.Bintang bercerita.

Situasi~~Menunggu lelap :)




Assalamualaikum :)




Maaf. Lama benar khalis tinggalkan blog ini tak bernafas, kan? Bukan tak ada idea, banyak..sangat banyak. Cuma khalis terkadang dibelenggu dek kebuntuan mengekspresikan idea itu dalam bentuk karangan. Kalau ikutkan hati, hari hari khalis mahu curah segalanya dalam blog ni. Tapi, khalis ni sedikit secretive :) jadi tak semua yang berlaku boleh khalis kongsikan di sini.


Oh ya. Punca khalis menaip hari ini. Tadi, mak sedare khalis hantar msej, ckp yg sarung lengan yang khalis order hari tu dah sampai, dia hantarkan kat rumah nenek khalis, jadi amik kat sane aje la. khalis excited~~tak dapat dinafikan lagi. campur tak sabar sebab dua hari lagi dah nak balik Melaka. Jadi khalis text abah, cakap nk balik umah nenek nak amik sarung lengan tu. Mujur abah stuju nk pegi..kalau tak menangis la khalis tak dapat nk pakai sarung lengan baru...haha :D ~~manja gila budak ni lempang baru tau :P


Nak dijadikan ceritanya, masa khalis tgh bersiap sbb da terlambat, khalis terlanggar bekas plastik yang khalis isi dengan lucky star yang khalis buat. Habis tumpah. Bersepah atas lantai bilik. Tapi khalis tinggalkan dulu sebab abah duk hon hon aje dekat luar.


Sepanjang perjalanan pergi umah nenek, khalis asyik diganggu andaian macam macam. Orang tua-tua kata, kalau gelas atau pinggan jatuh dan pecah, alamatnya perkara buruk akan berlaku. Tapi, yang jatuh tadi cuma bekas plastik, dan ia langsung tak pecah. Dari rumah sampai rumah nenek, tak henti henti khalis baca ayat Kursi. Sama jugak masa dalam perjalanan balik. Alhamdulillah, Allah SWT masih sayangkan khalis dan keluarga.


Masuk aje rumah, khalis terus ke bilik, nak kemas bintang yang berterabur tadi. khalis buka pintu, nampak bintang yang bertaburan atas lantai bilik khalis tu macam cantik sangat. Kalau lantai bilik khalis warna biru, mesti khalis sayang nak simpan bintang tu balik. :)


Dan waktu khalis mengutip bintang, khalis jadi terfikir, bintang yang khalis pintal ni, semacam cebisan memori yang khalis pusakakan. Yang khalis khazanahkan jauh dalam sudut hati. Dan khalis jadi terfikir, indahnya hidup yang membikin seribu memori, dan sentiasa mengenangnya tak kira waktu dan ketika :)






‎"Bintang yang disimpan dalam balang, kalau jatuh dan berderai, boleh dikutip balik. Tapi, pasti ada yang hilang dan tak ditemukan. Jadi, ia takkan sama lagi dengan yang sebelumnya. Tapi, bintang baru boleh dicipta lagi, dan mungkin lebih cantik dari bintang yang hilang....

...hati pun sama."


~life is beautiful, when you keep creating memories...and appreciate it :)~








Nota kaki~~menggulung lucky star masa marah amatlah berkesan untuk meredakan marah secara mendadak...bagi khalis. :)

Comments

Popular posts from this blog

Tears.

.SAYA SAYANG AWAK.

Kawan. Sahabat. Memori :)