Kenapa saya berblogging??

Tadi masa tengah iron baju kurung nak pakai buat pegi kelas esok, khalis tiba-tiba terfikir, kenapa khalis berblogging? Ni semua gara-gara budak bilik khalis la ni, tiba2 jek sebut pasal tajuk entri baru untuk blog dia. Haih. Benda ni buat khalis terfikir, asbab2 nya khalis melahirkan blog ni. Acewah, melahirkan tu. Ahaha :))

Kenapa ya?

Dari tadi khalis fikir, ni mungkin antara sebab2 orang berblogging:


1. Mengikut trend


Trend | It's a threat



Ok. Misalkan, kawan rapat kita ada blog. Hari-hari dia asyik cerita, hari ni blog entri dia pasal itu, ini..pastu dia cerita lagi, ramai orang komen blog dia. Hmm..agak-agak kalau dengar benda yang sama hari-hari, tak terpengaruh ke? ;))



2. Meluahkan perasaan

Feel | I'm feeling blue

Kalaulah semua orang ada hak untuk suarakan pendapat mereka pada sesiapa pun, mungkin blog ini bukan satu virus. Tapi, bukan semua orang boleh dengar apa yang kita rasa, tak semua orang boleh terima pendapat orang lain. Lagi-lagi kalau orang yang nak ditegur tu lebih tua, lebih tinggi pangkatnya. Maka lahirlah isi hati cuma atas diari elektronik ni. Diari kah? Hmm..boleh jadi satu sebab jugak tu...:)) Di sini, dalam dunia blog, semua orang pun boleh marah, suka, gembira, nak menangis...semua boleh. Cuma tak nampak jek. Dan semua orang pun boleh cakap apa saja yang mereka rasa tentang entri tu. Nak komen, setuju, kritik...terserah. Sebab dalam dunia maya, hak bersuara itu ada pada semua. Terpulang pada blogger itu pula utk menilai komen2 yang dia terima.

3. Bercerita


tell a story | i'll listen



Semua orang ada cerita mereka sendiri. Ada cerita yang menjadi rahsia, ada cerita yang mahu dikongsi. Tapi, macam mana utk mencari orang yang sudi mendengar? Macam khalis, kadang-kadang bila sesuatu berlaku pada diri khalis sendiri, khalis nak cepat-cepat telefon mak ngan besties khalis, nak bagitau apa yang berlaku, sebab khalis suka kalau mereka up to date dengan storyline hidup khalis. Tapi kadang-kadang, mak khalis tak angkat fon, kawan khalis tak balas mesej. Mungkin sibuk, mungkin tak perasan. Jadi tak tau  nak ceritakan pada siapa. So, I turn to blog. Semua yang nak cerita, curah aje pada blog. Macam blog ini, khalis suka sangat sebab ada si comel ickle n Lardee tu. (^.^)

4. Berkongsi

Sharing | It is caring


"Tips Memikat melalui Tarikh Lahir", "Tanda-tanda Si Dia mula Curang", "Mengelakkan Stress"..dan macam-macam lagi. Pernah dengar tak? Pernah lihat tak kat mana2? Khalis selalu jumpa..haha :)) Manusia ni penuh rahsia. Jadi, semua orang nak berkongsi macam mana nak baca rahsia2 tu sume. Tak kisah la ape pun. Even resepi pun orang boleh jumpa melalui blog. Contohnya, blog ini. Jadi blog ni medium yang paling senang jugak untuk berkongsi macam2 dengan sume orang

5. Berniaga

Ada orang bukak blogshop. Macam ada sorang kawan khalis ni, dia bukak blog untuk jual shawl, baju dan macam-macam lagi. Kalau nak jenguk2 blog dia, klik sini. Ade jugak blog yang khalis jumpa jual kue raya.Umm...comel comel jek sume..haha..ops khalis dah excited tengok prkataan comel..ehe..sorry2..



Pendek kata, sume orang buka blog, ada sebab tersendiri...tak kisahlah apa pun sebabnya, yang pasti mesti kita nak orang tau semua yang kita tulis kan?

Kenapa KHALIS berblogging?

Ehe..yang ni...jap khalis nak kitar semula sebab khalis buka blog. Umm...rasa-rasanya, khalis berblog sebab,

...khalis suka baca blog orang. Ada la 1 blog ni yang khalis suka sangat baca, sebab kelakar. Based on that, khalis tiba-tiba jek terfikir, "Nak buat blog jugak la, pasal boleh cerita macam-macam macam dia ni,". Dari itulah asalnya khalis buat blog. Baru-baru ni, khalis deact FB account khalis. So, lagi la kuat reason utk berblogging, pasal masa utk berfacebook dah xde. Heheh...kita blogging blogging pulak. No more facebook-ing.

Anda pula macam mana?

nota kaki~~nak makan bubur panas, sape nak join? ^^,

Bubur panas | Best masa hujan ",


~~gambar ihsan dr google. tiada kaitan dgn khalis. ;))

Comments

Popular posts from this blog

Tears.

.SAYA SAYANG AWAK.

Kawan. Sahabat. Memori :)