Saturday, July 30, 2011

Selesai satu bab.

Situasi~menahan letih dan kantuk @_@

Assalamualaikum :)

Orang kata, hidup adalah satu perjalanan waktu. Hidup adalah sebuah cerita. Hidup adalah pentas teater. Hidup bagaikan mengemudi bahtera. Dan hidup khalis adalah himpunan novel cinta. Haha, takdelah. Berangan aje lebih. Tapi hidup khalis adalah buku cerita :)

Dan hari ini, satu bab telah khalis habiskan.

Bila Club Day telah beranjak pergi bersama terbenamnya matahari. Semalam yang penuh drama. Dan hari ini yang penuh memerah tenaga. khalis mahu lupakan semalam, dan kenang hari ini sebagai momen yang indah. Kami berusaha. Usaha dan lebih usaha untuk dapatkan seramai mungkin ahli baru, meskipun semalam sangat pahit untuk diingat balik. Tak apelah, khalis ingin cuba melupakan. Semalam, memang khalis ingin menghambur semuanya ke dalam blog buruk ini, tapi mujur Allah sempat menjentik akal khalis, yg sebenarnya khalis pada waktu itu dikuasai nafsu dan emosi. Yang khalis waktu itu terbelenggu hasutan syaitan. Dan Alhamdulillah, penulisan khalis hari ini jadi lebih baik. Lebih neutral.


InsyaAllah hari esok lebih baik. InsyaAllah. :)

Oh ya, I got my first henna art drawed today. :) I was like SO excited sampai rasa macam nak tunjuk kat sume orang kat dalam hall tadi. HAHA :D Sungguh la tak matured langsung. But seriously suke sangat!!! LAWA. credit to Kak Fat for that. Nak tengok? Boleh aje khalis tunjukkan. But please ignore the ugly hand.

Henna | sorry for blurry image tho


Haha, my hands are not coming out well in pics, so I'd rather it doesn't stand out at all :)

Yes, yes, mungkin ada jek yang akan kata; "Alah biasa aje pun, bukannya banyak sangat," but hey helloo!! It's my first time get henna drawed this lawa..memang of course la sangat teruja..nak jugak berlagak sikit. Lagipun lukis henna bukan senang; I know, tried before. DIDN'T WORK, okeh?


And I've been staring at it like almost a day kot? Like a bunch of unbelievable feeling yang khalis buat henna kat tangan. Hahaha..jakun gile. Wondering mcm mana masuk kelas nanti. Patut pakai sarung tangan x? :S Tak nak la...rugi aje buat nanti..heheh..

So, have a good nite peeps! Chiao! Haha :D

Nota kaki~tak tahu macam mana nak menyambung. Baitbait irama yang tadi menari dalam otak dah lari tak sempat dikejar. :(

Sunday, July 24, 2011

Maaf kawan.

Situasi~~ Kosong. -_-‘’

Assalamualaikum K

Kerana kesilapan sendiri, orang lain menanggung beban sekali. Kerana perbuatan sendiri, orang lain yang menjadi mangsa. Sungguh khalis benci bila keadaan jadi serupa ini. Tapi hendak diapakan lagi, memang salah khalis. Mahu atau tidak, memang harus menanggung. Tapi hanya sebentar ini. khalis janji, khalis tak akan menyusahkan lagi. InsyaAllah.

Terima kasih kalian, kerana masih mahu menanggung beban bersama diri ini. Malu rasanya bila keadaan jadi begini.  InsyaAllah, takkan terulang lagi.-_-


Nota kaki~~agaknya ini balasan tak dengar nasihat ma.. T-T

Thursday, July 21, 2011

bila hati dah berbunga...:)

situasi~~letih naik bas goyang2, tapi mata tak mau lelap pulak -_-"

Assalamualaikum :)



Ok. Tau. Serius rasa nak muntah baca tajuk entri sniri. Haha :D


khalis da sampai Micet. Petang tadi bukak kedai, oh ramainya junior yang syomel2!! Erkh, terencat dah bahasa melayu khalis. Eja comel pun tak pass. Cikgu mane la yang bagi budak ni lulus BM mse SPM haritu?? tsk tsk. :P


Dan khalis agak kecewa sebenarnya sebab jampi serapah dalam status Facebook langsung tak mujarab. Micet tetap dengan kondisi yang sama; putus bekalan air!!! TIDAKKK!!!!! Balik Terengganu la macam ni. Macam mana nak teruskan hidup tanpa bekalan air ni?? Habis la duit blnja buat beli ar aje memanjang. Kembung air aje la khalis kalau macam ni. Uwuwuwu. T-T


Ah, freshie's punya prank period habis lambat. Dah macam tugu negara dah khalis dengan Sarah n Bob duk tunggu budak-budak tu habis program. Ingatkan ade la yang nak singgah datang beli barang2, tapi sebab dah lewat sangat, Sarah pon da mengantuk, Bob pun da buat muka boring, maka terpaksa la dengan separuh hati tutup aje kedai tu. Bukak pagi esok ajela. -_-"




Ah, entri ni bukan takde kena-mengena dengan tajuk tau. Tadi tu mukadimah aje ^^, jangan marah tau? Haha :D khalis sebenarnya baru selesai tengok KL Gangster.  Dan oh! Semakin jatuh cinta dengan Aaron Aziz!! XD Haha. Ok la. Tak la jatuh cinta sangat. He's a married man after all. And to add to that, a father of two lagi. Kalau single pun, dimanakah kemungkinannya dia nak kenal khalis pun kan?? Haha, tanam jek la mimpi tu jauh jauh khalis T_T 


..tapi tak salah kan jatuh hati?? ^_^


Ye ye, khalis tau. Tak upgraded langsung khalis ni, tengok cerita zaman batu. Orang tengah bz layan Harry Potter dgn Transformers yg 3D tuh, dia nak sebut pasal cerita yang dah lama tayang. Tsk tsk. Jangan la macam tu, ni pun nasib baik cik Sarah ade cerita ni, dah lama khalis teringin nak tengok. Sebab ape? Mestila kerana sebab yang diatas; kerana Aaron Aziz adalah watak utama. Haha XD 


Lepas tu kan, lepas tengok cite ni, khalis macam terbayang-bayang Tony Jaa pulak masa tengok scene Malek bergaduh, sebab stail dia bergaduh tu sama, banyak guna lengan, siku n tumbukan laju-laju. Dan Aaron Aziz nampak berganda ganda lebih macho dan hensem bila scene gaduh gaduh n the way he holds the family bond. Ouh, terharu...:')


Ayat paling best yang khalis dapat dari cerita tu, masa nak ending. Lepas Malek hentam Jai. In which dia cakap; 

"Kalau kau nak mampos, bukan dari tangan aku, tau x?! Aku ni abang kau, kau nak macam sial macam mana pun, aku tetap sayang kau sebab kau adik aku! Darah daging aku! Bodoh!" 

...tsk tsk. Terasa ketat sangat kasih sayang abang kat adik dia, walau jahat macam mana pun adik tu smpai sanggup pukul abang semata-mata sebab duit. T_T [Oh ekceli, ade dialog adiputra kat tengah2 tu, tapi xmau letak la, dia request nak mati aje pun :P ]


Tak mau dah tengok cerita yang ada Aaron Aziz gaduh2 lagi. Nanti terus jatuh hati. I need to save at least a bit of my heart to my own self :P
Tak nak senyum?! Oke fine, fine!! :P


Nota kaki~~tapi kenapa Fadil kena mati pulak?? Kesian dia T-T

Tuesday, July 19, 2011

.Bintang bercerita.

Situasi~~Menunggu lelap :)




Assalamualaikum :)




Maaf. Lama benar khalis tinggalkan blog ini tak bernafas, kan? Bukan tak ada idea, banyak..sangat banyak. Cuma khalis terkadang dibelenggu dek kebuntuan mengekspresikan idea itu dalam bentuk karangan. Kalau ikutkan hati, hari hari khalis mahu curah segalanya dalam blog ni. Tapi, khalis ni sedikit secretive :) jadi tak semua yang berlaku boleh khalis kongsikan di sini.


Oh ya. Punca khalis menaip hari ini. Tadi, mak sedare khalis hantar msej, ckp yg sarung lengan yang khalis order hari tu dah sampai, dia hantarkan kat rumah nenek khalis, jadi amik kat sane aje la. khalis excited~~tak dapat dinafikan lagi. campur tak sabar sebab dua hari lagi dah nak balik Melaka. Jadi khalis text abah, cakap nk balik umah nenek nak amik sarung lengan tu. Mujur abah stuju nk pegi..kalau tak menangis la khalis tak dapat nk pakai sarung lengan baru...haha :D ~~manja gila budak ni lempang baru tau :P


Nak dijadikan ceritanya, masa khalis tgh bersiap sbb da terlambat, khalis terlanggar bekas plastik yang khalis isi dengan lucky star yang khalis buat. Habis tumpah. Bersepah atas lantai bilik. Tapi khalis tinggalkan dulu sebab abah duk hon hon aje dekat luar.


Sepanjang perjalanan pergi umah nenek, khalis asyik diganggu andaian macam macam. Orang tua-tua kata, kalau gelas atau pinggan jatuh dan pecah, alamatnya perkara buruk akan berlaku. Tapi, yang jatuh tadi cuma bekas plastik, dan ia langsung tak pecah. Dari rumah sampai rumah nenek, tak henti henti khalis baca ayat Kursi. Sama jugak masa dalam perjalanan balik. Alhamdulillah, Allah SWT masih sayangkan khalis dan keluarga.


Masuk aje rumah, khalis terus ke bilik, nak kemas bintang yang berterabur tadi. khalis buka pintu, nampak bintang yang bertaburan atas lantai bilik khalis tu macam cantik sangat. Kalau lantai bilik khalis warna biru, mesti khalis sayang nak simpan bintang tu balik. :)


Dan waktu khalis mengutip bintang, khalis jadi terfikir, bintang yang khalis pintal ni, semacam cebisan memori yang khalis pusakakan. Yang khalis khazanahkan jauh dalam sudut hati. Dan khalis jadi terfikir, indahnya hidup yang membikin seribu memori, dan sentiasa mengenangnya tak kira waktu dan ketika :)






‎"Bintang yang disimpan dalam balang, kalau jatuh dan berderai, boleh dikutip balik. Tapi, pasti ada yang hilang dan tak ditemukan. Jadi, ia takkan sama lagi dengan yang sebelumnya. Tapi, bintang baru boleh dicipta lagi, dan mungkin lebih cantik dari bintang yang hilang....

...hati pun sama."


~life is beautiful, when you keep creating memories...and appreciate it :)~








Nota kaki~~menggulung lucky star masa marah amatlah berkesan untuk meredakan marah secara mendadak...bagi khalis. :)

Saturday, July 2, 2011

Briefing=Boring

Situasi~~bilik baru. (~.~)


Assalamualaikum K


Rindu MICET. Briefing macam apa jek. Langsung tak sama dengan format yang kitorang training. Crap, kata K.Fat. Rubbish, kata khalis, tapi dalam hati jek la. HAHA. khalis kan penakut. Mana berani nak komen depan2. T_T

Oh ya, malam ni pnye round, khalis reserve. Esok baru debate. Non stop 3 round. 8pg smpai petang. Pastu malam pulak ada dinner. But weehuu!!! khalis beli kasut baru. High heels lagi. Menggedik pulak nak pakai kasut baru pegi dinner, lagipun khalis dah lama tak beli kasut baru SENDIRI. Yelah. Kalau kata dah lama tak beli kasut baru tu nampak sangat la menipunye. Baru jek haritu-masa hantar Abang kat KLIA-Ma beli kasut baru untuk khalis. Dua pasang lagi! Tapi xde la kasut sangat, sandal aje pun. But yeah, thank you like crazy, Ma! Craving for it. Ye la, khalis pegi MICET bawak sepasang kasut jek tau? HAHA. Sedih kan? Tapi khalis play cool jek. KAHKAH. :D

Ah, tak sabar nak debat. Khalis tak nerves pun. Psiko diri sendiri. [Padahal dalam hati dupdapdupdap tak hentihenti] Mau piala tu nanti nak buat cawan. HAHA. Nanti seminggu kembung air. Aish ^_^




Nota kaki~~mengeluh-dalam hati. -_-“






Nota kaki lagi~~pengubat hati ^^,

Thursday, June 30, 2011

-_______-"

Situasi~~baru habis debate training

Assalamualaikum J

khalis rasa takut tiba tiba. Takut tak dapat jalankan amanah yang diberikan ni dengan baik. Takut dengan jangkaan jangkaan yang khalis mungkin akan kecewakan orang yang bergantung harap pada khalis. Takut tak dapat berikan komitmen yang terbaik. Takut khalis kecewakan diri sendiri. Dan, takut pada bayang bayang sendiri.

Tapi, walau apa pun rintangan yang akan datang selepas ni, khalis akan lawan. Walau betapa keras pun badai yang menghempas diri ini, khalis tetap akan bertahan. Sebab ini amanah yang dipertanggungjawabkan atas bahu kecil khalis, dan amanah harus khalis laksanakan.

 Mahu sangat jadi seteguh karang, tapi tetap hati ini serapuh arang.

Tapi tak mengapalah. Setiap ujian itu kan menjadikan kita lebih baik, khalis? Dan kita juga mampu jadi lebih matang dari sekarang.

InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan.

Dan semoga Dia sentiasa menunjukkan jalan.

InsyaAllah


BUSYness | is it going o be this way?


Nota kaki~~sedang berusaha menahan kantuk. Masih ada dua case file sedang menunggu untuk disiapkan T_T

Friday, June 24, 2011

Rindu.

Situasi~~berusaha menyiapkan case file. T.T

Assalamualaikum :’)

Mood ikon semacam terharu kan? Sebab ada dua jalinan perasaan sedang membelit hati sekarang ini.


Semalam, 23 Jun 2011. Takkan khalis lupa. Takkan.


Perasaan yang sedang membelit hati khalis sekarang;

Satu: Terharu.
Sebab 23 Jun adalah tarikh hari yang istimewa dalam hubungan persahabatan khalis dengan kawan baik khalis. Dan khalis sangat rindukan mereka hari ini. Dan khalis sangat terharu bila rakan baik khalis yang jarang online sempat mencuri kesempatan untuk online jugak walau sekejap untuk wish sempena hari semalam. :’) Sahabat, harap bukan hari itu sahaja kita mendoakan untuk satu sama lain J

Dua: Sedih.
Sebab semalam juga adalah hari adik khalis berangkat ke Yaman untuk further study. Dan khalis ponteng training debat semata mata sebab nak hantar dia depart kat KLIA. Tapi sedih, khalis xsempat tgok dia depart. Sebab khalis kena balik sebelum flight dia sbb takut xsmpat dgn tiket untuk balik ke Alor Gajah. Flight dia sepatutnya pukul 5, tapi masa khalis sampai kat airport, Abah bagitau flight dia delay sampai pukul 730malam. Then khalis have no choice la. Terpaksa la balik jugak sebab nnti nak stay mana. But at least khalis tak terkilan sebab sempat jumpa dia sebelum dia fly. Nanti dah 6 tahun xdpt jumpa. Yang khalis terkilan cuma, khalis tak sempat berikan apa apa sebagai kenang kenangan untuk dia. Sakit bila ingat kembali T.T Belum jauh pun KLIA transit gerak, khalis nampak kapal terbang kat awan biru. Terus terasa pipi khalis basah. khalis dah rindu dia. Masa Mahi tanya, “Will u miss him?” dengan angkuh dan gahnya khalis jawab, “Nope. Maybe a lil’ but neva bother. Ala, selama ni pun bukan selalu jugak jumpa. Kalau khalis balik cuti sem, dia tak balik dr hostel. Kalau dia balik umah, khalis pulak kena balik kolej.” Nah sekarang, telan la kata kata sombong tu khalis. Adik tak jejak pun lagi tanah Arab, airmata awak dah berderai derai dulu. Nasib baik Mahi tido, kalau x double malu ~.~ Masa nak say goodbye kat abang sebab nak balik dulu, tak sanggup nak kata goodbye sambil pandang dia. Takut mengalir airmata depan dia. Aiceh konon tough, mengada lebih khalis ni. Malu la dekat kawan dia, kalau kawan dia xde xpe. ~~Eh macam tu pulak.


Lepas ni, dah xde dah yang akan ketuk pntu bilik khalis tiap2 pagi kejut solat subuh. Lepas ni, dah xde dah yang akan pujuk khalis supaya tak marah marah dengan adik adik yang nakal nakal. Lepas ni, dah xde dah yang akan kacau minta suap tiap kali khalis tengah makan. Lepas ni, dah xde dah yang akan buat muka sengih tiap kali khalis marah dia. Lepas ni, dah xde dah yang akan belikan eskrem untuk khalis tiap kali dia pegi kedai. Lepas ni dah xde dah yang akan buat manja manja dengan khalis semata mata nak main chess game dalam laptop khalis.



Dan khalis akan rindukan semua ni dalam masa 6 tahun dari sekarang.




Dalam masa sehari, khalis rasa dua kali ganda rindu. Sakit merindu, betul betul mendera perasaan.      (-_-“)



Nota kaki~~semoga dia selamat sampai ke tanah orang dengan aman dan selamat.  Dan semoga dia berjaya dalam apa yang dikerjakan, selalu, selalu, selalu dan sampai selamanya.

Nota kaki lagi~~tak mampu menyambung. Basah dengan airmata.

Serius kakngah dah mula rindu abang. Harap sangat 6 tahun berlalu dengan cepat. Abang, kalau kakngah kawen nanti abang tade macam mana?? Sedih bila fikir. Lagi sedih bila fikir, kalau nanti abang balik kakngah dah kawen, kita dh xde can nk jd mcm dlu. Mcm apa yang kakngah tulis kat ats tu. Tiba tiba rasa nak marah dengan diri sendiri sebab bagi abang pegi Yaman. T.T kakngah nak jugak kalau kakngah kawen nanti, abang tengok dulu perangai bakal abg ipar abang tu mcm mne. Abang kan anak lelaki sulung. Abang, balik Malaysia semula la, boleh?  Tak payah la belajar kat Yaman. Ustaz kan ramai kat sini…T.T

I should be working but I am here instead. (=.=")

 Hi, it's me again. In my last post I said to expect my frequent visit, but one can dream. Six years later, here I am. In yet another po...