Hectic.

Jangan tanya khalis hectic yang semacam apa. Nanti khalis ceritakan.

Assalamualaikum ;)

Dah seminggu, waktu tidur khalis terganggu. Sehari kalau dapat tidur 4 jam pun dah rasa cukup bertuah. Sebab sekarang ni, dah sering sangat khalis tidur pukul 5-6pg, pastu bangun pukul 7-8pg..depends pada waktu kelas khalis. Kenapa? Sebab minggu sebelum study week adalah minggu bercinta dengan kuiz test dan assignment yang melambak lambak. Serius. Hari ni baru selesaikan final report untuk mini project CPP dengan article report review untuk TC. Esok masih menunggu test CPP dengan kuiz n test AOC, bersusun susun. Belum kira lagi assignment yang nak kena hantar isnin akan datang. Even Isnin tu pun khalis masih ada test Math. Haih. Bahagia betul hidup sekarang ni. Tapi xpe, khalis selalu dengar orang sekeliling kata, Allah takkan beri kita ujian yang Dia tahu kita tak mampu nak hadapi, apa yang kita tempuh sebenarnya bersesuaian dengan kemampuan kita menanganinya. Dan khalis juga tahu, kalau Allah kata kita mampu, siapa kita nak kata sebaliknya?

nota kaki~~tadi hujan lagi. Awan dah xlarat tampung muatan lebih agaknya. Agaknya lah. -_-"

Comments

Popular posts from this blog

Tears.

.SAYA SAYANG AWAK.

Kawan. Sahabat. Memori :)