjihad di negeri orang. Jaga diri baik baik..jangan cari musuh…cari link banyak banyak..nanti balik tolong baiki perangai kakakmu sedang bengkang bengkok lagi ni ;)

..oh, tolong carikan jodoh yang baik baik juga. Hahaha :D

Ok la, khalis nak tido dulu la. Nanti ada masa ada cerita lagi, khalis update. Till then, ciao!!





Nota kaki~~mengantuk. Tapi masih nak berhikayat dengan Ma n Abang. ;)



Minho | Recent craze :)

Nota kaki lagi~~Eh, nah Minho. Baru donlod tadi. Ok la dr tade gmbar langsung ^,^

Friday, June 3, 2011

Maksu, U made my day. Thank you :)

Situasi~~hampir patah bahu menangani masalah membungkus hadiah

Assalamualaikum :(

Nampak tak icon tu macam sedih jek? Sebab khalis tengah letih mental dan fizikal. Serius sakit kepala sepanjang hari. Pagi tadi [err, dh nak masuk tengahari sebenarnye ;) ] pegi bandar Kuantan pasal nak beli hadiah untuk sukaneka family day 2 hari lagi. Masuk Cowboy....beli beli barang...eh, tak cukup. Kena cari kat lain ni..pastu cari jalan nak pegi Mydin. Yang kelakarnya, nak pegi Mydin tu sesat dulu, padahal Mydin dengan Cowboy bukan jauh sangat. Isy, malu laa...duduk Pahang pun tatau Mydin kat mana..[statement untuk sepupu khalis yang anak jati Pahang tapi langsung tak layak sebenarnye. Ape daa...Mydin pun tatau kat mne...buat malu je duk Pahang. Ahahaha :D ]

Pastu, kat Mydin terpaksa pulak terkocoh-kocoh cari barang sebab dah masuk Zohor pun belum abes beli barang lagi. Time nak balik, hah, ni yang khalis tak tahan. Maksu tanya, jalan mana nak kuar, khalis kata, masuk la jalan yang kita datang tadi. Maksu cakap eh tak, kat belakang ni ada shortcut. Pastu lawan la kat dalam kete adela dalam 5 minit, pastu kasi jek la Maksu menang. Tak sampai hati...selagi tak menang tak balik la kitorang nampak gayanya. Ok, shortcut ye Maksu; Pusing pusing pusing dan pusing kat situ sampai letih tangan pusing stereng baru jumpa jalan kuar balik. Aduh...hangus Zohor. Hahaha..Maksu Maksu.

Pastu lah kan..siap dengan alasannya: bukan ape, Maksu kesian kat wan...sebab tu la nak main pusing pusing, bawak wan jalan jalan dulu...ye la Maksu.....

Balik letih letih tak sempat tukar baju terus balut hadiah semua. Ah, letih jugak nak buat sukaneka ni rupanya. Tapi berharga betul setiap waktu yang berlalu dengan keringat tercurah atas pengalaman baru :')




Oh satu hal lagi. Lappy khalis buat hal lagi. Taktau la kenapa. Masa on tu, dia tulis nvdlr missing ke ape tah. Ni mesti kne virus. Uhuhu sedih betul..esok esok mesti nak kena hantar masuk ospital lagi. Oh duit pulak! :'( Ini baru penderaan mental namanya.





Nota kaki~~sakit kepala lagi. Padahal khalis tade migrain.

Wednesday, June 1, 2011

Perlu ke nak bagi tau satu dunia??

mood~~ terkejut.

Assalamualaikum :(

khalis sangat kecewa. Kecewa dengan sikap anak remaja zaman sekarang yang tak malu segan langsung untuk tebarkan aib mereka pada satu dunia. khalis akui khalis pun xsempurna. khalis pun masih banyak kekurangan yang perlu dilengkapkan, masih nipis iman yang perlu ditebalkan. Tapi khalis tak bodoh untuk bangkit dan beritahu satu dunia betapa bodohnya khalis untuk berani membuka aib sendiri.

Jumpa satu link dalam facebook. Tapi khalis tak ingin nak bagi link tu. khalis kesian bagi pihak dia, pihak ibu ayah dia. Bayangkan kalau anak kalian, berani membuka pekung di dada sendiri, bongkar cerita pada seluruh dunia, tentang betapa dia bangga dia sudah tak punya dara, padahal umur masih muda. Malu khalis.

khalis jadi tertanya tanya, apa makna harga diri bagi dia? Apa maksud dia dengan "walaupun dia takde dara, dia masih ada harga diri"? Hanya kerana dia berani mengaku dia tak ada dara, maka dia dapat harga diri yang hilang tu kembali? MasyaAllah, murahnya nilai harga diri seorang perempuan di mata anak muda zaman sekarang. Sungguh khalis rasa sedih, juga rasa takut. Teringat akan tanda tanda kecil kiamat yang pernah khalis baca dulu, norma hidup manusia akan kembali ke zaman jahiliah dulu. Inalilllah.

khalis juga jadi kesian pada lelaki yang menjadi kekasih hati dia. Kenapa terlalu menurut kata hati? Kenapa dikejar nikmat dunia yang hanya menghulur bahagia yang sementara? Cetek benar pemikiran, sampai yang diketahui dosa itu juga yang ingin mereka kejar-kejarkan. Tak nampakkah, akan ada airmata yang mengalir suatu waktu di masa hadapan? Kalau bukan dari tubir mata insan yang membuat noda, mesti dari mata yang pernah menangis waktu kali pertama mereka melihat dunia. Tak kesiankah pada mereka?

Sungguh khalis terkilan, kalau ini generasi gemilang dari tanah air yang selama ini khalis bangga-banggakan. :(

kepada mereka, khalis ingin titip doa supaya hati mereka dilembutkan dan mereka sempat berubah. Masih panjang jalan hidup yang harus ditempuh. Hidup bukan semata mata berpacaran dan berbagi segalanya, ia lebih dari itu.

Pinjam kata kata Noor Suraya dalam 'Surat Ungu Untuk Nuha'; hidup adalah satu perjalanan waktu.


Nota kaki~~bukan marah, cuma ingin mengingatkan. Yang terlencong dari landasan bersuluh cahaya itukan bangsa kita juga?

Nota kaki~~khalis dalam mood merancang acara. Tak ada tenaga nak berpanjang panjang hikayat.

Thursday, May 26, 2011

Happy Birthday!!

Situasi~~mengemas dengan perasaan teruja

Assalamualaikum :))

Walah!!! Dah setahun usia blog khalis ni.

Happy Birthday!!

Tak sangka, dah lama khalis mula berblogging. Rasa macam baru semalam khalis sign up blogspot ni. Banyak cerita yang khalis kongsi dalam blog ni. Ada suka, ada airmata, ada rasa terkilan, macam nak cari gaduh pun ada! Haha. Tapi khalis rasa, yang negatif tu tak sebanyak yang positif. Kan? ;)

Semoga...

- Mulai sekarang. khalis tak banyak merapu pasal benda pelik2 lagi..kalau ada tu, hmm...azam tak menjadi la kot? Ehehe

- Mulai sekarang, khalis mungkin tak terlalu tumpukan pada blog sangat, kalau ade tu, ade la.. [Ecess..macam la selama ni selalu bukak blog]

...itu ajelah kot? khalis tak rasa banyak yang khalis nak harapkan, sebab khalis dah bahagia dengan sekarang. Ok la, esok khalis nak pegi melawat Kak Long. Sejak Kak Long kawen dan dah duduk rumah baru ni, khalis belum pernah lagi pegi rumah Kak Long. Esok nak pergi pulak. Ha, sebenarnya khalis ada satu lagi sebab untuk rasa excited; lusa khalis nak pergi kolam air panas kat Besut!! Boleh jumpa Jamilah..Ehehe...

Ok la, khalis nak tolong ma kemas barang. Sebelum berundur,

..good bloggie. Ehehe.


nota kaki~~masih excited. Tapi nanti kena balik cepat untuk program Hari Keluarga pulak. Ish. :'(

Monday, May 23, 2011

Entri tanpa motif. ;)

Mood~~sedang bahagia

Assalamualaikum :))

Tengah tunggu Abah balik. Lama jugak Abah naik offshore kali ni. Dah dekat 3 minggu..[ke lebih??] Hari ni, Ma masak feveret Abah, orang Terengganu panggil 'paih'. khalis tak tau la orang bandar tau ke tak lauk ni, dia lebih kurang macam otak otak jugak, cuma cara bungkus tu macam orang bungkus kuih lepat, inti dia ikan dengan rempah. Pastu kena kukus, bukan kena panggang macam otak otak tu. Lepas tu, ma suruh khalis buat mi goreng dengan buat sambal tempe ikan bilis. Wuah! Lauk feveret!! Dah lama khalis tak makan...

Hari ni Abah balik, dua tiga pinggan nasik la abes kot. Haha. Sebab Abah salu cakap dalam fon, Abah sekarang dah kurus sebab kat sana kalau nak senduk nasik, kena jenguk jenguk lauk dulu. Dah macam tu, kurus la Abah pasal kalau jenguk lauk, mesti nampak pork aje bergolek golek dalam tray. Memang la ada lauk lain macam ayam, daging, ikan, tapi senduk yang dorang guna untuk cedok lauk tu, senduk sama. dah macam tu, memang tak makan nasik la Abah. Tapi Ma kata, bagus jugak Abah tak makan nasik, sebab Abah cakap, tekanan darah dah turun, padahal Abah tak makan ubat pun. Tengok?

Aish, nampak gayanya khalis pun kena kurangkan makan ni. Mana aci nanti Abah balik kurus, khalis dah macam tong dram. Nanti khalis takde geng la. Haha. ;D

Ah, tak jadi jugak khalis nak biarkan blog ni bersawang. Tak sampai hati la pulak. ;)



Nota kaki~~dah lama tak makan sambal tempe ikan bilis... :')

Thursday, May 19, 2011

Merapu.

Situasi~~Menunggu hari cerah
Mood~~menggedik gedik nak post banyak banyak.

Assalamualaikum J

khalis balik hari ni. Weehhaaaa!!!  Sukenye sukenye. 3 bulan dah xbalik umah. Barang da abes packing. Oh sangat bahagia. Esok pagi pagi naik teksi pegi Alor Gajah terus naik bas straight balik Kemaman. Nak suh ma masak nasik lemak la..rndu nasik lemak ma. Uwuwu. Sedih la duk jauh jauh ni, nak rasa airtangan mak pun susah. Sobs sobs.

Pagi kelmarin, teman Mimi naik bas kat stesen Alor Gajah. Mimi nak pegi KL dulu, harini dari KL terus balik Terengganu. Dah alang alang pegi sane, khalis beli tiket untuk balik terus. Pegi kaunter, mintak tiket AlorGajah-Dungun. Encik kaunter tu pun kata ada. Tengah kuarkan duit tu, khalis pun mintak seat tengah, pastu encik kaunter tu gelak gelak. Ape motif ntah L

Lepas beli tiket, ajak Mimi pegi KFC. Order set a.m Chicken Porridge ngn orange juice. Ish, ape jadah ntah minum orange juice pagi pagi. Sakit perut baru tau. [tapi bantai jugak ;P ] lepas tu, masuk gift shop. Ingat nak beli adiah utk bufday Indah, tapi xde lak yang berkenan. Last last, masuk mart pegi shopping. Haha. Dah lah xde motif shopping. Masuk tinjau tinjau barang kuar..memang xde keje betul…

Boring betul duduk hostel sorang sorang. Dahlah blok sunyi sepi macam baru kena langgar garuda. Takde geng nak ajak berborak. Akhirnya FB la jadi kawan buat sementara. Esok balik, agak agaknya, dua bulan sempat tak blog ni nak bersawang?? Haha…

Till then…te quiero muchos!! Adios!



Nota kaki~~sedang menyimpul bintang..

Wednesday, May 18, 2011

post kembar.

Situasi~~berada dalam bilik yang macam tongkang pecah. [Erk??]

Assalamualaikum  J

Oh sebelum terlupa: Sila abaikan tajuk. Memang takde kena mengena langsung dengan entri. Haha. khalis tengah kemas kemas barang yang tinggal. Balik esok. Yeay!! Tapi…aduh, letih betul la kemas barang. Baju khalis aje dah penuh dua beg. Tu yang kemas semalam. Tak masuk lagi buku buku ngan barang lain. Cemane neh?? Tapi xpe la, barang macam tak banyak pun.

Oh ya,kemas barang semalam ditemani cik Mimi Asnieza Zari. Tapi rasanya lebih kepada diGESA kot. Haha. :D

Tengah tengah kemas barang tu, macam macam la cerita yang diborakkan dengan Mimi. Pasal macam mana menangani stress la, apa yang dia buat kalau terasa macam ditinggalkan sorang sorang la…balas komen kat status fesbuk, padahal duk sebelah sebelah jek. Haha. Takde keje betul la budaktakmatangduaorangni. Tetibe lak terkeluar pasal ni,


khalis: Ish, tak berani la nak buat kalau ma tak bagi, takut…

Mimi: ha’a la…kalau buat jugak mesti jadi apa-apa nanti…


Puncanya?? Cakap pasal tengok wayang. Haha. Ye, ma xkasi khalis masuk panggung wayang. Ah, ma dah xkasi, lepas ni tak boleh la pegi tengok wayang lagi dengan budak2 tuh. Sobs sobs :’(
Anyway, sebenarnya nak cerita pasal menda lain pun. Pasal ni:- kenapa khalis tak berani nak buat sesuatu yang ma tak bagi. Haha. Dah highlight pun.

Do not | I guess it means do it
Dulu, masa kecik kecik, memangla sangat tak mendengar kata. Lagi ma kata jangan, lagi la nak buat. Lagi ma larang, lagi la khalis tak heran. Sampai ma pun da tak tau macam mana nak larang budak degil uh. Last last, ma guna taktik lame orang orang dulu; reverse psychology. Ala, mak mak biasa buat ni. Yang kalau kita panjat pokok, pastu mak marah and kita buat tak heran, mak mesti cakap macam ni;

“Hah, panjat la lagi. Jangan turun turun. Panjat lagi, panjat tinggi lagi,”

Mesti mak korang penah buat kan? Haha.

khalis pulak, kalau ma dah start buat taktik tu, msti slow slow turun pokok. Dah namanya pun suka buat apa yang mak larang kan?? Tapi bila dah smpai bawah, prepare la nak buat larian pecut beratus meter. Sebab mesti ma pun dah prepare dengan sepit ketam yang biso bonar tu.

Tapi kan, bila dah makin besar, dah makin banyak pengalaman bila melanggar arahan ibu, semakin khalis takut nak buat apa yang ma larang. Macam haritu, khalis nak pegi kedai beli kertas wane kalau tak silap, ke nak beli gam ntah khalis pun dah lupa, dh siap amik kunci moto ni, ma pun tanya,

“Angah nak pegi mana dah malam ni?”
“Kedai jap. Nak beli …, lupa nak beli siang tadi. Esok nak guna,”
“Tak payah la. Esok esok aje beli. Tak elok anak dara kuar malam malam ni,”
“Ala ma, esok dh nk guna. Kejap aje, pas beli angah balik,”
“Hah pegi la, kalau tak dengar kata ma nanti jadi apa apa baru tau,”

Terus cancel nak pegi kedai. Sangkut balik kunci motor, cabut tudung sambung tengok tv. Tak berani oh nak pegi bila ma cakap macam tu. Karang jadi sungguh baru tau. Dulu sebenarnya, khalis tak percaya bulat bulat pun pasal tu. Bagi khalis sendiri, khalis cuma anggap tu cuma momokan orang tua kat anak anak dorang. Tapi, lepas tu, ade peristiwa yang buat khalis jadi takut nak buat tak endah dengan apa yang ma larang.


Masa tu, khalis baru 6tahun. Masih lagi dalam tadika. Balik dari tadika, selalunya khalis terus balik rumah, sebab me pesan macam tu. Kalau pegi main umah kawan pun, biasanya lepas dah siap kerja sekolah. Tapi satu hari tu, akibat terpengaruh dengan kawan, khalis habis aje tadika pukul 12tengahari, terus pergi main dekat rumah dia, tak balik rumah. Punyalah ralit main, khalis tak sedar yang hari dah petang. Bayangkan lah, tak balik umah dari tengahari sampai dah nak masuk Maghrib, ibu mana yang tak bimbang? [ye, khalis pun baru faham sekarang macam mana perasaan ma]

Tapi, khalis tak peduli pun masa tu dh maghrib. Masa tu, khalis main kat parit [tapi kitorang dulu panggil longkang besar :D ] tepi jalan. Entah macam mana kaki boleh tergelincir masuk dalam parit tu. Masa tu musim hujan, jadi air memang tengah naik. Masa tu, kalau takde pakcik yang sedare baubaubacang ngan abah kat situ, khalis rasa khalis dah arwah kot. Pakcik tulah yang selamatkan khalis pastu bawak balik umah. Dengan baju sekolahnya basah, buat muka sayu heret basikal balik,ma pun tak sampai hati nak marah. Tapi tak tahulah kalau masa tu ma terkejut+bimbang sangat sampai lupa nak marah. Ehehe. Malam tu ma cakap, “tu la, ma da pesan balik sekolah terus balik rumah jangan pegi mana mana dulu. Kalau nak main jangan smpai pukul 7lebih lebih baru balik rumah, petang petang setan banyak. Lain kali dengar cakap ma,” khalis diam jek. Takmo la kata ape ape dh memang jelas terang dan nyata memang khalis pun yang salah..

Lepas tu, khalis dah tak berani nak kuar smpai maghrib lagi. Tapi xlame la, bila dh besar sikit, berani la buat balik. Haha. Tapi still lagi khalis tak berani nak langgar ape yang ma larang.

Ibu ni, ade kuasa tau? Kita jek yang tak nampak. ;))



Nota kaki~~jeles dengan Mimi. Tapi xpe, esok awk pulak yg jeles ng saya. Hahaha

Nota kaki lagi~~suka pulak ingat kenangan masa kecik. Dahlah sekarang ni cuaca asek mendung jek. Down memory lane sungguh J

I should be working but I am here instead. (=.=")

 Hi, it's me again. In my last post I said to expect my frequent visit, but one can dream. Six years later, here I am. In yet another po...