Rindu.
Situasi~~berusaha menyiapkan case file. T.T
Assalamualaikum :’)
Mood ikon semacam terharu kan? Sebab ada dua jalinan perasaan sedang membelit hati sekarang ini.
Semalam, 23 Jun 2011. Takkan khalis lupa. Takkan.
Perasaan yang sedang membelit hati khalis sekarang;
Satu: Terharu.
Sebab 23 Jun adalah tarikh hari yang istimewa dalam hubungan persahabatan khalis dengan kawan baik khalis. Dan khalis sangat rindukan mereka hari ini. Dan khalis sangat terharu bila rakan baik khalis yang jarang online sempat mencuri kesempatan untuk online jugak walau sekejap untuk wish sempena hari semalam. :’) Sahabat, harap bukan hari itu sahaja kita mendoakan untuk satu sama lain J
Dua: Sedih.
Sebab semalam juga adalah hari adik khalis berangkat ke Yaman untuk further study. Dan khalis ponteng training debat semata mata sebab nak hantar dia depart kat KLIA. Tapi sedih, khalis xsempat tgok dia depart. Sebab khalis kena balik sebelum flight dia sbb takut xsmpat dgn tiket untuk balik ke Alor Gajah. Flight dia sepatutnya pukul 5, tapi masa khalis sampai kat airport, Abah bagitau flight dia delay sampai pukul 730malam. Then khalis have no choice la. Terpaksa la balik jugak sebab nnti nak stay mana. But at least khalis tak terkilan sebab sempat jumpa dia sebelum dia fly. Nanti dah 6 tahun xdpt jumpa. Yang khalis terkilan cuma, khalis tak sempat berikan apa apa sebagai kenang kenangan untuk dia. Sakit bila ingat kembali T.T Belum jauh pun KLIA transit gerak, khalis nampak kapal terbang kat awan biru. Terus terasa pipi khalis basah. khalis dah rindu dia. Masa Mahi tanya, “Will u miss him?” dengan angkuh dan gahnya khalis jawab, “Nope. Maybe a lil’ but neva bother. Ala, selama ni pun bukan selalu jugak jumpa. Kalau khalis balik cuti sem, dia tak balik dr hostel. Kalau dia balik umah, khalis pulak kena balik kolej.” Nah sekarang, telan la kata kata sombong tu khalis. Adik tak jejak pun lagi tanah Arab, airmata awak dah berderai derai dulu. Nasib baik Mahi tido, kalau x double malu ~.~ Masa nak say goodbye kat abang sebab nak balik dulu, tak sanggup nak kata goodbye sambil pandang dia. Takut mengalir airmata depan dia. Aiceh konon tough, mengada lebih khalis ni. Malu la dekat kawan dia, kalau kawan dia xde xpe. ~~Eh macam tu pulak.
Lepas ni, dah xde dah yang akan ketuk pntu bilik khalis tiap2 pagi kejut solat subuh. Lepas ni, dah xde dah yang akan pujuk khalis supaya tak marah marah dengan adik adik yang nakal nakal. Lepas ni, dah xde dah yang akan kacau minta suap tiap kali khalis tengah makan. Lepas ni, dah xde dah yang akan buat muka sengih tiap kali khalis marah dia. Lepas ni, dah xde dah yang akan belikan eskrem untuk khalis tiap kali dia pegi kedai. Lepas ni dah xde dah yang akan buat manja manja dengan khalis semata mata nak main chess game dalam laptop khalis.
Dan khalis akan rindukan semua ni dalam masa 6 tahun dari sekarang.
Dalam masa sehari, khalis rasa dua kali ganda rindu. Sakit merindu, betul betul mendera perasaan. (-_-“)
Nota kaki~~semoga dia selamat sampai ke tanah orang dengan aman dan selamat. Dan semoga dia berjaya dalam apa yang dikerjakan, selalu, selalu, selalu dan sampai selamanya.
Nota kaki lagi~~tak mampu menyambung. Basah dengan airmata.
Serius kakngah dah mula rindu abang. Harap sangat 6 tahun berlalu dengan cepat. Abang, kalau kakngah kawen nanti abang tade macam mana?? Sedih bila fikir. Lagi sedih bila fikir, kalau nanti abang balik kakngah dah kawen, kita dh xde can nk jd mcm dlu. Mcm apa yang kakngah tulis kat ats tu. Tiba tiba rasa nak marah dengan diri sendiri sebab bagi abang pegi Yaman. T.T kakngah nak jugak kalau kakngah kawen nanti, abang tengok dulu perangai bakal abg ipar abang tu mcm mne. Abang kan anak lelaki sulung. Abang, balik Malaysia semula la, boleh? Tak payah la belajar kat Yaman. Ustaz kan ramai kat sini…T.T
Comments
Post a Comment
kata kata orang comel