Hari yang bahagia :D
Situasi~~menghadap report Mass, assignment Safety, mini project Thermo, tutor Mass..ok stop di situ. -_-“
Assalamualaikum J
Motif hari ni bukan nak cerita pasal lab report mini project assignment ke tutor kejadah tu sume. Tidak. Tapi mahu cerita tentang apa yang berlaku semalam. Serius buat khalis sangat happy! J
Semalam, khalis pergi kelas Proffesional Communication yang start pukul 9. Belajar menulis surat secara pro. Ecece. Proses pembelajaran nak jadi engineer yg entrepreneur la kirenya ni. ;) Balik dari kelas Proff Comm tu, khalis dengan member2 singgah library pasal nak siapkan tutor Mass Transfer. Sebab pukul 12 kitorang ade kelas tutor. Masa sampai library, member2 siap2 buku nota lecture soalan tutorial sume, khalis siap2 dengan phone ngan headphone. Haha. Memang jenis kena bukak lagu kalau dah bukak note la kan? :P Baru aje nak bukak menu,
-1 Missed Call ~Ma Sayang~
Eh, ma kol? Cepat2 return call ma. Ma jarang call kalau xde hal penting. khalis dah terfikir-fikir kenapa ma tibe2 call. Tak lama, ma angkat.
“Ma tadi kenapa call?”
“Angah kat mana?”
“Kat library, tengah buat kerja sikit..”
“Ni Ma nak tanya, Along ada call Angah x?”
“Xde la pulak. Kenapa ma?”
“(Nada excited) Ma nak bagitau ni, Angah dah naik pangkat.”
“(Blur) Uh? Naik pangkat ape?”
“Jadi Cik Ngah.”
“Ye la, takkan ma nak tipu pulak. J”
“Ya Allah, sukanya sukanya!!! Tak sabar nak tunggu baby kuar…Uwuwuwu :’)”
…Dan dialog dialog seterusnya yang buat khalis keliling blok office lecturer sebelah library tu sebanyak dua round :D
Kak Long khalis dah selamat jadi isteri orang bulan Mac hari tu. Sejak hari itu, memang menunggu nunggu berita gembira. Ye la, ni anak sedare khalis yang sulung, memang jelaslah sangat bahagia!! Lepas kol ma, Kak Long khalis pulak call. Baru balik dari klinik. Dari nada Kak Long pon khalis boleh dengar yang dia sangat happy. Sempat jugak la khalis usik Abang Long khalis yang dah papa-soon-to-be tu. Haha :D Dari pihak keluarga mertua Kak Long pulak, ni cucu menantu sulung. Memang lagi caring la mertua Kak Long nanti.. J tumpang bahagia bagi pihak Kak Long.
Dan ye, disebabkan berita ni, seharian khalis senyum tak berhenti. Tak sabar nya nak balik raya!!!!!!
Ok khalis, kerja banyak lagi yang tertangguh. Jangan nak berangan kuih raya sangat. -_-“
Nota kaki~~letih la nak habiskan 77pg report safety ni. Sesiapa boleh tolong habiskan? :’(
Comments
Post a Comment
kata kata orang comel