Friday, February 11, 2011

Maaf dan maaf. ;))

Dah seminggu khalis balik Micet, hari ni baru khalis menulis kat sini. Maaf. Sangat. Bukan sebab sibuk, tapi sebab otak tepu dan khalis letih. Letih kenapa? Entah. Dalam seminggu ni rasa letih yang bukan main lagi. Sampai banyak waktu khalis terbuang dengan tido. Ish, kenapa dengan khalis ni?

But in some ways, khalis rasa macam dah beranjak ke arah lebih baik. Bukan dengan tido tau! ~~sila jangan salah faham ;P Bagaimana dan apa, biarlah khalis jek yang tau. Orang terdekat khalis juga mungkin perasan tanpa perlu khalis bersuara.

Ok, mari berhikayat kenapa khalis asyik bertangguh tangguh nak buat entry baru. Masa khalis smpai Micet haritu, jam dah pukul 12 lebihlebih...dh masuk hari baru dh pun. Khalis sangat lapar, sebab seharian memang tak makan apa, cuma roti yang ma khalis beli sebelum naik bas tu jek. So, smpai jek kat Micet, khalis terus menyinggah bilik atas, tumpang makan..wawawawa...tak malu betul la si khalis ni...orang bilik atas dengan rumet2nya pulak baik hati, diorang la yang jemput khalis makan sekali...bahagia betul perasaan bila dapat makan masa tengah lapar...hahaha..jadi disebabkan bila dah kenyang tu buat mata mengantuk, terus khalis lupa nak buat entry pasal ketibaan khalis kat Micet ni..

Then malam esoknya tu, khalis balik dari kelas dengan mood kurang berseri....ade la satu dua tiga hal yang buat khalis jadi macam asam boi..huhuk...jadi niat nak post entry baru pun terbantut lagi...takpe khalis, esok masih ada..jom berusaha!!

Hari Selasa, khalis lepak kat cafe dengan member2 sambil makan2. Tiba tiba berjanji pulak dengan diorang nak main badminton malam tu. Takpela, walaupun esok ade kuiz CPP khalis rasa khalis perlukannya. Peluh. Haha..rasanya balik umah 4 hari bersamaan naik sepuluh kilo. Dah balik umah asyik makan jek mane tak naiknya...hailoh....jadi bersemangatla khalis malam tu melibas bulu tangkis...walaupun sebenarnya tak terer mana sebab dh lame tak main..haha..ayat nak tunjuk hebat jek khalis ni..padahal selama ni mana pernah terer pun main badminton...
Dan disebabkan esoknya ada kuiz dengan Mr Law kesayangan ~~ouh tetibe gedik...haha..XD , balik dr main badminton terus mandi bukak nota cpp sbb nk study..erk, study ke? Tak jugak...khalis blogwalk dulu...eheheh...tapi lepas tu, khalis terus lupa hajat nak buat entry..weweee ;)

Malam esoknya, yakni malam rabu, khalis dah siapsiap depan laptop tulis entry baru...dengan penuh semangat waja ni menulis sebab dah lama tak masukkan entry baru. Dah siap, post. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sekali internet connection failed! khalis try bukak balik dh xdapat. Oh dang! Terbantut lagi niat nak buat entry...:'((

Khamis malam, err..semalam...hehehe...khalis pergi forum; "Bila baju melayu bertemu baju kurung". MasyaAllah, banyak betul input yang khalis dapat dari Ustazah Asma' dengan Ustaz Hanuar. Kalau tak ada aral, nanti khalis buat entry baru pasal forum ni...kalau khalis masih ingat la sume point..hehehe...yang pentingnya pasal forum ni, hah...mestila sebab forum ni berkisarkan CINTA...khalis kan suka cinta cintun macam kartun ni...hahaha...tapi point nye disini ialah...semalam khalis dah nak post pasal forum ni sebenarnya, tapi masa balik tu, tangan khalis sakit sangat....effect main badminton haritu kot...abes sume urat urat dengan otot otot terkejut....lengan pun macam dh bengkak sikit...jadi khalis; just get some rest...esok baru tulis entry k?

Maka jadi la hari ini baru khalis dapat buat entry baru....ni pun sebab kelas tutorial fluid mechs dh anjak ke pukul 3 ptg...klu x sekarang ni mesti tengah berperang dengan  surface tension n capillary effect kat dalam kelas..hahaha...

Ok la, khalis nk study math pulak ni. Petang ni ada test. Doakan ye? :))

nota kaki~~takut dengan rate of changes ngan increment and approximation...khalis tak terer sume tuh...ouh takut takut takut.... =S

nota kaki lagi~~entry tanpa gambar. khalis nak kejar masa ni, nak pergi study kat lib..tata!!

Wednesday, February 2, 2011

Rumah :))

Assalamualaikum :))

.2hb.

khalis. Balik. HARI NI.

Wah wah wah!!!

Tak sabar nye khalis tunggu akhirnya sampai jugak hari ni. Terasa sangat cepat waktu mengalir.

Tiba-tiba.

Hari tu sape ntah macam nak menangis nangis xle cuti lme2 =P

Haih.

Goodbye Melaka.

How good you are, I know.

But you'll never know how much I love Terengganu.

nota kaki~~naik bas nanti nak topap tdo, hari ni seharian xtdo buat report...

Tuesday, February 1, 2011

Flip Flops? Or shOeS?? Pray for you, dear.

Assalamualaikum ;))

Blog in mungkin jadi blog luahan debat satu hari nanti. Haha..acah jek acah jek. Takde maknenya khalis nak jadikan blog ni blog debat. Ini blog personal, yang semacam diari, yang khalis punya untuk berceloteh bagai walaupun takde orang nak amik tau. ~~Thanks for always there for me, dear blog usang.. ;'))

Hari ni, khalis nak ajak kamu berdebat. ~~Eheh, bajet dah pandai debat la kunun si khalis ni, nak ajak blog debat2 pulak...hahaha...Tak la bukan sebab tu, sebab khalis xpuas aty dengan tajuk debat hari ni..haha..boleh macam tu ye khalis? Boleh...khalis benarkan. Moahaha ;D

...Flip flops are better than shoes to be used to university classes.

gov stands, opposition oppose.

Sadly, khalis kena jadi pihak pembangkang. Kenapa sadly? Sebab personally, khalis lebih suka pakai kasut nak pegi kelas. Comfy, dan buat khalis rasa lebih konfiden. khalis pegi kelas debat pakai kasut tau! Kelas lecture ngan tutorial yang siang2 tu lagi la..kalau tak kasut itam tu, mesti khalis pakai kasut getah tu. Btw, kasut getah itam bintang bintang tu *perlukahbintangbintangnisume* dah jadi bestfriend sekarang. Sebab musim ujan, jalan abis basahbasah lecaklecak. Kalau khalis pakai kasut itam kain tu mesti basah jek balik nanti, ei tak suke la kaki basah..tak selesa. So kasut bintang bintang tu la penyelamat kaki khalis buat masa sekarang..heheh ;))

point kamu?? khalis sedia mendengar. ~~acewah dah macam kaunselor pulak khalis ni ;P

Tadi sebelum khalis keluar, mimi datang nak mintak tolong sikit. Sambil sambil lepak tu, mimi tiba-tiba tanya khalis,

Mimi: khalis ada kawan kat Egypt kan?

khalis: Ek? Kenapa?

Mimi: Ada baca berita x?

khalis: (geleng geleng) Kenapa mie?

Mimi: Yang pasal rusuhan kat Egypt tu, khalis tau x?

khalis: (masih muka blurr) Rusuhan ape ni?

Mimi: Penduduk Mesir sekarang ni tengah merusuh. Mimi dengar dengar, pasal ada konflik dalaman antara pemerintah dengan rakyat.

khalis: (dah berubah airmuka) Abis tu?

Mimi: Kat Facebook pun ade cerita menda ni. *Oh cik Mimi, khalis da deact Facebook... -_-"

khalis: ...

Mimi: Rasanya separuh dari student Malaysia kat Egypt dah balik. Separuh lagi LOST CONTACT.

Allah, khalis taknak dengar kenyataan tu. khalis harap khalis salah dengar. Sangat harap.

khalis: (terangkat dari duduk) Ape mie??

Mimi: Separuh budak Malaysia yang tak sempat balik lost contact. Internet, fon kat sana sume kena sekat. Airport pun dah tutup.

khalis: (terkedu, sungguh sungguh terkedu)

Fyda: Kak Mimi dah la, Kak khalis dah muka lain tu...(muka bimbang)

khalis: (diam tak bersuara LANGSUNG)

Tiqz: Habis tu macam mana?

Mimi: Budak2 yang study kat Egypt yang sempat balik tu tengah minta usaha nak bawa balik budak2 yang lain. Agak teruk la jugak rusuhan ni. Ada budak yang kena r**e, r**p*k...

khalis: Dah dah la tu...tak nak dengar...(dengan mata berair, terus tutup muka)

...tolong jangan tengok khalis macam ni. Please. Dan sume senyap. But then dorang sambung lagi cakap sampai khalis tak sanggup nak dengar. Allah, kawan khalis. Jangan la jadi apa-apa kat dia. Tolong. Sampai kitorang keluar, sampai ke malam, sampai khalis habis kelas debat, menda tu tak lari dari fikiran khalis, melekat macam kena gam cap gajah kat cerebellum ni.

Bila kelas debat dah habis, khalis amik fon call Jannah kat UMT. Mintak no fon kawan khalis yang kat Egypt tuh. First call, failed. khalis dah makin cuak. Allah, jangan la jadi apa-apa kat dia. Cuba lagi khalis. 2nd call, ada dial tone. And bila dia pick up phone, khalis dah like, "ZIRAAA!!!" and we chat and chat and chat dengan airmata bertakung. Sungguh lega yang teramat dapat dengar suara dia dalam keadaan sihat walafiat tak bersentuh luka apepun. Kalau ade lebamlebam khalis tak tau la dia takde cerita pun..heheh...Ya Allah, terima kasih sebab jaga dia. Sungguh khalis syukur yang teramat. Semoga sahabat khalis itu terus dalam lindunganMu, Ya Allah.

Biarlah khalis korbankan beberapa ringgit kredit itupun asalkan khalis tahu dia selamat. Biarlah khalis kena topap sampai kering duit dalam akaun pun khalis sanggup asalkan khalis dapat tau dia okey. Biarlah...hah ape lagi khalis dah xtau nak biar ape lagi..haha :D

Kami tiga, yang tiga itu selamanya takkan berubah jadi dua..TAKKAN. Tapi kami satu, DALAM HATI. InsyaAllah, untuk selamanya.

nota kaki~~habis dotdot kredit, tapi in some ways, khalis rasa lega.. :))

nota kaki lagi~~Maafla malam ni takde gambar, khalis sedang penuh dengan emosi. :'))

Monday, January 31, 2011

Makan tengahari ;))

Assalamualaikum :))

Tadi masa khalis dengan kawan-kawan balik dari kelas Tech Comm, kitorang pegi ushar makanan dekat cafe admin. Mula-mula khalis ingat nak minum2 jek, tapi mata pulak tertengok nasik goreng ngan kuey teow goreng kat dlm tray. Dahlah khalis ni memang pantang jumpa nasik goreng. Apa lagi, terus capai pinggan. Perut pun dah bergendang gendut tali kecapi ni..heheh  ;))

Maka dengan confidentnya khalis isi pinggan tu dengan nasik goreng, kuey teow goreng sikit.. pastu ++ telur goreng. Enough. Haha...masa nak bayar tu, akak dekat kaunter tu kira-kira,

Akak cafe: Nak air ape, dik?

khalis: Nescafe ais, ye kak.

Akak cafe: Ok, semua sekali RM3.10.

khalis: Ok, kejap ye kak.

khalis pun bukak la beg nak amik purse. Masa tu la khalis teringat, "ohmaigod purse kan tertinggal kat dalam bilik tadi?!" aigoo!! Dah la muka konfiden jek amik nasik tadi, sekali purse tertinggal. Takkan la nak utang dulu kot?? khalis dah menggelabah. Nasib baik la akak tu pegi dapur sebab nak suh buat air khalis tadi. khalis dah bengang dah taktau nak buat apa. Rasa macam nak sorok kepala dalam beg pastu lari balik bilik. Malunye!!

Masa ni la, Azyan aka Yan kawan khalis ni sampai sebab nak bayar dia punya makanan pulak. Dia tengok khalis menggelabah jek, makanya Yan pun tanya la khalis,

Yan : Apesal ni?

khalis: Yan, aku pnye purse trtinggal kat bilik la!

Yan: Hah, biar betul ni?!

khalis: Ha'a...terlupa pulak tadi tertinggal. Aduh, macam mana ni?

Yan: (gelak2 super evil) Hah, pegi letak balik makanan tu! (gelak lagi)

khalis: Ade pulak macam tu?! (sengih kesian) Yan, tolong bayarkan dulu boleh? Nanti kelas lepas ni aku bayar...

Yan: (dan gelak lagi) Yela, yela..akak, kira sekali ye?


Oh, khalis sungguh malu!! *dush dush* Rasa nak hentak2 jek kepala kat dinding cafe. Macam mana la boleh lupa tertinggal purse tadi? Hailoh....malu seminggu dekat Yan. Tapi apepun, Yan adalah penyelamatku!! Hahaha  XD Mujur Yan ada, kalau tak, xtau la ape jadi tadi....entah2 memang betul khalis pegi letak balik nasik tu, pastu balik bilik tidur dengan air mata sebab lapar + malu. Haha :D

Ok la, khalis ade kelas nanti. Bye bye :))

nota kaki~~kunci bilik pun tertinggal, guess la apa yang khalis buat?? ;))

Sunday, January 30, 2011

Kenapa saya berblogging??

Tadi masa tengah iron baju kurung nak pakai buat pegi kelas esok, khalis tiba-tiba terfikir, kenapa khalis berblogging? Ni semua gara-gara budak bilik khalis la ni, tiba2 jek sebut pasal tajuk entri baru untuk blog dia. Haih. Benda ni buat khalis terfikir, asbab2 nya khalis melahirkan blog ni. Acewah, melahirkan tu. Ahaha :))

Kenapa ya?

Dari tadi khalis fikir, ni mungkin antara sebab2 orang berblogging:


1. Mengikut trend


Trend | It's a threat



Ok. Misalkan, kawan rapat kita ada blog. Hari-hari dia asyik cerita, hari ni blog entri dia pasal itu, ini..pastu dia cerita lagi, ramai orang komen blog dia. Hmm..agak-agak kalau dengar benda yang sama hari-hari, tak terpengaruh ke? ;))



2. Meluahkan perasaan

Feel | I'm feeling blue

Kalaulah semua orang ada hak untuk suarakan pendapat mereka pada sesiapa pun, mungkin blog ini bukan satu virus. Tapi, bukan semua orang boleh dengar apa yang kita rasa, tak semua orang boleh terima pendapat orang lain. Lagi-lagi kalau orang yang nak ditegur tu lebih tua, lebih tinggi pangkatnya. Maka lahirlah isi hati cuma atas diari elektronik ni. Diari kah? Hmm..boleh jadi satu sebab jugak tu...:)) Di sini, dalam dunia blog, semua orang pun boleh marah, suka, gembira, nak menangis...semua boleh. Cuma tak nampak jek. Dan semua orang pun boleh cakap apa saja yang mereka rasa tentang entri tu. Nak komen, setuju, kritik...terserah. Sebab dalam dunia maya, hak bersuara itu ada pada semua. Terpulang pada blogger itu pula utk menilai komen2 yang dia terima.

3. Bercerita


tell a story | i'll listen



Semua orang ada cerita mereka sendiri. Ada cerita yang menjadi rahsia, ada cerita yang mahu dikongsi. Tapi, macam mana utk mencari orang yang sudi mendengar? Macam khalis, kadang-kadang bila sesuatu berlaku pada diri khalis sendiri, khalis nak cepat-cepat telefon mak ngan besties khalis, nak bagitau apa yang berlaku, sebab khalis suka kalau mereka up to date dengan storyline hidup khalis. Tapi kadang-kadang, mak khalis tak angkat fon, kawan khalis tak balas mesej. Mungkin sibuk, mungkin tak perasan. Jadi tak tau  nak ceritakan pada siapa. So, I turn to blog. Semua yang nak cerita, curah aje pada blog. Macam blog ini, khalis suka sangat sebab ada si comel ickle n Lardee tu. (^.^)

4. Berkongsi

Sharing | It is caring


"Tips Memikat melalui Tarikh Lahir", "Tanda-tanda Si Dia mula Curang", "Mengelakkan Stress"..dan macam-macam lagi. Pernah dengar tak? Pernah lihat tak kat mana2? Khalis selalu jumpa..haha :)) Manusia ni penuh rahsia. Jadi, semua orang nak berkongsi macam mana nak baca rahsia2 tu sume. Tak kisah la ape pun. Even resepi pun orang boleh jumpa melalui blog. Contohnya, blog ini. Jadi blog ni medium yang paling senang jugak untuk berkongsi macam2 dengan sume orang

5. Berniaga

Ada orang bukak blogshop. Macam ada sorang kawan khalis ni, dia bukak blog untuk jual shawl, baju dan macam-macam lagi. Kalau nak jenguk2 blog dia, klik sini. Ade jugak blog yang khalis jumpa jual kue raya.Umm...comel comel jek sume..haha..ops khalis dah excited tengok prkataan comel..ehe..sorry2..



Pendek kata, sume orang buka blog, ada sebab tersendiri...tak kisahlah apa pun sebabnya, yang pasti mesti kita nak orang tau semua yang kita tulis kan?

Kenapa KHALIS berblogging?

Ehe..yang ni...jap khalis nak kitar semula sebab khalis buka blog. Umm...rasa-rasanya, khalis berblog sebab,

...khalis suka baca blog orang. Ada la 1 blog ni yang khalis suka sangat baca, sebab kelakar. Based on that, khalis tiba-tiba jek terfikir, "Nak buat blog jugak la, pasal boleh cerita macam-macam macam dia ni,". Dari itulah asalnya khalis buat blog. Baru-baru ni, khalis deact FB account khalis. So, lagi la kuat reason utk berblogging, pasal masa utk berfacebook dah xde. Heheh...kita blogging blogging pulak. No more facebook-ing.

Anda pula macam mana?

nota kaki~~nak makan bubur panas, sape nak join? ^^,

Bubur panas | Best masa hujan ",


~~gambar ihsan dr google. tiada kaitan dgn khalis. ;))

.You and I both.

"You And I Both"

Was it you who spoke the words that things would happen but not to me
Oh things are gonna happen naturally
Oh taking your advice I'm looking on the bright side
And balancing the whole thing
But often times those words get tangled up in lines
And the bright lights turn to night
Until the dawn it brings
Another day to sing about the magic that was you and me

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
Others only read of the love, the love that I love.

See I'm all about them words
Over numbers, unencumbered numbered words
Hundreds of pages, pages, pages for words
More words then I had ever heard and I feel so alive

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now,
Oh love, no
You and I, you and I
Not so little you and I anymore, mmm...
And with this silence brings a moral story
More importantly evolving is the glory of a boy

Cause you and I both loved
What you and I spoke of
And others just read of
And if you could see me now
Well I'm almost finally out of
I'm finally out of
Finally deedeedeedee
Well I'm almost finally, finally
Well I'm free, oh, I'm free

And it's okay if you have to go away
Oh just remember the telephone works both ways
And if I never ever hear them ring
If nothing else I'll think the bells inside
Have finally found you someone else and that's okay
Cause I'll remember everything you sang

Cause you and I both loved what you and I spoke of
and others just read of and if you could see me now
well I'm almost finally out of.
I'm finally out of, finally, deedeeededede
well I'm almost finally, finally, out of words.





...like this song, like this song. Ehehe...Dua hari lepas kuar beli barang sikit2 dengan rumet khalis ni. Alang-alang dah kuar, khalis amik keputusan nk beli tiket bas terus, nak balik utk cuti CNY ni. Wah, wah, semangat giler khalis ni kalau part balik umah. Hahaha XD


Bab shopping xleh blah, smpai kesian adik rumet yang kena teman khalis shopping tu. Balik terus tdo, letih sangat la kunun temankan khalis ni shopping. Hek hek ;)) Takdela banyak sangat barang yang khalis beli, cume nak pilih barang tu jek yang lama. 


Pastu, kuar jek dr Tampin Market tuh, terus khalis menonong jek p kedai ujung, nak cari shoujo. Haha..khalis ni antu shoujo tau. Nanti la khalis buat entry pasal shoujo yg khalis ada...tunggu penuh rak dulu..hehehe :))


Pilih punya pilih, maka ini la hasil dari kedai tu,


Shoujo | Penguin Prince, Mengintai Busur Beradu

Shoujo | Motomi Kyousuke

Tapi, sebab mase syok2 pilih shoujo tu ade la terpandang satu lagi buku ni...macam interesting jek...so, lari lagi bajet khalis sebab jumpa buku ni...heheh...

Mutiara kata | Mutiara Cinta

So, secara kesimpulannya, ini la buku2 yang baru khalis beli mase shopping hari tu,

Touching | Shoujo
Ohho..janganla tertanya-tanya siapa si comel yg duk highlight kat tengah2 shoujo khalis tu..ehehe...tu anak adik rumet khalis..nama dia touching..haha..tapi sebab dia comel, khalis amik la dia jadi model utk shoujo2 khalis tu. Tengah2 duk shooting2 tu, si touching ni over expose pulak...nak posing situ, posing sini...so ini lagi shoot utk touching...hahaha

Touching | Anak adik rumet

Si comel | Touching
 ok la, tutor C++ da memanggil-manggil da...nanti ada story lain khalis update lagi. Bye bye ;))

nota kaki~~tak sabar khalis nak balik rumah...weeeeeee :))

Wednesday, January 26, 2011

hari yang bermakna :)

Semalam adalah hari yang sangat bermakna bagi khalis. Sebab dalam hari ini, banyak perkara yang boleh khalis banggakan dah berlaku. Terasa macam dalam mimpi pulak..haha :D
Debate | You are always right


Dua hari lepas, khalis pergi latihan debat buat kali kedua. Dan fortunately, khalis dapat chance untuk jadi pendebat ketiga bagi pihak pembangkang. Wah! Bayangkan jek la perasaan khalis masa tu?! Rasa gementar, takut, teruja sume dah campur-campur. Macam, uish..berat tanggungjawab nih..boleh ke aku buat nih? Tangan dah sejuk macam air batu. Kaki tak payah cakap la, rasa macam dah longgar sume sendi-sendi..tu baru training debat…kalau betul-betul masuk tournament mau ulang alik masuk toilet lima nam blas kali..haha XD

Pastu punya la khalis tumpu prhatian masa pihak lawan brhujah. Dah la Ms N sndiri yg jadi penilai. Makin la khalis berdebar. Lagi-lagi bila tengok dorang sume pandai-pandai berdebat. Khalis ni dah la tak pernah berdebat, tibe-tibe nak debat dengan orang dah pandai debat pulak. For sure la cuak gile kan. Pastu masa speaker ketiga dorang berhujah, khalis punya speaker first pun bisik,

Speaker 1: You look at the way she whip the point, just do the same ok? Just relax and breathe. (smile)
Khalis: Ok. What should I brief?
Speaker 1: Just highlight the clash point, and strengthen our previous point. The one me and the 2nd speaker just talk about.
Khalis: Oh, ok. I will try.
Speaker 1: Don’t worry. You’re going to be fine. (smile again)
Khalis: (not sure smile) Sure. *dalam hati; oh, fine? Yea, right. Jantung dah nak kuar ni….-_-“


Bile speaker opposite side dah wrap up dia punya point, jantung khalis dah mula dap-dup-dap-dup tak henti henti. Kaki rasa macam dh menolak utk brdiri. But bila Ms N dh point kat khalis, khalis tawakal aje la..bismillahirrahmanirrahim.

I started stuttering, but things get better when I saw a few nods after I brief my point. Khalis dah dapat balik confident yang dah lari bercempera tadi. Haha :D Betapa nya khalis ni gila kuasa, bila dah dapat bersuara, pihak lawan angkat tangan nak potong my point pun khalis boleh cakap macam ni, “excuse me, I still have my point,” ntah dari mana dapat idea nak buat ayat macam tu, padahal selama ni xpernah pun belajar etika2 debat ke ape. Learning from observation maybe? Sebab aritu akak debator tu buat macam tu, rasa macam best pulak kalau ikut, kan? Hahaha XD and I end up receiving big claps for a simple first try. Feels better. Really.


Feeling great. Last night after debating, I thought I’m not good enough. I thought I didn’t reach her level of expectation. Bukannya khalis harap pujian, tapi at least a word of gratitude would do. Ingatkan khalis tak cukup bagus dah. But hearing the compliment, khalis dah yakin balik. Bukan sebab Ms N puji khalis, sebab khalis bangga dapat buat dia bangga. Ohhoho…I am happy, really happy.

I guess (and I KNOW :P) banyak lagi yang kena improve. Sangat banyak. Tapi khalis sukakannya. First time rasa diri sendiri sangat hebat. ~~Ahaha :D sangat la bajet disitu. Tapi seriously, sukakannya. Bukan perhatian atau rasa pujian tu, tapi kepuasan lepas kita dapat luahkan apa yang kita fikir tu yang buat kita rasa hebat. Saat tu, tiba-tiba teringat kata-kata Khadijah Hashim dalam Badai Semalam;

“Kita tak hidup atas pujian orang, tak mati atas umpat hina orang,”

…betul ke x tu? Entah la..heheh…tapi lebih kurang sama la tu maksud dia, orang boleh kata apa saja yang mereka mahu, orang boleh  dengar apa saja yang mereka pilih untuk dengar, tapi berapa ramai dari orang-orang itu yang ada di sisi waktu kita susah, berapa ramai dari orang-orang itu yang akan hulur pinggan penuh makanan waktu kita lapar? Jadi, jelas kan? Apa yang ada pada mulut orang itu tak penting, tapi sejauh mana kita mahu percaya bahawa kita tercipta lebih baik itu yang menjadi hal…so kalau boleh, khalis nak lagi peluang macam ni lain kali.

Talent | It's hidden deep inside
First time people recognize me and say, “Hey, you’ve got talent!” and you know what, it’s not easy for people to say that sincerely, and to have succeed in making people have that thought, I consider that a success. And to be able to express my feeling aloud, and impress people with the confidence, I consider that big success! Because khalis was known as a person who talk a lot but seldom express what she felt. I am. Jangan ngade-ngade nak kata, “eleh, ye ke?” or apa apa lagi yang sewaktu dengannya. You don’t know me so don’t judge me. Hohho :D khalis tetibe jadi mengada-ngada.

So, khalis tibe-tibe decide; it’s a regret. That I don’t debate earlier. But I like it now, at least I realize what I’m capable of doing. And of course, it’s all thanks for Ms N for recognizing me. Btw, is it too early to talk about this? I don’t know what others would think, but I consider this as du’a. I want to say this thousands and thousands of time, so I’d always get the spirit to do my very best on everything. And of course, succeed on it. Insha Allah 

Nota kaki~~tengah cuba buka elearning dari tadi, tapi tak dapat-dapat..hailoh…esok nak masuk lab, tapi lab manual tak dapat nak donlod, macam mana nih?!

I should be working but I am here instead. (=.=")

 Hi, it's me again. In my last post I said to expect my frequent visit, but one can dream. Six years later, here I am. In yet another po...