cerita dari Mitec.

Assalamualaikum J


Balik dari Mitec, hantar barang kat bilik Sarah, pastu terus melepak kat bilik Tasya. Banyak benda yang kitorang bualkan, sampai terlupa yang khalis mengandar waktu study Fluid. Ingat nak singgah sekejap jek, tapi tiba-tiba melarat jadi sejam empat puluh lima minit. Aiceh, ni yang malas berjalan ni. T.T


Balik dari bilik Tasya, khalis rasa macam baru tersedar balik hala tuju khalis sebenarnya. [sebenarnya dari bilik dia lagi dah cakap pasal ni..teeheee  ;) ]. Bukanlah hala tuju sangat pun, cuma khalis jadi teringat kembali tentang kenapa khalis join Micet, tentang kenapa khalis amik teknologi kimia makanan. khalis jadi teringat tentang ICM, tentang janji2 khalis dengan nemi nemi khalis dulu. khalis dah mula kembali fikir pasal ni, start dari KSN lagi sebenarnya. Rasa macam nak menangis, bila fikir balik semua masa yang khalis dah rugikan selama ni cuma kerana khalis lalai, kerana khalis lupa matlamat khalis. Bila dah ingat balik, khalis rasa bersyukur sebab belum terlambat lagi untuk khalis ubah semua yang dah terjadi.


Di KSN, khalis ade teringat 1 ayat dari moderator yang bagi ceramah, “Sekarang ni, ramai graduan menganggur sebab tak merancang masa depan mereka dengan baik. Mentaliti orang kita, lepas habis belajar, MAKAN GAJI. Langsung tak ada keinginan nak berniaga sendiri.” Masa ni, khalis rasa macam, ZAAPPP!! Terus ke jantung. Sebab khalis pun sama. Rancangan mahu makan gaji dulu dalam setahun utk pengalaman, sebelum proceed satu level lagi. Langsung khalis lupa, janji khalis dulu, sebelum umur 25. Kalau khalis makan gaji, memang cukup2 25 la. Jadi masa bila nak siapkan proposal, dapatkan lesen, kelulusan dan nak setup semua benda? Nampak gayanya khalis kena tukar strategi ni, eh tak, khalis mesti, harus tukar strategi untuk jadikan impian kami itu satu kenyataan.


Tadi baca majalah Usahawan Sukses, salah seorang usahawan yang ditemuramah cakap, “susah nak berjaya sebenarnya, orang selalu nampak berniaga ni macam cepat untung. Labur sikit, dah masuk banyak. Sebenarnya tak, apa yang kita usahakan hari ni, tak semestinya esok lusa kita dapat, tak semestinya kita yang rasa apa yang kita usahakan.” Dan khalis sokong kata dia dengan sangat amat sokong.


Bagi khalis sendiri, dengan pengalaman dua hari di Mitec, [Ecewah, pengalaman baru setitik air embun dah nak berlagak khalis ni, ;P ] khalis lebih suka beranalogi begini; bukan senang nak naik tinggi, mesti nak jatuh dulu, tersadung dulu, baru kita tahu macam mana nak gunakan sayap yang kita ada. Setiap orang ada sayap sendiri, yang mungkin tersembunyi dan mungkin mereka tidak tahu bagaimana mahu mengembangkan sayap yang mereka ada dan terbang jauh.


Mungkin aka nada yang mempersoalkan, kenapa sayap? Pandangan peribadi khalis simple, sayap adalah medium paling mudah untuk menggambarkan potensi diri seseorang. Biar khalis bentangkan satu contoh; seekor anak burung yang masih kecil, ditinggalkan sendiri tanpa jagaan ibu atau bapanya. Boleh jadi kerana sarangnya diterbangkan ribut atau apa sahaja. Ia punya sayap, namun skeptisnya, ia mungkin tidak mahu terbang kerana takutkan ketinggian. Padahal ia punya sayap, cuma ia belum mahir menggunakannya, kerana mungkin tidak ada keperluan yang mendesak untuknya menggunakan sayap yang sedia ada itu. Dan andai ia masih tidak berani mahu menelan risiko, ia boleh mati kelaparan.


Sama juga keadaannya dengan manusia, setiap manusia ada potensi diri masing2 yang mungkin masih tersembunyi. Masih ramai yang belum melihat apa sebenarnya yang mereka mampu lakukan. Dan sekiranya mereka takut mahu mengambil risiko atas peluang yang terbentang depan mereka, mereka akan kekal di tampuk bawah.


khalis melihat potensi dalam impian khalis dan nemi nemi khalis, dan kami mahu menjadikannya satu kenyataan. Susahnya adalah cabaran, senangnya adalah dugaan. Kami mungkin jatuh, tapi kami mahu bangkit atas kejatuhan itu, InsyaAllah. Dan KSN telah menyuntik satu semangat dalam diri khalis. Mahunya khalis saat ini, mengumpul modal secukupnya untuk ICM. Dan berjaya seperti saudara Adam.



Nota kaki~~Test Fluid menanti esok. Static fluid. Fluid flow in pipe and conduits. Nice ;)

Nota kaki lagi~~Aduhai B.S, maafkan hati ini yang sekali lagi tersasar menjaga cinta untukmu. [Euw, geli. Sila jangan gelak. Ini memang luahan terus dari hati.]

Comments

Popular posts from this blog

Tears.

.SAYA SAYANG AWAK.

Kawan. Sahabat. Memori :)