susah kan? bila sakit hati ni? tapi indah kan, kalau selalu ada seseorang untuk diluah isi hati?

ma adalah seseorang itu.

sebab kalau tanya ma, mesti ma cakap;
"sebab hati angah sakit, angah tak dekatkan diri sungguh sungguh dengan DIA,"

Assalamualaikum :|

Mood tengah pelik. Marah ada, bengang ada, pening ada, rasa tak tau nak buat apa apa pun ada. Gembira pun ada jugak ni, sebab lappy kesayangan khalis dah sihat, sekejap jek masuk wad, 15 minit pastu da discharge. Ahaha, khalis happy ni. Betul. ;))

Lepas tu, balik ke mood asal. Sedih. Pasal hard disk khalis tiba tiba xdapat bukak partition 1. Dah la dlm tu ada presentation slide untuk Tech Comm. Esok da nak present. Bahagianya khalis bila jadi macam ni. Nasib baik la dapat detect awal2..kalau masa nak present baru check macam mana?? Tak ke naya tu? Satu hal pulak nak kena menjawab dengan ms. Ade takde, sempat ke tak, by hook or by crook memang khalis kena siapkan hari ni jugak. Adoi la.

Dua tiga hari menjelang final exam ni, memang banyak betul benda yang mencabar kesabaran khalis. Tapi dalam cabaran tu semua, baru khalis nampak potensi khalis menangani marah ni. Baru khalis nampak yang Allah sebenarnya selalu ada untuk khalis, sebab tu khalis selalu kena uji. Sebab Dia nak khalis selalu ingat padaNya. Dia nak khalis kuat untuk membenteng cabaran di masa akan datang. Sebab itu.

Bila khalis fikir dalam dalam, terima kasih Allah, Kau anugerahkan hambaMu ini ibu terbaik! Yang selalu mendoakan waktu diri ini kesusahan, yang tak langsung alpa untuk mengingatkan diri ini supaya selalu berada di landasanMu. Yang selalu ada untuk menjaga setiap titis air mata yang jatuh, yang selalu berdiri teguh menjadi tiang sandaran saat diri ini lemah dan ingin terjatuh. Yang selalu menasihati saat diri ini tercari cari sinar, yang selalu  menegur saat diri ini alpa dalam nikmat duniawi. Dan yang selalu berpesan, "carilah redha Allah, insyaAllah redha ma memang selalu ada mengiringi angah." T.T


khalis juga mahu jadi ibu seperti ini.

nota kaki~~sedang kecewa dengan ecitie. hampir tewas dengan pergolakan emosi. ish.

Comments

Popular posts from this blog

Tears.

.SAYA SAYANG AWAK.

Kawan. Sahabat. Memori :)