Raya masa kecik dulu ^_^

Situasi~~khalis baru selesai mengemas. Lepas subuh nanti bertolak balik Terengganu. Yeay!! Bye bye Melaka.


...ish, seminggu aje pon T^T

.Belajar la bersyukur khalis. Azira yang jauh kat Mesir tu tak balik raya tahun ni tau?! Ok. Faham. Hati, jangan nak mengada. :P

Assalamualaikum :)

Panjang pulak mukadimah khalis. Aiseh, sungguh la happy nak balik rumah ni. Seminggu terakhir kat kolej ni dah terasa rasa diri macam zombie. Ape tak nye, jasad kat kelas, otak kat rumah, telinga dah dengar lagu raya, mata ternampak-nampak jek family dengan pelita. Takde maknenye dah duk kat kolej. Nasib baik sempat selamat jadi manusia lagi dengan assignment dan lab report yang melambak lambak. Memang dah trend la kan, minggu sebelum balik rasa memang minggu bermesra mesraan dengan assignment. Haih. Nasib baik dah lepas semua. ^_^


Dah beranjak dewasa ni, [ecece] erti raya tu sendiri dah makin pudar. Yela, kalau dulu, zaman khalis kanak-kanak ribena dulu, malam raya msti banyak aktiviti dan plan dengan sepupu2. Memang malam raya tu adalah waktu yang paling ditunggu-tunggu la kiranya. Semua ahli keluarga pakat kumpul kat rumah nenek, riuhkan rumah dia masa malam raya tu. Antara aktiviti2 faveret mase kecik-kecik dulu;


1. Momen membakar sate.

Ok, ini part yang paling khalis ingat dan paling khalis suka. Kenapa? Sebab sate adalah juadah faveret khalis time raya2. :D Malam raye aje msti dah tercongok kat luar dapur tunggu abah dengan pak pak sedara bakar sate ramai2, pastu pakat bedal dengan sepupu2. Sate 2ratus cucuk pon kire boleh hangus malam raya jek. Pastu esok sume kena catu makan sate, pasal mase org tgh bakar dah sibuk nak bedal sate banyak2. Haha :D khalis ingat lagi ada satu gambar mase khalis sekolah rendah dulu, sume pakat pakai baju tidur, sate dua cucuk wajib ada kat tangan. Entah kat mana lah gambar tu sekarang :D

2. Bunga api dan mercun

Yang ini menipu la kalau ade yang xpernah experience. khalis kalau bab mercun ni, serah dekat abang sepupu. Memang dia tau mane nak cari. Dari zaman bujang sampai la zaman dah jadi bapak orang ni, dia la kepalanya kalau datang bab mercun dan bunga api. Tapi khalis ape kisah? Join sekali aje la! Bukan selalu main bunga api ni. Memang la tak raya pun ade jual, tapi feeling tak sama dengan masa raya. khalis ingat lagi masa kecik2 dulu khalis penah main bunga api yang percik2 dia tu macam bintang. khalis dengan kakak panggil bunga api tu, 'bunga api besi'. Sebab pemegang dia besi. Tapi dah lama khalis tak tengok bunga api tu, pasal bahaya, besi kan lambat sejuk. Kitorang dulu kalau main bunga api tu msti prepare main tepi lopak air. Pas main terus campak dalam lopak, xdela yang melecur kalau terkena. Hehe :) Mercun pulak, khalis main yang biasa2 jek, yang ekstrem2 tu serah pada adik. Haha. Kejam betul, tak patut jadi kakak :P selalunya yang khalis main time raye2 kan;



Mercun Roket

khalis suka pasang mercun ni pastu tunggu dia naik meletup kat udara. Ada satu lagi yang macam ni, tapi yang itu adik khalis cakap nme dia mercun Keluang. Yang tu, mase tengah berdesup naik tu dia berbunyi, yang ni silent jek, smpai kat atas baru dengar bunyi meletup.


Mercun Colok
Yang ini pulak, khalis tak tau la nama betul dia apa, tapi kitorang panggil mercun colok, sebab dia macam mancis dan cara nak ignite dia pun macam nak ignite mancis. Yes, kat Terengganu, mancis tu colok. Eceh, dah jadi sesi belajar bahasa Terengganu la pulak. Haha :D


Mercun Gasing
Mercun gasing ni, mula mula tu khalis takut. Sebab adik khalis cakap, dia kejar orang. Yang khalis pulak bodoh bodoh alang la percaya. Padahal mane pulak mercun ni dapat mata nak kejar kejar orang kan? Tapi mercun ni once dah ignite, lawa! Serius..



Ni la rupa mercun gasing kalau dah ignite, then dia akan berpusing pusing dengan pantasnya. Satu nasihat khalis, kalau main mercun ni, duk tempat tinggi tau, sebab dia 'liar'. Haha :D

Mercun Telur Naga
Mercun telur naga ataupun taik naga bak kata adik khalis adalah mercun yang menyeronokkan!! Haha..serius xbosan main. Sebab mercun ni macam machine gun. Sebiji tu banyak das meletup. Adik khalis kalau main mercun ni, dia akan baling pakai lastik, so that dia meletup kat udara. Serius lawa! Macam tengok fireworks.

Mercun papan
Mercun ni, paling khalis tak takut. Muahaha :D ayat nak berlagak jek kan? Tapi betul. Ni macam mercun yang chinese selalu pasang masa New Year, cuma dalam versi lebih kecil dan bunyi dia pon xberapa nak kuat sangat. 

Mercun ketupat
khalis pon tak pasti kenapa budak budak ni panggil mercun ni mercun ketupat. Sebab rupa dia dekat nak sama kot. Nampak aje kecik ye tuan tuan dan puan puan, bunyinye masyaAllah. Satu kampung boleh dengar kot? Kuat gile! Mercun ni faveret adik dengan sepupu khalis. 

Mercun Bola
Ini satu lagi mercun yang boleh menggetarkan gegendang telinga kalau berada dalam jarak yang dekat. Serius kuat!

Dua mercun terakhir adalah tidak disyorkan demi keselamatan pengguna. Pesanan ikhlas dari khalis Inc. heheh ;)

Oh ya, last but not least,


Mercun Bawang
Ok, nama dia macam tu sebab dia serupa dengan bawang putih. :P khalis suka main mercun ni, sebab dia langsung tak bahaya. Haha :D dan sebab dia comel. Ntah kat mana comel pon tak tau, tapi tetap nak kata mercun ni comel.



3. Projek duit raya

Projek duit raya ni, ada dua level. Satu malam raya, satu lagi pada hari raya.
  i. Malam raya
    Time malam raya, abah akan panggil sume anak2 yang dah besar sikit, yakni Kak Long, khalis, Abang n Ateh [yang pada waktu itu berumur dalam lingkungan 8-15 tahun] nak suruh tolong dia masukkan duit raya dalam sampul. Memang tak merungut langsung, walaupun mase tu tengah syok tengok tv ataupun tengah buat aktiviti yang berpekdah mahupun tak Sebab nampak duit banyak depan mata terus jadi energetic. Haha :D Kecik kecik dah mata duitan. :P

 ii. Hari Raya.
    Maka dengan ini, dengan penuh bangganya khalis isytiharkan bahawa Hari Raya adalah hari dimana semua kanak-kanak hilang perasaan malu, pergi rumah orang bawa hajat yang BESAR. Hahahaha :D Serius. khalis dulu, pergi rumah orang nak raya kan, minum air jek, pastu tunggu duit. Betul ni. Tapi tu dulu la, zaman2 tak matang. Hahahaha :D



Cerita pasal kuih raya, khalis ni hantu popia simpul yang kecik2 tuh. Pernah sekali khalis pergi raya rumah orang, pastu habiskan popia tu sebalang tanpa sedar. Sedar2 dah habis pun bila khalis kais kais kat dalam balang dah kosong. Oh mase tu malunya tak tau mana nak letak muka!! Tuan rumah gelak gelak cakap, "takpe, kat dapur ade lagi," pastu bagi duit raya. Ala, dah tak nak raya umah makcik da tahun depan..malu -.-"

Nak cerita pasal raya, sampai tahun depan pon tak habis. Haha.

Selamat Hari Raya semua. :)




Nota kaki~~Ah, hari ni 27 Ramadhan. Malam 7 Likur. Nanti sampai rumah nak pasang pelita banyak2 la. :)) 

Comments

Popular posts from this blog

Tears.

.SAYA SAYANG AWAK.

Kawan. Sahabat. Memori :)