daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 18, 2014

Kawan. Sahabat. Memori :)

Assalamualaikum.

Kembali bersua. Hahaha~~ Apahal gaya baca berita dah ni. Ok? *clear throat* Hai. Lama kan xbuat post baru? Lama sangat. *self conscious* Blog dah nak cecah usia empat tahun, tapi update post ada lah setahun tiga, empat kali. Ni kalau blog ni ada nyawa, dah lama mati kebulur. Nampak tak pemalasnya tu? Haaa...memang tak tergambar dengan kata-kata -_-" I don't know. Tak tahu nak mengarut apa dalam blog. Dalam dunia realiti, sang penaip ni boleh tahan jugak banyak mulutnya dengan orang-orang terdekat. Tapi tak tahu kenapa tiap-tiap kali nak datang menaip kat blog rasa macam nak tulis benda-benda serius aje. Sebab dah insaf banyak sangat tulis menda mengarut sebelum ni? Kan setiap manusia tu akan dipertanggungjawabkan atas setiap keputusan dan perbuatan dia? Waima seketul ayat pun yang ditaip kat blog. Apa lagi yang diperbuat depan orang. Banyak sangat buat dosa ni. *insaf*

Datang hari ni sebab nak mengarut lagi. Mohon ampunkan.

Situasi: Kawan.

Haha. Itu watak sebenarnya. Tapi situasinya berkait lah. Paham kan? Kalau xpaham pun mohon anggukkan aje. Nama pun nak mengarut kan, normal lah kalau orang tak paham tu.

Jadi, kenapa dengan kawan?

Banyak orang rasa kawan-kawan tu perkara biasa terjadi dalam hidup. The one yang kita consider close gila-gila, kenal kita luar dalam itu lah yang luar biasa, yang selalu orang nobatkan sahabat. Macam-macam lah. Sahabat sehidup semati lah, sahabat dunia akhirat lah, sahabat miskin kaya lah. Macam-macam. Memang, x adalah nak nafikan memang sahabat itu harusnya macam tu. Tapi, yang namanya sahabat tu asalnya siapa? Bagaimana dia jadi sahabat? Tentulah dasarnya dia pun sekadar kawan bukan? Jadi, disini datangnya cerita dan situasi, yang jadi puncanya kenapa ada post baru ni *giggles*

Tahun 2010, UniKL MICET menjemput khalis bernaung dibawah kembangan sayapnya, memberi peluang khalis belajar lebih jauh dalam bidang teknologi. Alhamdulillah, khalis tak membuat pilihan salah. Sebab disini, khalis menjadi lebih kenal dengan kawan-kawan baru, yang sebahagiannya dah pun dinaikkan pangkat sebagai sahabat se air mata. Mulanya sebagai kenalan, jadi rakan sekelas, jadi teman sebilik, akhirnya berkongsi rahsia, dan menjadi sahabat. Cantik susunan yang Allah SWT tentukan tu.

Jujur khalis cakap, khalis bukan jenis senang berkawan. Seperti yang dikatakan dalam post sebelum ni, khalis boleh dikategorikan sebagai anti sosial - yang sekarang dah semakin sosial *istighfar* - dan selalu di cop sombong oleh sesetengah orang. Tak apa, kadang khalis rasa lebih selesa dilabel begitu. Sebab sekarang, banyak benda yang khalis buat, kadang difikir balik dan buat khalis rasa kecewa dengan diri sendiri. Rasa macam, "I did this and that wrong," "This won't happen if..", "I shouldn't have done that.." dan sebagainya lagi. Ok stop pasal tu. Bukan topik mainstream. Lain kali kita cerita tentang muhasabah, ok? :)

Sebab khalis seperti diatas, khalis kurang bergaul dengan kenalan-kenalan sekelas. Cuma seorang dua yang memang dah dibuat kawan dari pertama kali jumpa. Dan yang seorang dua itu lah yang kekal jadi sahabat sehingga sekarang - tahun 2014 - ni. Tapi, pokok ceritanya hari ni, tentang kawan-kawan sekelas yang dah hari-hari dipandang dari tahun pertama dulu. Tentang si tujuh belas orang itu.

Memang kelas khalis tak ramai pun. Untuk batch khalis, budak-budak FoodTech ada 17 orang saja. Itupun, masa semester satu dan semester dua, kami terpisah kelas. Masuk semester tiga, baru disatukan yang tujuh belas itu dalam satu kelas yang sama. Terasa juga kekoknya. Haruslah kan, baru nak bertemu muka dan memikirkan ada lagi lima semester nak menghadap muka yang sama, lepas dua semester dihadapkan dengan muka yang berlainan. Memang kekok tu sangat ketara.

Tapi, sebalik semua rasa kekok tu, tersimpan kenakalan masing-masing yang tak ternampak masa semester tiga. Yang cuma ternampak lepas rasa selesa duduk-lepak-sembang sama-sama. Yang memang tak terduga pun kepala otak masing-masing lebih kurang sama level aje masuk angin. Sama-sama tak center. Sama-sama boleh diajak buat gila tanpa soal jawab panjang lebar. Baru terasa seronok sekelas tu. Bila dengan semua orang pun boleh diajak sembang pakai senggol siku aje. Real friendship.

Semua seronok nak dibuat, sampai satu waktu semua orang dah nak LI. Dimana semua orang mula packing barang. Bilamana yang nak ditinggal mula pasang lagu-lagu sendu. Lagu goodbye. Bila ternampak yang nak meninggalkan tengah packing kain baju, mula tarik muka sedih dan nyanyi break-up songs dengan nada sumbang dan tersedu-sedu. Bila yang nak meninggalkan mula beriwayat pesan memesan macam dah tak nak jumpa limabelas tahun. Bila akhirnya hari terpisah tu tiba jugak.

Demi rakan-rakan, yang nak melebarkan sayap ke langit lebih luas dan terbuka, kononnya tak harus tumpahkan walau setitik air mata. Biar mereka tak sayu, kononnya. Senyum je. Ketawa je. Menangis itu jadi kepantangan. Tapi, bila bunyi enjin kereta dah sapa hawa telinga, spontan aje mata dah bertakung. tanpa disuruh, tanpa disengaja. Sebab mahalnya semua perbuatan dan dah jadi rutin untuk ditengok setiap hari.

= = Bangun tiap siang dileter sebab lambat. Malas siapkan assignment dikuliah dengan tazkirah 'rajin + usaha tangga kejayaan'. Makan tengahari jadi medan debat bila tak tahu kedai mana nak disasarkan nafsu perut. Petang buat janji nak berjogging tapi selalunya dimungkirkan dengan tidur. Tinggal lagi malam buat pillow talk dengan random issue = =

Macam mana tak menangis? Dengan semua jadual x rasmi yang dah menjadi rutin? Yang bila kewujudan tu dah jadi semacam kewajiban, bila bangun pagi mesti ditengok dia, dan nak tidur malam harus didengar suara dia? Mohon kekuatan.

But time flies. Everyone grows. And bonds are strengthen by troubles and hardships. And distance only 'll make us love each other more, since we'll be missing each other more. InsyaAllah.

Jadi, kawan-kawan sebenarnya bukan perkara biasa dalam hidup. They are the miracles we don't realize are happening. The one we're unable to see how precious they could be. They are the bright sky we didn't appreciate, and only missed when it rains. They are those small things gathered together, forming a titanic gift that again, we didn't see. They are those things.

So people, appreciate people around you. They might not seem important, but they may have taught us something we didn't realize. Don't miss the water when the well already runs dry. Don't miss the chance to show them they are special, because they are.

Dedicated to these beauties: Yan, Wawa, Sarah, Etiq, Tasya, Chuya, Yaya, Jas, Sha, Farha, Nana, Kak Sue, Diyana, Faz, Nori, Ain, Fizah. Thanks for bearing with me and my annoyingly spoiled attitude. Heart you girlfriends!

No comments:

Post a Comment

kata kata orang comel