Sunday, May 15, 2011

just a quick post.

Situasi~~currently in lab31A. [Eh, apekah budak ini??]

Assalamualaikum :))

Ye, ye...khalis tau. Duk dalam lab pun sempat lagi la update blog. But what should i do then, internet kat hostel ya Rabbi lajunya.....kalah anak siput baru belajar berlari.

Ok, short and quick update. I'm currently continuing the journey in debate camp ~~wah wah ayat... been here for two days and a half approximately. Such a tiring yet valuable days. And i just finish trying myself taking POI's, that stands for Points Of Information. Ok, xde la great sangat malah quite frustrating sebab macam dh sangat lama tak practice..so i was losing myself. Memang i was like; really hate to be the center of attention but unfortunately it was the most precious moment i enjoy the most. But oftenly end up hating it because i usually ruined it. Eh, but it's a part of learning, kan?? ;P

And and and...i gained myself sweet moments just now [though i screwed up here and there..err..a little bit ;)) ]. What's important in taking POI is that you are confident that you can answer them really quick with  a very good answer, in which you have to make the opponent speechless while being sarcastic. Oh, tu tambah tambah aje nak bagi sedap gaduh. Eheh. But jangan gaduh betul betul, treat debat as if you were arguing with close friend, so you won't end up fighting or hating each other.

But there's one POI i think i can never forget. It was this one,

"Then what do you think about the people who have Islamophobia??"

And i answered with what quickly appeared in my thought,

"They should go get psychological treatment then,"

...and everybody just burst out the laughter.

Well i can't help it. Tetibe jek dia kuar. Asalnya it's just a flick in mind, but came out through the mouth. Oh, khalis argue pasal motion; TH supports the ban of Burqa (face veil). Easy said; Burqa tu purdah. And i was opposing the idea. Seriously, why would they want to banned the wear of Burqa?? If it's for security, i really think it was better if they just banned the selling of bandits. Orang nak merompak pakai bandits kot, bukan pakai purdah. Tak payah la nak salahkan those yang pakai Burqa semata. Oh well, that ends...not quite well. Haha. khalis just say thanks jek, tak summarize pun, sebab jantung dah macam out of rhyme.

Oh well. Itu aje la quick and short post khalis. Haha, short la sangat. Till then. ;))



Nota kaki~~got caught by Ms Hayati while typing this post. Erk??

Nota kaki lagi~~gonna have debate practice soon. Yeay!! Live debate, been craving for it. ;))

Monday, April 25, 2011

Maaf. Banyak banyak. :'(

Rasa tak layak untuk jadi kawan yang baik.

Assalamualaikum. :|

Dah hilang. Dua barang yang paling berharga dan bererti dalam hidup khalis dah hilang. Tak mampu nak cakap banyak2. Sebab tak mampu nak dapat balik dua benda tu. Sungguh sedang rasa sedih yang teramat. Tak tahu macam mana nak terangkan dalam kata kata.

Kepada mereka, sungguh, khalis minta maaf.

Friday, April 22, 2011

Hectic.

Jangan tanya khalis hectic yang semacam apa. Nanti khalis ceritakan.

Assalamualaikum ;)

Dah seminggu, waktu tidur khalis terganggu. Sehari kalau dapat tidur 4 jam pun dah rasa cukup bertuah. Sebab sekarang ni, dah sering sangat khalis tidur pukul 5-6pg, pastu bangun pukul 7-8pg..depends pada waktu kelas khalis. Kenapa? Sebab minggu sebelum study week adalah minggu bercinta dengan kuiz test dan assignment yang melambak lambak. Serius. Hari ni baru selesaikan final report untuk mini project CPP dengan article report review untuk TC. Esok masih menunggu test CPP dengan kuiz n test AOC, bersusun susun. Belum kira lagi assignment yang nak kena hantar isnin akan datang. Even Isnin tu pun khalis masih ada test Math. Haih. Bahagia betul hidup sekarang ni. Tapi xpe, khalis selalu dengar orang sekeliling kata, Allah takkan beri kita ujian yang Dia tahu kita tak mampu nak hadapi, apa yang kita tempuh sebenarnya bersesuaian dengan kemampuan kita menanganinya. Dan khalis juga tahu, kalau Allah kata kita mampu, siapa kita nak kata sebaliknya?

nota kaki~~tadi hujan lagi. Awan dah xlarat tampung muatan lebih agaknya. Agaknya lah. -_-"

Monday, April 18, 2011

susah kan? bila sakit hati ni? tapi indah kan, kalau selalu ada seseorang untuk diluah isi hati?

ma adalah seseorang itu.

sebab kalau tanya ma, mesti ma cakap;
"sebab hati angah sakit, angah tak dekatkan diri sungguh sungguh dengan DIA,"

Assalamualaikum :|

Mood tengah pelik. Marah ada, bengang ada, pening ada, rasa tak tau nak buat apa apa pun ada. Gembira pun ada jugak ni, sebab lappy kesayangan khalis dah sihat, sekejap jek masuk wad, 15 minit pastu da discharge. Ahaha, khalis happy ni. Betul. ;))

Lepas tu, balik ke mood asal. Sedih. Pasal hard disk khalis tiba tiba xdapat bukak partition 1. Dah la dlm tu ada presentation slide untuk Tech Comm. Esok da nak present. Bahagianya khalis bila jadi macam ni. Nasib baik la dapat detect awal2..kalau masa nak present baru check macam mana?? Tak ke naya tu? Satu hal pulak nak kena menjawab dengan ms. Ade takde, sempat ke tak, by hook or by crook memang khalis kena siapkan hari ni jugak. Adoi la.

Dua tiga hari menjelang final exam ni, memang banyak betul benda yang mencabar kesabaran khalis. Tapi dalam cabaran tu semua, baru khalis nampak potensi khalis menangani marah ni. Baru khalis nampak yang Allah sebenarnya selalu ada untuk khalis, sebab tu khalis selalu kena uji. Sebab Dia nak khalis selalu ingat padaNya. Dia nak khalis kuat untuk membenteng cabaran di masa akan datang. Sebab itu.

Bila khalis fikir dalam dalam, terima kasih Allah, Kau anugerahkan hambaMu ini ibu terbaik! Yang selalu mendoakan waktu diri ini kesusahan, yang tak langsung alpa untuk mengingatkan diri ini supaya selalu berada di landasanMu. Yang selalu ada untuk menjaga setiap titis air mata yang jatuh, yang selalu berdiri teguh menjadi tiang sandaran saat diri ini lemah dan ingin terjatuh. Yang selalu menasihati saat diri ini tercari cari sinar, yang selalu  menegur saat diri ini alpa dalam nikmat duniawi. Dan yang selalu berpesan, "carilah redha Allah, insyaAllah redha ma memang selalu ada mengiringi angah." T.T


khalis juga mahu jadi ibu seperti ini.

nota kaki~~sedang kecewa dengan ecitie. hampir tewas dengan pergolakan emosi. ish.

Saturday, April 16, 2011

MALU!!

it was stupid.
i did nothing good but humiliating myself.
i should have realize it sooner.
that i should have just give up.
that i should have not start.
but at least i know i'm good at something;
i'm good at humiliating myself.
great.
sekarang macam mana nak face sume org?
macam dah tanggal jek sume struktur kat muka ni.
bagusla.
buatla lagi lain kali.
takmo dah.
that should never happen again.
ever.

fullstop.

nota kaki~~laptop masih rosak. thnx wawa for lending me this. oh, rasa macam nk bunuh diri. nasib baik masih waras akal.

Thursday, April 14, 2011

Sabarlah hati.

Assalamualaikum :(

Ha nampak tak smiley tu dh berubah wajah?? Sebab khalis tengah berkasih sayang dengan problem sekarang ni. Musim musim tengah bizi dengan banyak kerja ni la macam macam pulak masalah nak datang menempel kan? Serius khalis tengah sakit hati dengan keadaan sekarang.

Sepatutnya hari ni khalis hantar lab report fluid mechanic. khalis kena buat result, discussion dengan conclusion. Sume tu khalis dah siapkan pun, tinggal nak compile pastu print jek. Petang tadi, masa nak kasi kat Bella, khalis nak masukkan menda tu dalam pendrive. Pinjam la fara punya. Melampau la pulak kan kalau nak masukkan menda tu semata mata kat dalam hard disk. Pendrive khalis jangan tanya la, harta khalis yang tertinggal kat umah tu sume dah dipindahmilik jadi adik khalis punya. Ish.

Secara tiba-tiba, lepas jek khalis cucuk pendrive tu dekat port dia, lappy khalis tiba2 mati. Mula mula khalis xde la rasa bimbang sangat sebab memang lappy tu dah selalu mati tiba tiba macam tu. Yang buat khalis cuaknya, bila khalis bukak balik, dia kuar kat skrin hitam tu system file missing or corrupted. Memang pucat terus la kan. Tapi khalis dah buat muka steady jek, tamo la nampak cuak sangat. So khalis tunggu dia sejuk dulu, khalis pegi mandi, siap siap nak pegi kelas, pastu try on balik, dengan harapan kali ni dapat la bukak,

Tapi agaknya, kali ni, Allah memang nak uji khalis kot. Lappy khalis tetap mcam tadi. Dua tiga kali khalis try pun, tetap jadi macam tu jugak. khalis cuba ikhlaskan hati, nak pergi jumpa Cik Yus minta hantar esok. Call Bella bgtau yang xdapat hantar lab report tu hari ni. Bella ckp xpe, tp xlama lps tu dia msej, Nabil suh hntr hari ni jugak. Dan dan jek kat situ jugak khalis terus murung. Mata dah bengkak. Tahan khalis tahan, kat tangga ni nanti malu orang nampak. Tapi, dugaan ni memang mampu buat khalis menangis jugak. Sebab lepas tu Tasya turun tanya; kenapa? khalis memang tak boleh kalau orang tanya masa tengah tengah bersedih, rasa macam; jangan pedulikan saya, nanti saya jadi rapuh sebab selalu bergantug pada orang.

Tasya cakap, Cik Yus understanding. Xpe, nnti lepas kelas kita pegi jumpa dia, tanya boleh ke tak nak hantar esok. khalis cool down sekejap. Tapi serius memang xdapat cncentrate langsung kat dlm kls. Miss Shima terangkan psl tutorial laplace, tapi otak asik fikir series and parallel configuration pumps. Celaru gila fikiran. Dah la laplace transform tu memeningkan. Tawakal jek la kuar soklan lam test nanti.

Lepas kelas, Tasya dengan Yan ajak pergi Lab Com dulu pasal nak settlekan evaluation form. khalis ikut la sekali pasal internet kat hostel gila punya laju smpai nak bukak ecitie pun xdpt. Untung kelas Math habis awl, mmang sempat sangat la kalau nak pergi LabCom. Masuk aje LabCom terus bukak ecitie konon nak settlekan evaluation form tu harini jugak. Satu subjek selesai, submit, bukak satu lagi. Masuk aje yang kedua, internet lembab GILE GILE. Last dia kuar, "Server not found". Erk, apekah?! Punyalah khalis tunggu lame lame sekali server not found?! Memang mcm nk gile khalis td. Tp xpe, khalis sabarkan hati yang menggelegak dengan bisikan syaitan ni dan login lagi sekali. Berjaya! Tapi eh, tetibe pulak kuar Log In Successful yang mana takde satu button or link pun yang boleh ditekan ungtuk proceed ke evaluation form. Ya Allah, ampunkan khalis. Memang khalis kurang akal sihat masa tu, sebab terus jek khalis bgtau Tasya dengan Yan khalis nk pergi jumpa Ms pastu terus tutup komputer. Sakit hati sangat T.T

Jumpa Ms Yus. Tanya pasal report. Ms cakap, "Saya tak boleh tolong. Bukan tak nak tolong. Tapi cuba awak bayangkan kalau awak kat tmpat saya, sepuluh orang student datang ckp; ms, komputer saya rosak, sy nak send esok boleh? Takkan lah semua sekali awak nak bg lepas macam tu aje kan,"
At some point, khalis terima apa yang Ms cuba sampaikan. Tapi bila khalis sendiri sampai sempat tidur 2 jam aje semata mata nak siapkan report hanya utk tahu yang komputer rosak hari ni dan khalis tak sempat print report tu dan tak sempat nak hantar dan akan kena potong markah dengan Ms, bayangkan lah perasaan masa tu. khalis cuma senyum dan cakap kat Ms, xpela kalau mcm tu Ms. Terima kasih.

Hantar mesej kat Yan, "Ms ckp xbleh.". Dan terus tutup fon. khalis tak nak diganggu. Balik menangis alaupun tengah gelak ketawa cakap fon dengan kaklong. Dan bila cakap dengan ma, sempat gelak gelak dengan airmata mencurah curah. Sungguh khalis mengaku tak pernah sesedih ni bila keadaan jadi macam ni. Selalunya khalis masih mampu untuk senyum dan cakap; takpela...dah memang salah aku. Tapi kali ni, khalis memang gagal sungguh dalam mengawal emosi.

Bila khalis on balik fon, ad miskol dari Yan, msej pun. Terima kasih la Yan, sebab concern, dan bagi jalan. khalis kena buat balik report tu pastu hantar sebelum Ms sampai esok.

khalis ada satu habit yang mana bila ada problem, khalis kena cari sesuatu untuk distract perhatian khalis untuk pastikan khalis mampu buat final decision dengan akal sihat. Untuk yang ini, khalis kena berterima kasih kat Tasya sebab minta tolong khalis temankan dia jaga Moogle sementara Mael pergi test. Balik dr Moogle, dh rasa tenang sikit. Tambah tambah lagi bila dapat ubat; Ice Blended Blackcurrant + Vanilla.

khalis tengah usahakan Lab Report ngan draf Cpp. Sekarang ni pun baru sikit aje yang dah siap, sebab otak tengah tepu. Xpela, yang penting siapkan jugak malam ni. Tak payah tido pon xpe.

Nota kaki~~masih lagi sakit hati.

Monday, April 11, 2011

to Wawa. ;)

Assalamualaikum J

Wawa, ni kau punya. Serious in love! Hahaha J


SuJu Donghae & Kyuhyun ft Han Ji Min:

 Happy Bubble

uyeonhage chajeun ne jibap
ne moseup bogopa deullincheokhaetji
haru jongil neoman gidarineun
nan goerowo goerowo goerowo

sarangseureowo neomuna gwiyeowo ana jugopa
bukkeureomayo hwajanggi eomneun eolgul

sangkeumhage naege watjyo
cappuccino geopumboda joha
Happy bubble nawa hamkke
rallallara jeulgeoun nal
Happy happy happy bubble rappappappappa
Happy happy happy bubble pparappappa

soljikhi nan dareun yeojadeul
jiteun hwajangeul hae dodohan nunbit
jinhan eolgul geunyeodeulman bomyeon
nan goerowo goerowo goerowo

dajiwobeoryeo hoksina geokjeongeun geopum sogeuro
sarangseureowo hwajanggi eomneun eolgul

sangkeumhage naege watjyo
cappuccino geopumboda joha
Happy bubble nawa hamkke
rallallara jeulgeoun nal
Happy happy happy bubble rappappappappa
Happy happy happy bubble pparappappa

banjjak banjjagyeo syabang syabanghae
eotteon kkotboda areumdaun neo

sangkeumhage naege watjyo
cappuccino geopumboda joha
Happy bubble nawa hamkke
rallallara jeulgeoun nal
Happy happy happy bubble rappappappappa
Happy happy happy bubble pparappappa pparappappa

Source: Melon
Credits: thelapan+YTzEM



Nota kaki~~malas nak cari translation. Bz bz…hahahaha

I should be working but I am here instead. (=.=")

 Hi, it's me again. In my last post I said to expect my frequent visit, but one can dream. Six years later, here I am. In yet another po...