-_______-"

Situasi~~baru habis debate training

Assalamualaikum J

khalis rasa takut tiba tiba. Takut tak dapat jalankan amanah yang diberikan ni dengan baik. Takut dengan jangkaan jangkaan yang khalis mungkin akan kecewakan orang yang bergantung harap pada khalis. Takut tak dapat berikan komitmen yang terbaik. Takut khalis kecewakan diri sendiri. Dan, takut pada bayang bayang sendiri.

Tapi, walau apa pun rintangan yang akan datang selepas ni, khalis akan lawan. Walau betapa keras pun badai yang menghempas diri ini, khalis tetap akan bertahan. Sebab ini amanah yang dipertanggungjawabkan atas bahu kecil khalis, dan amanah harus khalis laksanakan.

 Mahu sangat jadi seteguh karang, tapi tetap hati ini serapuh arang.

Tapi tak mengapalah. Setiap ujian itu kan menjadikan kita lebih baik, khalis? Dan kita juga mampu jadi lebih matang dari sekarang.

InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan.

Dan semoga Dia sentiasa menunjukkan jalan.

InsyaAllah


BUSYness | is it going o be this way?


Nota kaki~~sedang berusaha menahan kantuk. Masih ada dua case file sedang menunggu untuk disiapkan T_T

Comments

Popular posts from this blog

Tears.

.SAYA SAYANG AWAK.

Kawan. Sahabat. Memori :)