Thursday, May 19, 2011

Merapu.

Situasi~~Menunggu hari cerah
Mood~~menggedik gedik nak post banyak banyak.

Assalamualaikum J

khalis balik hari ni. Weehhaaaa!!!  Sukenye sukenye. 3 bulan dah xbalik umah. Barang da abes packing. Oh sangat bahagia. Esok pagi pagi naik teksi pegi Alor Gajah terus naik bas straight balik Kemaman. Nak suh ma masak nasik lemak la..rndu nasik lemak ma. Uwuwu. Sedih la duk jauh jauh ni, nak rasa airtangan mak pun susah. Sobs sobs.

Pagi kelmarin, teman Mimi naik bas kat stesen Alor Gajah. Mimi nak pegi KL dulu, harini dari KL terus balik Terengganu. Dah alang alang pegi sane, khalis beli tiket untuk balik terus. Pegi kaunter, mintak tiket AlorGajah-Dungun. Encik kaunter tu pun kata ada. Tengah kuarkan duit tu, khalis pun mintak seat tengah, pastu encik kaunter tu gelak gelak. Ape motif ntah L

Lepas beli tiket, ajak Mimi pegi KFC. Order set a.m Chicken Porridge ngn orange juice. Ish, ape jadah ntah minum orange juice pagi pagi. Sakit perut baru tau. [tapi bantai jugak ;P ] lepas tu, masuk gift shop. Ingat nak beli adiah utk bufday Indah, tapi xde lak yang berkenan. Last last, masuk mart pegi shopping. Haha. Dah lah xde motif shopping. Masuk tinjau tinjau barang kuar..memang xde keje betul…

Boring betul duduk hostel sorang sorang. Dahlah blok sunyi sepi macam baru kena langgar garuda. Takde geng nak ajak berborak. Akhirnya FB la jadi kawan buat sementara. Esok balik, agak agaknya, dua bulan sempat tak blog ni nak bersawang?? Haha…

Till then…te quiero muchos!! Adios!



Nota kaki~~sedang menyimpul bintang..

Wednesday, May 18, 2011

post kembar.

Situasi~~berada dalam bilik yang macam tongkang pecah. [Erk??]

Assalamualaikum  J

Oh sebelum terlupa: Sila abaikan tajuk. Memang takde kena mengena langsung dengan entri. Haha. khalis tengah kemas kemas barang yang tinggal. Balik esok. Yeay!! Tapi…aduh, letih betul la kemas barang. Baju khalis aje dah penuh dua beg. Tu yang kemas semalam. Tak masuk lagi buku buku ngan barang lain. Cemane neh?? Tapi xpe la, barang macam tak banyak pun.

Oh ya,kemas barang semalam ditemani cik Mimi Asnieza Zari. Tapi rasanya lebih kepada diGESA kot. Haha. :D

Tengah tengah kemas barang tu, macam macam la cerita yang diborakkan dengan Mimi. Pasal macam mana menangani stress la, apa yang dia buat kalau terasa macam ditinggalkan sorang sorang la…balas komen kat status fesbuk, padahal duk sebelah sebelah jek. Haha. Takde keje betul la budaktakmatangduaorangni. Tetibe lak terkeluar pasal ni,


khalis: Ish, tak berani la nak buat kalau ma tak bagi, takut…

Mimi: ha’a la…kalau buat jugak mesti jadi apa-apa nanti…


Puncanya?? Cakap pasal tengok wayang. Haha. Ye, ma xkasi khalis masuk panggung wayang. Ah, ma dah xkasi, lepas ni tak boleh la pegi tengok wayang lagi dengan budak2 tuh. Sobs sobs :’(
Anyway, sebenarnya nak cerita pasal menda lain pun. Pasal ni:- kenapa khalis tak berani nak buat sesuatu yang ma tak bagi. Haha. Dah highlight pun.

Do not | I guess it means do it
Dulu, masa kecik kecik, memangla sangat tak mendengar kata. Lagi ma kata jangan, lagi la nak buat. Lagi ma larang, lagi la khalis tak heran. Sampai ma pun da tak tau macam mana nak larang budak degil uh. Last last, ma guna taktik lame orang orang dulu; reverse psychology. Ala, mak mak biasa buat ni. Yang kalau kita panjat pokok, pastu mak marah and kita buat tak heran, mak mesti cakap macam ni;

“Hah, panjat la lagi. Jangan turun turun. Panjat lagi, panjat tinggi lagi,”

Mesti mak korang penah buat kan? Haha.

khalis pulak, kalau ma dah start buat taktik tu, msti slow slow turun pokok. Dah namanya pun suka buat apa yang mak larang kan?? Tapi bila dah smpai bawah, prepare la nak buat larian pecut beratus meter. Sebab mesti ma pun dah prepare dengan sepit ketam yang biso bonar tu.

Tapi kan, bila dah makin besar, dah makin banyak pengalaman bila melanggar arahan ibu, semakin khalis takut nak buat apa yang ma larang. Macam haritu, khalis nak pegi kedai beli kertas wane kalau tak silap, ke nak beli gam ntah khalis pun dah lupa, dh siap amik kunci moto ni, ma pun tanya,

“Angah nak pegi mana dah malam ni?”
“Kedai jap. Nak beli …, lupa nak beli siang tadi. Esok nak guna,”
“Tak payah la. Esok esok aje beli. Tak elok anak dara kuar malam malam ni,”
“Ala ma, esok dh nk guna. Kejap aje, pas beli angah balik,”
“Hah pegi la, kalau tak dengar kata ma nanti jadi apa apa baru tau,”

Terus cancel nak pegi kedai. Sangkut balik kunci motor, cabut tudung sambung tengok tv. Tak berani oh nak pegi bila ma cakap macam tu. Karang jadi sungguh baru tau. Dulu sebenarnya, khalis tak percaya bulat bulat pun pasal tu. Bagi khalis sendiri, khalis cuma anggap tu cuma momokan orang tua kat anak anak dorang. Tapi, lepas tu, ade peristiwa yang buat khalis jadi takut nak buat tak endah dengan apa yang ma larang.


Masa tu, khalis baru 6tahun. Masih lagi dalam tadika. Balik dari tadika, selalunya khalis terus balik rumah, sebab me pesan macam tu. Kalau pegi main umah kawan pun, biasanya lepas dah siap kerja sekolah. Tapi satu hari tu, akibat terpengaruh dengan kawan, khalis habis aje tadika pukul 12tengahari, terus pergi main dekat rumah dia, tak balik rumah. Punyalah ralit main, khalis tak sedar yang hari dah petang. Bayangkan lah, tak balik umah dari tengahari sampai dah nak masuk Maghrib, ibu mana yang tak bimbang? [ye, khalis pun baru faham sekarang macam mana perasaan ma]

Tapi, khalis tak peduli pun masa tu dh maghrib. Masa tu, khalis main kat parit [tapi kitorang dulu panggil longkang besar :D ] tepi jalan. Entah macam mana kaki boleh tergelincir masuk dalam parit tu. Masa tu musim hujan, jadi air memang tengah naik. Masa tu, kalau takde pakcik yang sedare baubaubacang ngan abah kat situ, khalis rasa khalis dah arwah kot. Pakcik tulah yang selamatkan khalis pastu bawak balik umah. Dengan baju sekolahnya basah, buat muka sayu heret basikal balik,ma pun tak sampai hati nak marah. Tapi tak tahulah kalau masa tu ma terkejut+bimbang sangat sampai lupa nak marah. Ehehe. Malam tu ma cakap, “tu la, ma da pesan balik sekolah terus balik rumah jangan pegi mana mana dulu. Kalau nak main jangan smpai pukul 7lebih lebih baru balik rumah, petang petang setan banyak. Lain kali dengar cakap ma,” khalis diam jek. Takmo la kata ape ape dh memang jelas terang dan nyata memang khalis pun yang salah..

Lepas tu, khalis dah tak berani nak kuar smpai maghrib lagi. Tapi xlame la, bila dh besar sikit, berani la buat balik. Haha. Tapi still lagi khalis tak berani nak langgar ape yang ma larang.

Ibu ni, ade kuasa tau? Kita jek yang tak nampak. ;))



Nota kaki~~jeles dengan Mimi. Tapi xpe, esok awk pulak yg jeles ng saya. Hahaha

Nota kaki lagi~~suka pulak ingat kenangan masa kecik. Dahlah sekarang ni cuaca asek mendung jek. Down memory lane sungguh J

Sunday, May 15, 2011

just a quick post.

Situasi~~currently in lab31A. [Eh, apekah budak ini??]

Assalamualaikum :))

Ye, ye...khalis tau. Duk dalam lab pun sempat lagi la update blog. But what should i do then, internet kat hostel ya Rabbi lajunya.....kalah anak siput baru belajar berlari.

Ok, short and quick update. I'm currently continuing the journey in debate camp ~~wah wah ayat... been here for two days and a half approximately. Such a tiring yet valuable days. And i just finish trying myself taking POI's, that stands for Points Of Information. Ok, xde la great sangat malah quite frustrating sebab macam dh sangat lama tak practice..so i was losing myself. Memang i was like; really hate to be the center of attention but unfortunately it was the most precious moment i enjoy the most. But oftenly end up hating it because i usually ruined it. Eh, but it's a part of learning, kan?? ;P

And and and...i gained myself sweet moments just now [though i screwed up here and there..err..a little bit ;)) ]. What's important in taking POI is that you are confident that you can answer them really quick with  a very good answer, in which you have to make the opponent speechless while being sarcastic. Oh, tu tambah tambah aje nak bagi sedap gaduh. Eheh. But jangan gaduh betul betul, treat debat as if you were arguing with close friend, so you won't end up fighting or hating each other.

But there's one POI i think i can never forget. It was this one,

"Then what do you think about the people who have Islamophobia??"

And i answered with what quickly appeared in my thought,

"They should go get psychological treatment then,"

...and everybody just burst out the laughter.

Well i can't help it. Tetibe jek dia kuar. Asalnya it's just a flick in mind, but came out through the mouth. Oh, khalis argue pasal motion; TH supports the ban of Burqa (face veil). Easy said; Burqa tu purdah. And i was opposing the idea. Seriously, why would they want to banned the wear of Burqa?? If it's for security, i really think it was better if they just banned the selling of bandits. Orang nak merompak pakai bandits kot, bukan pakai purdah. Tak payah la nak salahkan those yang pakai Burqa semata. Oh well, that ends...not quite well. Haha. khalis just say thanks jek, tak summarize pun, sebab jantung dah macam out of rhyme.

Oh well. Itu aje la quick and short post khalis. Haha, short la sangat. Till then. ;))



Nota kaki~~got caught by Ms Hayati while typing this post. Erk??

Nota kaki lagi~~gonna have debate practice soon. Yeay!! Live debate, been craving for it. ;))

Monday, April 25, 2011

Maaf. Banyak banyak. :'(

Rasa tak layak untuk jadi kawan yang baik.

Assalamualaikum. :|

Dah hilang. Dua barang yang paling berharga dan bererti dalam hidup khalis dah hilang. Tak mampu nak cakap banyak2. Sebab tak mampu nak dapat balik dua benda tu. Sungguh sedang rasa sedih yang teramat. Tak tahu macam mana nak terangkan dalam kata kata.

Kepada mereka, sungguh, khalis minta maaf.

Friday, April 22, 2011

Hectic.

Jangan tanya khalis hectic yang semacam apa. Nanti khalis ceritakan.

Assalamualaikum ;)

Dah seminggu, waktu tidur khalis terganggu. Sehari kalau dapat tidur 4 jam pun dah rasa cukup bertuah. Sebab sekarang ni, dah sering sangat khalis tidur pukul 5-6pg, pastu bangun pukul 7-8pg..depends pada waktu kelas khalis. Kenapa? Sebab minggu sebelum study week adalah minggu bercinta dengan kuiz test dan assignment yang melambak lambak. Serius. Hari ni baru selesaikan final report untuk mini project CPP dengan article report review untuk TC. Esok masih menunggu test CPP dengan kuiz n test AOC, bersusun susun. Belum kira lagi assignment yang nak kena hantar isnin akan datang. Even Isnin tu pun khalis masih ada test Math. Haih. Bahagia betul hidup sekarang ni. Tapi xpe, khalis selalu dengar orang sekeliling kata, Allah takkan beri kita ujian yang Dia tahu kita tak mampu nak hadapi, apa yang kita tempuh sebenarnya bersesuaian dengan kemampuan kita menanganinya. Dan khalis juga tahu, kalau Allah kata kita mampu, siapa kita nak kata sebaliknya?

nota kaki~~tadi hujan lagi. Awan dah xlarat tampung muatan lebih agaknya. Agaknya lah. -_-"

Monday, April 18, 2011

susah kan? bila sakit hati ni? tapi indah kan, kalau selalu ada seseorang untuk diluah isi hati?

ma adalah seseorang itu.

sebab kalau tanya ma, mesti ma cakap;
"sebab hati angah sakit, angah tak dekatkan diri sungguh sungguh dengan DIA,"

Assalamualaikum :|

Mood tengah pelik. Marah ada, bengang ada, pening ada, rasa tak tau nak buat apa apa pun ada. Gembira pun ada jugak ni, sebab lappy kesayangan khalis dah sihat, sekejap jek masuk wad, 15 minit pastu da discharge. Ahaha, khalis happy ni. Betul. ;))

Lepas tu, balik ke mood asal. Sedih. Pasal hard disk khalis tiba tiba xdapat bukak partition 1. Dah la dlm tu ada presentation slide untuk Tech Comm. Esok da nak present. Bahagianya khalis bila jadi macam ni. Nasib baik la dapat detect awal2..kalau masa nak present baru check macam mana?? Tak ke naya tu? Satu hal pulak nak kena menjawab dengan ms. Ade takde, sempat ke tak, by hook or by crook memang khalis kena siapkan hari ni jugak. Adoi la.

Dua tiga hari menjelang final exam ni, memang banyak betul benda yang mencabar kesabaran khalis. Tapi dalam cabaran tu semua, baru khalis nampak potensi khalis menangani marah ni. Baru khalis nampak yang Allah sebenarnya selalu ada untuk khalis, sebab tu khalis selalu kena uji. Sebab Dia nak khalis selalu ingat padaNya. Dia nak khalis kuat untuk membenteng cabaran di masa akan datang. Sebab itu.

Bila khalis fikir dalam dalam, terima kasih Allah, Kau anugerahkan hambaMu ini ibu terbaik! Yang selalu mendoakan waktu diri ini kesusahan, yang tak langsung alpa untuk mengingatkan diri ini supaya selalu berada di landasanMu. Yang selalu ada untuk menjaga setiap titis air mata yang jatuh, yang selalu berdiri teguh menjadi tiang sandaran saat diri ini lemah dan ingin terjatuh. Yang selalu menasihati saat diri ini tercari cari sinar, yang selalu  menegur saat diri ini alpa dalam nikmat duniawi. Dan yang selalu berpesan, "carilah redha Allah, insyaAllah redha ma memang selalu ada mengiringi angah." T.T


khalis juga mahu jadi ibu seperti ini.

nota kaki~~sedang kecewa dengan ecitie. hampir tewas dengan pergolakan emosi. ish.

Saturday, April 16, 2011

MALU!!

it was stupid.
i did nothing good but humiliating myself.
i should have realize it sooner.
that i should have just give up.
that i should have not start.
but at least i know i'm good at something;
i'm good at humiliating myself.
great.
sekarang macam mana nak face sume org?
macam dah tanggal jek sume struktur kat muka ni.
bagusla.
buatla lagi lain kali.
takmo dah.
that should never happen again.
ever.

fullstop.

nota kaki~~laptop masih rosak. thnx wawa for lending me this. oh, rasa macam nk bunuh diri. nasib baik masih waras akal.

I should be working but I am here instead. (=.=")

 Hi, it's me again. In my last post I said to expect my frequent visit, but one can dream. Six years later, here I am. In yet another po...